Apr 15, 2013

Isu Video Seks - Pemimpin PAS Jangan Tuduh UMNO Kalau Takut Repot Polis

Isu Video Seks
Ulama dan Pemimpin PAS 
Jangan Tuduh UMNO Kalau Takut Repot Polis 
 _________________________________________________________________


Tiada siasatan dalaman
Husam Musa

PUTRAJAYA 12 April - Pas tidak akan melakukan siasatan dalaman atau menggantung sementara tugas seorang pemimpin kanan parti itu berikutan tersebarnya video seks di Internet yang memaparkan seorang lelaki mirip wajah pemimpin itu bersama seorang wanita di dalam sebuah bilik.

Naib Presidennya, Datuk Husam Musa berkata, tiada keperluan menyiasat video seks tersebut yang disifatkan mempunyai motif politik menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Katanya, jika benar sekalipun semua pihak tidak patut menyebarkannya dan mengaibkan pelaku video seks kerana perbuatan itu dilaknat dalam Islam.

"Benda-benda macam ini saya sudah lali. Saya sifatkan ini semuanya kerana politik. Kenapa berlaku sekarang? Sebab itu terdapat motif politik dan kemungkinan besar itu ada.

"Mengapa (penyebaran) tidak dibuat sebelum bubar Parlimen? Sebab ada motif politik dan ini adalah kreativiti politik pihak yang tidak baik," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di sebuah hotel di sini hari ini.
Siasat pun tidak, teruknya !!



Bila Ulama PAS, menghina Tuhan dengan menterjemahkan Al Jabbar kepada samseng, menghina Nabi Muhammad dengan menyama tarafkan seperti mat mat di kelantan, berhujah yang Solat dan Haji itu juga demontrasi demi membenarkan demo Bersih 2.0, tuduh orang Islam UMNO Kafir dan Jahilliyah; tidak pula mengulas dan mengeluarkan hukum Ugama. Apakah perbuatan menghina seperti dinyatakan berkonsepkan Islam juga ?  

Bagaimana kerajaan hendak siasat andai empunya badan hanya pandai menuduh ianya fitnah UMNO tetapi mengelak dari membuat repot polis. Keji sungguh Politik PAS

Pas akan bincang isu video secara dalaman
JAMILAH HAMZAH
14 April 2013
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan Pas Pusat

SHAH ALAM - Pas akan membincangkan secara 'tertutup' isu video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan parti itu, tetapi buat masa ini pihaknya mahu memberi tumpuan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Kita anggap isu ini untuk alih perhatian, untuk menimbulkan fitnah, tak perlu nak bincang sangat sebab takut akan jadi budaya.

"Kita akan bincang dan itu tindakan dalaman, setakat ini kita tak ada keputusan lagi.

"Kita akan bincangkan dalam parti sahaja, tak perlu dihebohkan kepada sesiapa termasuk media," kata beliau kepada Sinar Harian Online hari ini.

Semalam, Barisan Nasional menyatakan tidak akan mendesak mana-mana pemimpin pembangkang yang dikaitkan video seks agar mengundur diri daripada bertanding pada PRU13 tetapi menyerahkan kepada kebijaksanaan parti tersebut untuk selesaikannya.

Semalam, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mendakwa Umno sudah terdesak sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan beliau dari arena politik tanah air.

Takut pengikut tahu ke ... Apa nak risaukan kalau itu cuma fitnah

Mustafa Ali dakwa Umno terdesak
sanggup guna taktik kotor
13 April 2013
DUNGUN - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mendakwa Umno sudah terdesak sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk
menjatuhkan beliau dari arena politik tanah air.

Ketika berucap pada satu majlis di markas Pas Kampung Molek di sini malam ini, beliau berkata, Umno bertanggungjawab terhadap fitnah melalui media.

"Ini adalah kebiasaan Umno, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan fitnah... saya adalah mangsa terbaharu fitnah Umno," katanya.

Mustafa berkata beliau menyerahkan kepada dua peguamnya, iaitu Asmuni Awi dan Hanifah Maidin, untuk membawa isu itu ke muka pengadilan.

Beliau turut menafikan telah meletak jawatan selepas isu penyebaran gambar dan DVD lucah yang dikaitkan dengan dirinya.

"Saya malas layan kat media ini sebab pelawok (penipu), ada pula antara blog yang kata bahawa saya letak jawatan sebagai Setiausaha Agung kerana isu video ini.

"Saya hidup lagi ni, (masih) Setiausaha Agung Pas lagi. Tidak jadi kudis gatal pun dengan perkara itu. Saya dah faham surat khabar," katanya.

Dalam pada itu, Mustafa cuba mengelak daripada berdepan pihak media selepas majlis selesai, sebaliknya berkata "sudah-sudah saya dah beritahu, saya tak nak cakap apa-apa, saya dah serah kepada peguam, itu saja dan tidak berbaloi kalau saya bagi komen."

Selepas itu, Mustafa masuk ke dalam kenderaannya dan beredar. - Bernama
sinarharian
Komen
Menuduh ianya Fitnah UMNO juga 
merupakan suatu Fitnah sedangkan 
tiada siasatan dilakukan
tiada bukti sahih diberi

Masakan itu pun ulama PAS tidak tahu
Masakan itu pun Majlis Syura PAS tidak tahu
Andai benar ianya fitnah repotlah polis agar siasatan dapat dilakukan kerana jika benar itu fitnah dari UMNO
bukti mesti diberi kepada akar umbi PAS yang mempercayai tuduhan pemimpin PAS agar mereka tidak bersubahat dan mendapat dosa kering kerana mempercayai fitnah 
pemimpin PAS yang menuduh UMNO terlibat
Andai takut untuk membuat repot polis
janganlah suka-suka tuduh UMNO
 Hadi: 
Video seks kaitkan pemimpin Pas fitnah 
 Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang

12 April 2013
KUALA TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap penyebaran gambar dan DVD lucah yang dikaitkan dengan pemimpin kanan parti itu sebagai fitnah dan bukan masalah besar kepada Pas.

Beliau berkata perkara itu tidak serius dan pemimpin kanan Pas yang dianggap mangsa fitnah itu tidak perlu memberi penjelasan kepada parti kerana banyak lagi perkara lain yang perlu dibuat ketika ini.

"Kita (Pas) anggap itu satu fitnah...lagi lama dia siar, lagi pahala banyak dapat kepada dia (pemimpin itu). Kita yakin benda itu tidak benar dan dia siar, dia berdosa, biarlah dia siar lagi luas lagi banyak dapat pahala," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Rusila hari ini.

Abdul Hadi berkata beliau hairan kenapa pemimpin terbabit menjadi mangsa kerana beliau bukanlah calon Pas untuk bertanding mana-mana kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei ini.

Katanya, Pas berserah kepada Tuhan untuk memberikan petunjuk dan setakat ini, beliau tidak mahu menuduh mana-mana pihak yang bertanggungjawab membuat fitnah itu.

Semalam di Kampung Alor Lintang Besut, polis dilaporkan menemui 16 bungkusan yang mengandungi gambar dan DVD lucah dipercayai melibatkan seorang pemimpin kanan Pas. - Bernama
sinarharian
Tidak tuduh tapi anggap fitnah..
apa punya belit ni sheikh.. ...

Video seks: Hadi nafi Mustafa terlibat, hanya lakonan
Oleh FARHANA JONI

SAMARAHAN 14 April - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini terus menafikan penglibatan Mustafa Ali dengan rakaman video seks yang kini tersebar di internet sebaliknya mendakwa ia hanyalah lakonan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu.

Abdul Hadi turut mendakwa, Setiausaha Agung Pas itu sudah uzur sehinggakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini menunaikan solat secara duduk.

Justeru beliau berkata, mereka yang menghasilkan rakaman tersebut sepatutnya "menggunakan pelakon yang lebih muda" dan bukannya seperti yang dipaparkan dalam rakaman tersebut. 
 Betulah tok guru cakap tu, lakunan hidup di pentas politik ...
cover jangan tak cover

Orang bukan berminat untuk membuka aib orang lain
tapi janganlah tuduh orang lain kalau bukti tak da

Menuduh Tanpa Bukti
Inilah Sikap Pemimpin PAS

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title