Apr 5, 2013

Nik Aziz PAS - UMNO tolak Islam Sembahyang Tokleh Pahala Part 01

UMNO tolak Islam
tolak Islam maknanya tolak Allah 
dan kalau sembahyang tokleh pahala
boleh pahala gapo kalau tolak Islam 
Tuan Guru PAS Nik Abdul Aziz
________________________________________


PRU-13: Nik Aziz dakwa sembahyang orang UMNO tak dapat pahala
Oleh MOHD. HAFIZ ABD.MUTALIB

NIK ABDUL AZIZ NIK MAT... Mursyidul Am Pas itu berucap 
di Kampung Jambu, Kota Bharu malam tadi.

KOTA BHARU 4 April, 2013 - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus-menerus mencetuskan kontroversi melalui fatwa-fatwa beliau terhadap keislaman orang UMNO termasuk sebelum ini mendakwa UMNO murtad kerana menolak Islam.

Malam tadi, Nik Aziz mendakwa sembahyang orang UMNO tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu telah menolak dasar Islam.

Dalam masa sama, Nik Aziz turut mendakwa UMNO telah menolak Allah SWT kerana selama ini mengamalkan dasar kebangsaan dengan menolak dasar Islam dalam pemerintahan.

"UMNO tolak Islam, tolak Islam maknanya tolak Allah dan kalau sembahyang tokleh (tidak boleh) pahala, boleh pahala gapo (apa) kalau tolak Islam.

"Kalau orang Pas tolak Islam pun tokleh pahala, orang Pas kalau riak tokleh pahala dan kalau kedekut pun tidak boleh pahala.

"Kalau nak boleh pahala ikhlas ini bukan senang, hendak boleh pahala ikhlas lagu mano (bagaimana) kalau tolak Islam, Allah yang bawak turun Islam kepada Nabi Muhammad SAW tiba-tiba UMNO tolak ambil kebangsaan, nak boleh gena (macam mana) pahala kat orang tolak Islam," katanya ketika berceramah di Kampung Jambu di sini malam tadi.

Kira-kira 500 orang yang rata-ratanya terdiri daripada penyokong tegar Pas menghadiri ceramah berkenaan.

Pada 17 November tahun lalu pada sidang akhbar sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Kota Bharu Nik Aziz mendakwa UMNO merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.

Nik Aziz dalam nada tegas kemudian turut melontarkan persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau pun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.

Pas sebelum itu menerusi adik Nik Abdul Aziz, Nik Razi Nik Mat turut mendoakan supaya Allah SWT menjahanamkan UMNO dan BN dalam majlis solat hajat di Stadium Muhamad Ke-IV sempena Muktamar Tahunan Pas itu.

Dalam pada itu, Nik Aziz semasa ceramahnya itu kemudian menyeru agar rakyat di Kelantan supaya memberi undi kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

"Hambo (saya) pesan pada suma rakyat baik Pas lebih-lebih lagi UMNO, tolong undi Pas... demo (kamu) hendak UMNO, UMNO lah, tapi beri kertas undi, undi Pas.

"UMNO bagi duit ambil, bagi gula kacau, bagi kain pakai,bagi lembu sembelih tetapi apabila bagi kertas undi, pangkah Pas, kita nak ajar dia (UMNO)," katanya. 
- UTUSAN ONLINE

Photo diedit dari sumber yang sama


Ucapan Sebenar Nik Aziz 
Di edit dari video klip yang diupload oleh 

Persoalan :

1- Benarkah UMNO menolak Islam.

2- Benarkah UMNO menolak Islam hingga boleh diertikan tahap penolakan yang dikatakan oleh Nik Aziz itu membawa kepada penolakan UMNO terhadap Allah sekali gus.

3- Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan tolak Islam oleh Nik Aziz dan apakah sebenarnya ciri-ciri yang boleh dikatakan sebagai tolak Islam dari sudut Ilmu Islam itu sendiri. 

4- Apakah yang dimaksudkan oleh Nik Aziz dengan ungkapan tolak Allah. Apakah ini membawa maksud yang UMNO tidak mengakui bahawa " Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah ".

5- Adakah orang yang menolak Islam akan bersembahyang/Solat dan adakah orang yang menolak Allah juga akan masih ingin menyembah Tuhan yang telah di "tolak" nya itu.

6- Apakah ini bermakna sekali lagi UMNO dikafirkan kerana dakwaan menolak Islam hingga membawa kepada penolakan terhadap Allah tentunya membawa pengertian kearah itu. Jika benar itu lah yang tersirat dari kata-kata tuan itu, usahkan solatnya tidak diterima malah pahala yang ada selama ini juga akan turut luput.


7- Tidakkah "tokleh" pahala ini membawa maksud yang solat UMNO (tentulah orangnya) tidak diterima oleh Allah.

8- Tuan mengunakan perkataan UMNO, tidakkah ini bermaksud ahli UMNO dari pemimpin hingga ke akar umbi.

9- Hakikatnya Nik Aziz juga menyatakan bahawa bukan sahaja orang UMNO yang bersembahyang tidak memperolehi pahala malah orang PAS yang bersembahyang juga tidak akan memperolehi pahala jika mereka orang PAS sembahyang tetapi riak dan sangat kedekut. Perbezaannya cuma pada sebab musabab. 

10- Bersama kita rujuk kepada Surah yang dinyatakan oleh Nik Aziz di dalam ceramahnya di atas



Surah Al-Ma`un - سورة الماعون

بسم الله الرحمن الرحيم



107:1
أَرَأَيْتَ الَّذِي يُكَذِّبُ بِالدِّينِ
Indonesian
Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama?
Malay
Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)?

107:2
فَذَٰلِكَ الَّذِي يَدُعُّ الْيَتِيمَ
Indonesian
Itulah orang yang menghardik anak yatim,
Malay
Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,

107:3
وَلَا يَحُضُّ عَلَىٰ طَعَامِ الْمِسْكِينِ
Indonesian
dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin.
Malay
Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.

107:4
فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ
Indonesian
Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat,
Malay
(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang -

107:5
الَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ
Indonesian
(yaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya,
Malay
(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;

107:6
الَّذِينَ هُمْ يُرَاءُونَ
Indonesian
orang-orang yang berbuat riya,
Malay
(Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya),

107:7
وَيَمْنَعُونَ الْمَاعُونَ
Indonesian
dan enggan (menolong dengan) barang berguna.
Malay
Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).

Quran.com

Ayat di atas merujuk kepada seluruh umat Islam tidak kiralah dia orang Islam dari PAS atau UMNO atau PKR dan sebagainya.


Maka bolehlah kita simpulkan, tuduhan utama dari ucapan Nik Aziz ialah UMNO tolak Islam, lantaran dari itu menurut Nik Aziz ianya juga bermakna UMNO tolak Islam dan kesannya sembahyang orang UMNO tidak membolehkan mereka memperolehi pahala. Ianya juga tiada kaitan secara langsung dengan ayat Quran di atas melainkan jika UMNO melakukan apa yang dinyatakan di dalam ayat di atas, maka UMNO turut tergolong di dalam golongan seperti yang dinyatakan didalam ayat tersebut. Ayat di atas ditujukan kepada individu Islam secara khususnya. 

Ayat di atas tidak menyatakan secara langsung ciri-ciri orang yang menolak Islam. 

Berkaitan dakwaan tuan UMNO menolak Islam, hakikatnya, dakwaan tuan terlalu berat untuk tuan sendiri menanggungnya nanti andai disisi agama ianya tidak benar untuk disimpulkan bahawa UMNO tolak agama.  Tuan juga akan bertanggungjawab akan kesan dari tuduhan tuan itu kepada orang lain yang mendengar dan menerimanya.


10 Golongan Yang Tidak Diterima Solat
Ustaz Kazim Elias


Tolak fahaman seperti Boko Haram
Oleh TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
16/12/2012

AKIBAT ketaksuban sekumpulan orang Islam yang menganggap hanya mereka sahaja yang betul-betul Islam yang dinamakan Boko Haram telah menimbulkan keadaan huru-hara di Nigeria.

DI Nigeria hari ini terdapat kononnya gerakan Islam yang bernama Boko Haram. Saya tidak pasti makna "Boko" tetapi bunyinya semacam dengan "Buku" dalam Bahasa Melayu. Mungkin yang dimaksudkan dengan "Boko" ialah kitab Injil.

Walau apa pun maknanya yang jelas ialah kumpulan Boko Haram ini sedang membunuh orang Kristian dan menyerang gereja mereka. Tetapi mereka juga membunuh ramai orang Islam, bahkan lebih ramai orang Islam yang dibunuh dari orang bukan Islam.

Inilah yang sering berlaku apabila sekumpulan orang Islam anggap hanya mereka sahaja yang betul-betul Islam dan orang Islam lain tidak Islam dan boleh dibunuh.

Kita orang Melayu di Malaysia semuanya terdiri dari Ahli Sunnah Wal Jamaah dan berimam dengan Imam Shafie. Sepatutnya kita tidak menghadapi apa-apa masalah fahaman Islam yang berbeza-beza.

Malangnya Islam diperalatkan oleh segolongan politikus sehingga berlaku tuduhan bahawa orang yang tidak bersama dengan parti mereka tidak Islam dan murtad.

Walaupun mereka tidak ganas seperti Boko Haram tetapi permusuhan oleh orang yang anggap mereka sahaja yang Islam dengan orang yang tidak bersama dengan mereka yang didakwa tidak Islam berjaya memecah-belah dan melemahkan orang Islam di negara ini. Apabila lemah maka mudahlah orang Islam diperkosa oleh orang lain.

Kita sering dengar tokoh-tokoh agama mendakwa bahawa orang Islam itu adalah bersaudara. Tetapi ayat al-Quran ini hanya di bibir mulut sahaja. Amalannya berlainan.

Kata pihak yang memurtadkan seteru politik mereka, mereka memurtadkan seteru politik kerana tidak melaksanakan syariat Islam. Benarkah? Apa yang dilakukan oleh kita dilakukan juga oleh negara-negara lain yang diiktiraf sebagai negara Islam dengan penduduk yang diterima sebagai penganut agama Islam.

Jika kita murtad, maka kebanyakkan orang Islam didunia ini tentulah murtad juga. Kenapakah yang mendakwa tiga juta orang UMNO murtad tidak pula mendakwa umat Islam di negara-negara yang kononnya tidak laksana syariat Islam adalah murtad? Sebabnya ialah kerana tidak menguntungkan politik mereka.

Syariat

Apakah yang dimaksudkan dengan syariat Islam? Ada yang berpendapat bahawa oleh kerana penyanyi dibenarkan menyanyi di Malaysia maka ini bermakna Kerajaan Malaysia tidak mengamalkan syariat Islam.

Kalau ini bermakna tidak mengikut syariat Islam maka hampir semua negara Islam tidak mengikut syariat Islam.

Kita harus ingat di Malaysia bukan sahaja ada orang Islam tetapi 40 peratus dari penduduk Malaysia terdiri dari bukan Islam. Sesuatu yang tidak disukai oleh Allah SWT yang disebut dalam al-Quran ialah mereka yang mencetus huru-hara.

Dalam melaksanakan syariat Islam di Malaysia, cara yang sesuai ialah dengan tidak mencetuskan huru-hara. Kelonggaran yang diberi dalam pelaksanaan syariat Islam membolehkan kita bertindak dengan mengambil kira keadaan dalam melaksanakan hukum-hukum Islam.

Yang suka menjadikan Islam agama yang keras dan tidak bertimbangrasa serta tidak berperikemanusiaan ialah pentafsir yang berkepentingan. Demikian ada orang Islam yang menganggap orang tidak berjanggut tidak Islam dan perlu disembelih.

Demikian juga gerakan Boko Haram yang membuat syarat-syarat tersendiri untuk diterima sebagai orang Islam dan membunuh orang yang tidak patuh pada syariat ciptaan mereka.

Pelaksanaan syariat Islam di Malaysia mungkin berlainan dari penguatkuasaan syariat Islam di negara yang penduduknya semuanya Islam. Kita tidak ambil kisah dengan amalan dan budaya orang bukan Islam.

Kita tahu apabila percubaan dibuat untuk memaksa bukan Islam amal nilai hidup Islam seperti tidak membenar lelaki potong rambut wanita dan sebaliknya, akhirnya ia hanya memalukan orang Islam dan Islam apabila terpaksa dibatalkan. Demikian juga dengan tuduhan khalwat yang dilakukan oleh orang bukan Islam.

Sebaliknya apabila syariat Islam dibuat dengan menyediakan bank Islam yang bebas dari riba, universiti Islam, pengurusan Tabung Haji bagi menentukan amalan ini lebih sempurna, perkembangan ajaran Islam dengan mengadakan sekolah-sekolah agama, pengurusan zakat yang lebih tertib dan berbagai lagi, tidak ada huru-hara yang berlaku.

Demikian dengan penguatkuasaan undang-undang Islam di kalangan orang Islam dan penentuan undang-undang yang terpaksa dikenakan kepada penganut-penganut agama berlainan yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Menggalakkan gerakan seperti Boko Haram atau memurtadkan orang Islam tanpa usul periksa bukan cara kita, bahkan bukan cara Islam pun.

Janganlah sesiapa cuba menghalalkan perbuatan salah mereka dengan menyalahguna undang-undang Islam. Mereka yang berbuat demikian perlu bertaubat.

Sudah tentu mereka wajib tarik balik dakwaan kononnya ahli UMNO murtad. Ingatlah bagaimana dahulu Pas mendakwa UMNO kafir kerana bekerjasama dengan orang bukan Islam.

Seperti yang dijanji dalam al-Quran tuduhan ini kembali kepada yang menuduh kerana mereka sekarang bekerjasama dan berpeluk-peluk dengan orang kafir, bahkan sanggup mati mempertahankan pemimpin orang kafir -perbuatan mereka mengikut mereka sendiri menjadikan mereka kafir.

Janganlah hendaknya dakwaan oleh mereka bahawa orang UMNO murtad akan kembali kepada mereka. Orang Islam tidak perlu berlaku ganas kerana agama Islam tidak menyuruh kita melaku keganasan atau ketidakadilan kepada sesiapa.

Agama Islam adalah agama keamanan, agama yang mengajar kita supaya melaku adil dan tidak mencetuskan huru-hara.

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title