Apr 2, 2013

Mahfuz pertahan kenyataan Khairul Fahmi Yang Menghina Nabi Muhammad s.a.w

Mahfuz pertahan kenyataan Khairul Fahmi
WARTAWAN SINAR HARIAN
2 April 2013


KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar mempertahankan Penolong Setiausaha I Dewan Pemuda Pas, Khairul Fahmi Mat Som (PAS .. Tidakkah ini menghina Nabi namanya) yang dikecam oleh pelbagai pihak kerana dianggap menghina Rasulullah SAW dalam kenyataan Twitternya.

Menurut Mahfuz, apa yang cuba dinyatakan Khairul Fahmi dalam Twitternya itu hanya perumpamaan untuk menggambarkan 'kejahatan' Umno, bukan bertujuan menghina Rasulullah SAW.

"Umno saja perbesar isu. Dia (Khairul Fahmi) nak beritahu macam mana jahatnya Umno sampai tahap itu, bukan dia nak kata Nabi Muhammad buat benda tak elok. Dia nak gambarkan, kalau Nabi Muhammad lawan Umno, Nabi juga akan jadi mangsa fitnah Umno.

"Itu tujuan dia, bukan nak kata Nabi tu jahat," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Ditanya tidakkah dengan menggunakan nama Rasulullah SAW boleh dianggap keterlaluan kerana kedudukan Baginda yang begitu dimuliakan dalam Islam, Mahfuz berkata, perkara itu dilihat begitu kerana ramai yang menyalah tafsir maksud sebenar yang cuba disampaikan Khairul Fahmi.

“Apa yang keterlaluannya? Dia bukan kata kat Nabi Muhammad, dia kata kat Umno. Kena faham bahasa, Umno ni sampai satu peringkat macam... kenyataan Tok Guru Nik Aziz (Datuk Nik Aziz Nik Mat) mengenai BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), bagi anak ayam makan, itu perumpamaan saja.

"Kalau perumpamaan tidak boleh pakai, Dewan Bahasa Pustaka, pusat-pusat bahasa di universiti kena buang semua perumpamaan yang ada binatang,” katanya.

sinarharian

Komen

Khalifah ‘Umar bin al-Khattab menyebut:
“Sesungguhnya manusia pada zaman Rasulullah s.a.w diambil tindakan berdasarkan (pemberitahuan dari) wahyu. Sesungguhnya wahyu pada hari ini telah terputus. Maka kami pada hari ini bertindak berdasarkan apa yang zahir pada kami dari amalan kamu. Sesiapa yang menzahirkan kebaikan, maka kami berikannya kedamaian (tidak diganggu) dan memuliakannya. Kami tidak masuk campur urusan rahsia batinnya. Sesiapa yang menzahirkan keburukan, maka kami tidak berinya kedamaian dan tidak mempercayainya sekalipun dia berkata batinnya baik”. (Riwayat al-Bukhari).

Maka komen kita ...

perumpamaan untuk menggambarkan 'kejahatan' Umno

Memang ada ungkapan atau perumpamaan Melayu yang melibatkan Nabi Muhammad di dalamnya, Antara yang kita ingat masa ni "sedangkan Nabi ampunkan umat, inikan pula kita manusia biasa". Pertama, manusia Melayu yang mendapat ilham untuk mengarap ungkapan sebegitu rupa tentunya meletakkan Nabi di tahap termulia di dalam hatinya diantara seluruh mahkluk Tuhan. Kedua, ungkapan yang disusun sebegitu rupa adalah gaya kalau kita nak kategorikan sebagai perumpamaan. 

Ayat macam ni " Kalau Nabi Muhammad saw masih hidup sekarang ni, mungkin video seks Baginda pun UMNO akan keluarkan......jahanam UMNO" pun nak dipanggil perumpamaan juga ke, Time cikgu ngajar Bahasa Malaysia, tuang kelas ke mahfuz ? Ayat ni bukan perumpamaanlah, ni ayat mengata dan mengunjing orang time emosi tak terkawal, menghina orang melayu Islam UMNO ke tahaf paling keji. Apalah perangai pembesar PAS ni semua, kalau nak cover kawan pun biarlah alasannya munasabah. Dulu Haji Hadi guna kamus dewan dengan hujah paling daif untuk cover Nik Aziz berkaitan isu terjemah nama Tuhan kepada samseng. Mahfuz pula tetibe nak jadi pakar bahasa dengan cubaan untuk mengkategorikan ayat menghina penuh emosi sebagai perumpamaan. Emm...Geng putar alam dia orang ni rupanya.

bukan bertujuan menghina Rasulullah SAW

Niat orang dalam hati masing-masing tentunya tiada siapa yang tahu. Maka bab niat dalam hati tidak dapatlah kita nak komen (mengutuk). Tapi..ada tetapinya..Ungkapan Penolong Setiausaha I Dewan Pemuda Pas itu boleh kita lihat di bawah " section " hati.. Apa jenis hati yang sanggup mengungkap kata-kata sedemikian rupa.

Nabi yang mulia, dimuliakan oleh Tuhan dan para malaikat juga orang-orang yang beriman. Penghulu segala Nabi..Nabi Muhammad yang akan menunggu umatnya di pintu syurga, Nabi Muhammad yang akan memberi syafa'at kepada umatnya; sanggup dikaitkan dalam kemarahan penuh emosi terhadap seteru politik

Sebut-sebut pasal seks, tak malu ke. Itukan Nabi. Nabi sendiri tidak pernah mengata umatnya. Teruknya hati dia orang ni. Tak de perasaan ke. Usahkan nak sebut, andai terlintas di hati sekali pun perihal seks tidak tergamak bagi kita umat Islam yang memuliakan Nabi  Muhammad. Tentunya cepat-cepat kita beristigfar. Tanyalah sesiapa, ada sesiapa yang suka-suka hati nak pikir "pasal tu" terhadap Nabi. Oleh yang demikian, mereka yang mampu berkata begitu rupa, tentulah hatinya "bermasaalah". dan fikirannya "tercemar"

Dari segi perbuatan pula, tidak perlulah nak ungkap atau nak ber"perumpamaan" sebegitu rupa.Banyaklah lagi "perumpamaan" lain boleh digunakan. Macamlah pembesar PAS tak biasa mengata UMNO dengan perkataan-perkataan keji yang lain. Lain kali tanya tok guru dulu. Tok guru dan ulama PAS pakar pe bab-bab menghina orang Islam di dalam UMNO.  

Perbuatan Penolong Setiausaha I Dewan Pemuda Pas itu melalui ayat-ayat di dalam twiiternya sememangnya bertujuan untuk menghina dan meng "abu jahal" kan UMNO. 

____________________
Beria-ria berulang-ulang.Syok gamaknya
_________________

Perihal Video Seks dan kesannya

Secara tidak langsung pula boleh dianggap membuka pintu penghinaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. Ini kerana, situasi semasa yang dipenuhi dengan rentetan "expose" video seks terlarang ahli politik samada di kaca TV, di dada akhbar mahu pun diruang siber mampu membuatkan suasana adegan tersebut membayang di depan mata apabila perkataan video seks ahli politik tertentu didedahkan.

Mudah untuk memikirkan apa yang dimaksudkan. Bagi sesiapa yang pernah pergi menunaikan haji, andai disebut sahaja haji, maka akan datanglah dengan sekonyong-konyongnya gambaran suasana di Mekah. Bagi orang yang belum lagi pernah mengerjakan haji, wajah-wajah yang pernah dilihatnya di kaca TV terutamanya Ka'abah insya Allah akan membayang di hadapan mata. Setidak-tidaknya Ka'abah adalah sesuatu yang akan hadir dalam fikirannya bila haji disebut orang.

Hari ini, dengan teknologi maklumat yang serba mudah hatta anak-anak remaja sekali pun sangat mudah untuk "excess" ke internet. Segala-galanya kini cuma di tapak tangan. Sebut sahaja "expose video sex", sebut sahaja berita tergempar, sekali dua klik mereka dapat menyaksikan di internet melalui handphone di telapak tangan mereka.. Handphone boleh capai intenet yang dulunya ribu harganya kini boleh dimiliki dengan harga bawah dari  RM 400.00. Itu belum lagi yang "secondhand"

Suatu masa dahulu, bila disebut liwat, puas memikir, apalah bendanya liwat tu. Hari ini, anak-anak sekolah rendah pun tahu apa yang dimaksudkan sebagai liwat.

Pendekata, pegang handphone tanya hati, adakah di saat ini ingin menjadi orang yang tidak beriman seketika atau ingin sentiasa memelihara imannya agar tidak seperti graf yang asyik turun naik tidak menentu.

Begitulah gambarannya betapa apa sahaja disebut orang, mudah sekali disaksikan dengan mata sendiri asal sahaja ianya di "upload" ke internet.

Maka bagi yang "berperasaan", bagi yang memahami hakikat beragama tentu tidak menjadi masalah. Bagi mereka yang kuat fikirannya dalam mempertahankan kemuliaan Nabi samada di dalam hatinya mau pun fikirannya juga tentulah insya Allah mampu menahan bayangan negatif yang cuba diunjurkan oleh syaitan ke dalam pemikiran mereka.

Namun bagaimana pula bagi yang agak kurang tarbiyah tentang adab dan akhlak mulia yang ada di dalam Islam.Bagaimana bagi mereka yang tidak berjaya menampan hasutan dan pertanyaan syaitan ke dalam benak mereka apabila sahaja ungkapan video seks Nabi mereka baca atau pun dengar di kaca TV. Asalnya orang Islam hampir rata-rata tidak pernah memikirkan perihal itu terhadap Nabi yang dimuliakan. Secara tiba-tiba adalah yang meng"highlight" nya di minda, tidakkah ini boleh kita katakan sebagai membuka pintu terhadap penghinaan terhadap Nabi.

Umno saja perbesar isu. 

Bukan UMNO sahaja yang terguris hati mendengar "statement" sedemikian rupa, seluruh umat Islam yang mengasihi Nabi pun turut terguris perasaannya, orang Islam PAS pun ramai yang tidak boleh terima kenyataan semacam tu.Geng cover mencover PAS sahaja yang sanggup angguk kepala.bila Nabinya dihina.

Dia nak gambarkan, kalau Nabi Muhammad lawan Umno

Hello, demokrasi ni bukan sistem yang ujud di zaman Nabi. Andai Nabi ada masa ni, belum tentu demokrasi ni diterima pakailah. Lagi pun apa buat nak mengada-adakan cerita yang memang mustahil. Apa hal pula Nabi nak lawan UMNO. Abu jahal tu pun Nabi tak lawan, Yahudi yang diceritakan hari-hari membaling Nabi dengan najis (ada yang kata buka nnajis tapi bahan kotor yang lain) sewaktu Nabi melewati di hadapan rumah yahudi itu pun nabi tidak lawan (apa maksud mahfuz tetnang perkataan Nabi lawan,kita pun tak pasti). Satu hari bila Nabi lalu, dan yahudi tersebut tidak membaling Rasululullah pada hati tersebut, lalu Nabi pun bertanya dan sebagaimana yang kita semua tahu, akhir cerita nabi melawat yahudi yang terlantar sakit itu yang mana akhirnya yahudi tersebut masuk Islam. Hayya tarak baca sejarah Nabi ka. Tu lah kawan lagi dengan DAP :)

Ungakapan "kalau Nabi Muhammad lawan Umno" itu pun boleh di kategorikan sebagai menghina Nabi. Bersangka buruk terhadap Nabi. Jahat hati yang cakap macam tu terhadap Nabi. Suka-suka hati mengata Nabi. Nabi paling sabar orangnya. Sejarah sendiri membuktikan Nabi tidak memusuhi sesiapa. Teruknya ustaz PAS, buruk sangka terhadap Nabi. Sudahlah dulu tok guru PAS mengkelaskan Nabi sedarjat dengan mamat-mamat kampung. 

Andai kata Mahfuz maksudkan "lawan" tu sebagai lawan parti politik. Ini pun teruk juga. Tentu yang dimaksudkan Nabi masuk politik lawan dengan UMNO, jika tidak macam mana Nabi nak lawan UMNO. Tidak pun masuk NGO macma Bersih yang tidak bersih tu.. Jauhnya imaginasi Mahfuz "beyond" realiti. Imaginasinya pula dusta, cakap pun dusta ( bertentangan dengan relaiti). Tu lah, kawan lagi dengan geng pluralisma. 

Nabi juga akan jadi mangsa fitnah Umno.

Fitnah tu !!.benda belum berlaku, bukti tentulah tak ada. Siapa yang mempertahankan kalimah Allah, kalau bukan UMNO melalui kementerian dalam negeri. Haji Hadi awal-awal lagi dah setuju. Siapa yang famous dengan ungkapan mamat budak kampung. Siapa yang beria sokong sampai sanggup pakai kamus dewan demi meng"cover" kawan sepeyelewengan dalam menterjemahkan nama Tuhan Al-Jabbar.

Itu tujuan dia, bukan nak kata Nabi tu jahat

Bukan semua perbuatan salah perlukan niat. Dalam undang-undang negara pun ada hukuman bagi perbuatan membunuh tanpa niat. Dalam Islam, bab cerai tak boleh dijadikan bahan lawak, dalam lakunan pun andai suami isteri, jatuh pe hukum. Bab syirik pun tidak sentiasa perlu pada niat.

Lagi pun seperti yang dinyatakan di awal komen ( kata-kata Saidna Umar r.a) apa yang kamu buat tu yang kita boleh tafsirkan, niat manusia Tuhan sahaja yang tahu. Tak perlulah berhujah tentang niat. Andai sangka baik ujud dalam hati seperti yang dikehendaki oleh agama, insya Allah kenyataan sedemikian rupa tidak mudah dilontarkan.

Mahfuz berkata, perkara itu dilihat begitu kerana ramai yang menyalah tafsir maksud sebenar yang cuba disampaikan Khairul Fahmi

Apa nak tafsir-tafsirnya, ayat semudah abc. Menghina UMNO di suatu segi, di saat yang sama sanggup mengaibkan Nabi dengan ungkapan yang terlalu tidak perlu terhadap Nabi yang dimuliakan oleh Allah.

Susah sangat ke nak faham, macam nilah. Jarang terjumpa orang beriman yang bila terbercerita tentang seks, memikirkan atau mengeluarkan sepatah dua ayat berkaitan seks ibu bapa mereka sendiri. Ini kerana perihal seks sebegini seolah-olah secara automatik terblok dari pemikiran anak-anak yang beriman disebabkan kemuliaan dan memuliakan ibu bapa masing-masing. Orang bukan Islam pun tidak bercerita perihal sebegitu walau pun sekadar sepatah dua ayat. Ianya sifat "built-in" yang dianugerahkan kepada manusia oleh Tuhan maha bijaksana.

Andai ada yang sanggup melontarkan sepatah dua kata berkaitan seks ibu bapa mereka, mungkin adalah silap ibu bapa mereka sendiri dalam mendidik anak-anak mereka. Mungkin sikap yang terlalu liberal atau kebaratan mempengaruhi minda dan telah membentuk keperibadian hinggakan sifat asal yang kerap juga disebut sebagai kemanusiaan atau humanity itu berjaya di atasi oleh sifat yang terbentuk oleh pengaruh sekeliling dan juga salah ajar oleh ibu bapa mereka sendiri.

Bagi umat Islam, sangat bersyukur kita menganuti agama yang lengkap segalanya. Ilmu ibadat, tauhid, adab dan lain-lain cabang ilmu yang diajar di dalam Islam menjadikan umat Islam terarah hala tuju pemikirannya, perbuatannya disamping perkembangan jiwanya menepati kehendak Tuhan.

Lantaran itu sewajarnya, kita umat Islam lebih tahu apa yang layak dan apa yang tidak sewajarnya kita katakan atau lakukan dalam mendekatkan diri kepada Ilahi

Setelah begitu rupa sikap dan penghormatan kita terhadap ibu bapa kesan dari didikan ilmu Islam, tentulah berlebih-lebih lagi penghormatan kita tehadap Nabi utusan Tuhan. Perkataan "video seks Nabi" itu tidak patut, tidak sesuai, tidak wajar, tidak beradab malah bersifat terlalu kurang ajar untuk disebut mahu pun ditulis. Senang cakap, kurang ajar sangat kalau kita sebut perkataan tu. Tiada keperluan, tiada kebaikan dari menyebutnya. Sahabat-sahabat Nabi merendahkan diri terhadap Nabi.. inikan pula kita "orang biasa"

Kena faham bahasa, Umno ni sampai satu peringkat macam... kenyataan Tok Guru Nik Aziz (Datuk Nik Aziz Nik Mat) mengenai BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), bagi anak ayam makan, itu perumpamaan saja.

Perumpamaan banyak kategorinya, perumpamaan menghina tu.

Orang yang tak kesah bila nurul izzah kata tiada paksaan dalam agama juga terpakai untuk orang melayu, orang yang berdiam diri bila anwar kata muratd hak individu, orang yang kata Nabi Muhammad sewaktu lahir sama sahaja macam mamat-mamat kampung lain, tidak perlulah dijadikan "reference" . Orang yang sanggup bersekutu denga para pendukong pluralisma di dalam PKR dan mereka yang beria menolak Islam di dalam DAP tu, tidak perlulah nak dijadikan back up. Bak kata orang, bawa body guard tapi body guard tak boleh diharapkan. Perumpamaan je..

Kalau perumpamaan tidak boleh pakai, Dewan Bahasa Pustaka, pusat-pusat bahasa di universiti kena buang semua perumpamaan yang ada binatang

Kalih tajuk ke, awalnya cerita berkaitan menghina Nabi, ni dah masuk bab perumpamaan bagai. Dewan bahasa dan bahasa malaysia pun kena taruh sekali.

Kesimpulan: Ayat  Penolong Setiausaha I Dewan Pemuda Pas tu bukan lah jenis perumpamaan. itu ayat kurang ajar namanya. Menghina sesama Islam dan ayat yang bersifat Kurang ajar terhadap Nabi Muhammad s.a.w.

Akhirnya cubalah hafal hadis ni... menghina, meng"abu jahal"kan orang Islam lain, melaknat sesama Islam dan lain-lain seumpamanya adalah di larang oleh Nabi.  


بسم الله الرحمن الرحيم

In the Name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ، حَدَّثَنِي اللَّيْثُ، قَالَ حَدَّثَنِي خَالِدُ بْنُ يَزِيدَ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي هِلاَلٍ، عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ، أَنَّ رَجُلاً، عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم كَانَ اسْمُهُ عَبْدَ اللَّهِ، وَكَانَ يُلَقَّبُ حِمَارًا، وَكَانَ يُضْحِكُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم، وَكَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم قَدْ جَلَدَهُ فِي الشَّرَابِ، فَأُتِيَ بِهِ يَوْمًا فَأَمَرَ بِهِ فَجُلِدَ، فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ الْقَوْمِ اللَّهُمَّ الْعَنْهُ مَا أَكْثَرَ مَا يُؤْتَى بِهِ‏.‏ فَقَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ‏ "‏ لاَ تَلْعَنُوهُ، فَوَاللَّهِ مَا عَلِمْتُ أَنَّهُ يُحِبُّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ ‏"‏‏.‏

 Sahih Bukhari Book: 86, Hadith: 6867
The English translation 

Narrated `Umar bin Al-Khattab:

During the lifetime of the Prophet there was a man called `Abdullah whose nickname was Donkey, and he used to make Allah's Apostle laugh. The Prophet lashed him because of drinking (alcohol). And one-day he was brought to the Prophet on the same charge and was lashed. On that, a man among the people said, "O Allah, curse him ! How frequently he has been brought (to the Prophet on such a charge)!" The Prophet said, "Do not curse him, for by Allah, I know for he loves Allah and His Apostle."

Terjemahan Melayunya
Umar bin al-Khattab melaporkan, pada suatu masa ada seorang lelaki bernama Abdullah yang nama jolokannya adalah 'himar' yang bermakna 'si keldai'. Dia seorang yang selalu menyebabkan Nabi Muhammad senyum. Nabi Muhammad pernah mengenakan hukuman sebat kepada Abdullah atas kesalahan meminum arak. Pada suatu hari sekali lagi Abdullah dibawa ke hadapan Nabi Muhammad atas kesalahan minum arak, Nabi pun menyebat dia. Melihat peristiwa itu seorang lelaki berkata, “Ya Allah! Kutuklah dia. Selalu benar dia dibawa ke hadapan Nabi.” Nabi Muhammad berkata, “Jangan kutuk dia, kerana demi Allah, saya tahu dia mencintai Allah dan Rasulnya.” --
Hadith No. 2161 dalam kitab Ringkasan Sahih al-Bukhari.

Hati orang UMNO manakan pembesar PAS boleh mengerti sedangkan dalam hati pembesar PAs penuh dengan sangka-sangkaan yang buruk sepanjang masa.

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title