Apr 20, 2013

Nik Aziz DAP - Simple Tak Lojik vs Simple Lojik

Nik Aziz & DAP
Simple Tak Lojik vs Simple Lojik




Nik Aziz: DAP tidak lagi takut Islam

KOTA BHARU - Tindakan DAP yang mahu menggunakan logo Pas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) membuktikan parti itu tidak lagi takut kepada perjuangan Islam yang dibawa pihaknya.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tindakan DAP yang mahu menggunakan lambang Pas juga menunjukkan kesepakatan Pakatan Rakyat yang sebelum ini didakwa tidak bersatu dalam perjuangan.


  ==========================
Simple Tak Lojik
tindakan DAP yang mahu menggunakan lambang Pas juga menunjukkan 
kesepakatan Pakatan Rakyat
Simple Lojik 
 tindakan DAP yang mahu menggunakan lambang Pas disebabkan  
lambang Roket DAP tidak dapat digunakan selepas menerima notis daripada RoS, 
kurang 48 jam sebelum tarikh penamaan calon
Buktinya
 Kemungkinan lambang Roket yang menjadi identiti DAP ini tidak dapat digunakan selepas menerima notis daripada RoS, kurang 48 jam sebelum tarikh penamaan calon ( Alasan semata-mata, sebenarnya ROS benarkan)
 ==========================
"Ambo (saya) dapat panggilan, kata DAP tidak boleh guna roket, nak guna lambang Pas, boleh sangat, kalau betul (pendaftar Pertubuhan) tidak benar guna, esok (hari ini) DAP akan guna lambang Pas, ini bermakna mereka boleh terima Islam.


========================== 
Simple Tak Lojik
DAP tidak boleh guna roket, nak guna lambang Pas, ini bermakna mereka boleh terima Islam.
Simple Lojik 
 DAP nak guna lambang PAS untuk mengambil peluang terhadap orang Melayu PAS dan PKR yang dari awal telah dikelirukan oleh tok guru pas dan guru besar PKR tentang sikap dan perangai DAP yang sebenarnya
Buktinya
 Semua calon DAP di Semenanjung Malaysia mungkin menggunakan lambang Pas manakala calonnya di Sabah dan Sarawak menggunakan lambang Parti Keadilan Nasional (PKR) pada pilihan raya umum 5 Mei ini, kata Penasihat DAP Lim Kit Siang, walaupun Pendaftar Pertubuhan (RoS) semalam menegaskan parti pembangkang itu boleh menggunakan simbolnya sendiri.
========================== 
"Tidak masuk Islam tidak mengapa tetapi ia boleh mengurangkan Islamfobia, tak payah cakap banyaklah Umno," katanya semasa ucapan memperkenalkan calon Pas Pengkalan Chepa di sini semalam.

Nik Aziz mendakwa, Pas tidak seperti Umno yang sanggup menjaga hati MCA yang jelas menolak Islam melalui kenyataan beberapa orang pimpinannya. 
( DAP tak tolak Islam : Nik Aziz mimpi di siang hari la tu.. Bukti : Video klip di  PAS - Nik Aziz Bukan Bicara Cinta tapi Madah Berhelah )

Dalam ucapan itu, Nik Aziz turut mengakui terdapat pemimpin DAP yang menghubunginya untuk mentafsir ayat Al-Quran.

"Saya selalu dapat panggilan tengah malam dari orang Cina yang bertanya terjemahan al-Quran, ini pemimpin DAP sekarang," katanya.

19 April 2013 
Bukti di atas diambil dari berita seperti di bawah ...
Kit Siang: DAP mungkin guna lambang Pas, PKR
19 April 2013
JOHOR BAHRU - Semua calon DAP di Semenanjung Malaysia mungkin menggunakan lambang Pas manakala calonnya di Sabah dan Sarawak menggunakan lambang Parti Keadilan Nasional (PKR) pada pilihan raya umum 5 Mei ini, kata Penasihat DAP Lim Kit Siang, walaupun Pendaftar Pertubuhan (RoS) semalam menegaskan parti pembangkang itu boleh menggunakan simbolnya sendiri.

Menurut pemerhati politik, langkah DAP itu hanyalah semata-mata untuk meraih simpati para pengundi pada pilihan raya umum ke-13 itu.

Pada sidang media di Pusat Operasi DAP di Taman Ungku Tun Aminah di sini hari ini, Lim bagaimanapun enggan mengulas kenyataan ROS itu.

Sebaliknya, pemimpin veteran itu, yang akan mencabar Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman bagi kerusi Parlimen Gelang Patah, menyalahkan MCA dan mendakwanya dibantu Umno untuk memainkan peranan dalam menentukan keputusan RoS.

"Kemungkinan lambang Roket yang menjadi identiti DAP ini tidak dapat digunakan selepas menerima notis daripada RoS, kurang 48 jam sebelum tarikh penamaan calon," katanya. - Bernama 
sinarharian.com.my 


Nik Aziz: DAP tidak lagi takut Islam ...

DAP tetap tolak hudud Pas - Karpal

Karpal Singh

PULAU PINANG 20 April - DAP tetap menolak dasar Pas termasuk hukum hudud meskipun parti itu terpaksa bertanding menggunakan lambang Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

Pengerusinya, Karpal Singh menegaskan, kesediaan parti itu menggunakan logo Pas tidak bermakna DAP menerima setiap dasar Pas.

Sebaliknya, jelas beliau, tindakan tersebut hanya melambangkan kerjasama utuh kedua-dua parti dalam pakatan pembangkang.

"Ini cuma kerjasama di bawah satu pakatan dan Pas telah bersetuju untuk membenarkan calon DAP menggunakan lambang mereka. Mana-mana keluarga pun ada persamaan seperti ini.

"Namun, itu semua adalah tidak penting kerana matlamat kita sekarang memastikan pakatan pembangkang menang besar dalam pilihan raya ini," katanya kepada pemberita selepas proses penamaan calon bagi Parlimen Bukit Gelugor, hari ini.

Selain itu, Karpal menambah, pihaknya lega memandangkan DAP dibolehkan untuk menggunakan simbol roket dalam pilihan raya umum ini.

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima surat watikah yang dikeluarkan parti. Jadi DAP akan menggunakan simbol roket yang telah menjadi identiti parti sejak lebih 40 tahun lalu," ujarnya.
 

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title