Apr 26, 2013

Hudud PAS - Psst !! Jangan Sebut Tentang Hudud Nanti PAS Rugi, Jangan sebut ek ek..

Hudud PAS - Psst !! Jangan Sebut Tentang Hudud Nanti PAS Rugi
 
Pas: Fokus isu PRU13 bukan hudud
Wartawan Sinar Harian
26 April 2013
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
 
SHAH ALAM - Semua pimpinan dan ahli Pas digesa agar tidak menyentuh dengan lebih lanjut berhubung perlaksanaan isu hudud jika Pakatan Rakyat (PR) berjaya memerintah negara.

Sebaliknya, ahli parti perlu fokus dalam isu-isu pilihan raya termasuk dalam menerangkan kepada pengundi tentang manifesto PR.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ahli Pas terutama pimpinan utama perlu elak dari menyentuh isu-isu kontroversi dalam tempoh kempen Pilihan Raya Umum Ke- 13 (PRU13) kerana ianya akan merugikan parti.

"Saya menyeru supaya semua ahli dan pimpinan agar memfokuskan kepada isu pilihan raya dari menyentuh isu hudud," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din yang menegaskan hukum hudud akan dilaksanakan jika PR mengambil alih Kerajaan Pusat walaupun DAP menentang keputusan tersebut.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar pula enggan mengulas lanjut isu hudud dan masih berpegang kepada pendirian parti dalam manifesto PR.

"Biar Harun Din jawab. Saya masih berpegang kepada manifesto PR," katanya ketika ditanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Pas, semalam.

Kelmarin, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yakin pelaksanaan hukum hudud akan direalisasikan sekiranya PR menang di Putrajaya pada PRU13.

Komen

Kenapa rugi, Apa sebab boleh rugi.. Ha ha takut nanti kaum cina takut nak undi PAS. He he belum memerintah sudah takut mahu cakap, takut kaum cina tidak mengundi PAS.

Sudah dapat kuasa nanti bagai mana pula agaknya ? Takut akan hilang undi di pilihanraya seterusnya.

Emm ..kompem Hudud mainan politik PAS sejak dulu, kini dan mungkin selama-lamanya.

Ustaz Harun Din dan Tok Guru Nik Aziz.. psst !! jangan sebut ek pasal hudud masa ni..jangan tau..jangan ek ek.. Jangan sebut tau..nanti kena jawab sendiri..




Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title