Apr 6, 2013

Nik Aziz PAS - UMNO tolak Islam Sembahyang Tokleh Pahala Part 02

tolak Islam maknanya tolak Allah 
dan kalau sembahyang tokleh pahala
boleh pahala gapo kalau tolak Islam 
Tuan Guru PAS Nik Abdul Aziz
________________________________________

Part 02
NIK ABDUL AZIZ NIK MAT... Mursyidul Am Pas itu berucap 
di Kampung Jambu, Kota Bharu malam tadi.

UMNO TAK TOLAK ISLAM

Malaysia Bukan Negara Sekular
Dr Muhammad Uthman El-Muhammady رحمه الله


Umno Hq


Pahala solat umat Islam hak mutlak Allah

Yang Dihormati Mufti Perak Datuk Harussani Zakaria

KUALA LUMPUR 4 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak berhak menghakimi amalan solat umat Islam negara ini kerana ketentuan pahala amalan itu kekal menjadi hak mutlak Yang Maha Esa, Allah SWT.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan, hal ini kerana kesempurnaan pahala solat merupakan kuasa dan rahsia Allah, justeru manusia yang tidak sempurna sifatnya tidak boleh sesekali mencuba untuk menilai amalan itu.

"Haram hukumnya jika seseorang menuduh sebuah pemerintahan Islam yang selama ini telah memartabatkan kedudukan agama di tempat yang tertinggi sebagai mungkar dan menolak dasar Islam.

"Hati Nik Abdul Aziz terlampau hitam dengan dendam terhadap UMNO. Sekejap parti itu murtad, sekejap mungkar dan terbaru orang UMNO tidak dapat pahala sembahyang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Nik Abdul Aziz sekali lagi mencetuskan kontroversi melalui fatwa beliau terhadap keislaman orang UMNO apabila mendakwa sembahyang ahli parti itu tidak memberikan sebarang pahala kerana UMNO telah menolak dasar Islam.

Nik Abdul Aziz turut mendakwa UMNO telah menolak Allah SWT kerana mengamalkan dasar kebangsaan dengan menolak dasar Islam dalam pemerintahan.

Pada 17 November tahun lalu dalam sidang akhbar sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Kota Bharu, Nik Abdul Aziz mendakwa UMNO merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekeh Islam dalam dasar parti itu.

Nik Abdul Aziz dalam nada tegas kemudian turut melontarkan persoalan sama ada UMNO kini menganut agama Kristian, Buddha ataupun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.

Pas sebelum itu, menerusi adik Nik Abdul Aziz, Nik Razi Nik Mat turut berdoa kepada Allah SWT supaya menjahanamkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) semasa mengadakan solat hajat di Stadium Muhamad Ke-IV sempena Muktamar Tahunan Pas itu.

Sehubungan itu, Harussani meminta rakyat tidak terpengaruh dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Nik Abdul Aziz yang jelas mengelirukan dan menyimpang daripada ajaran Islam.

Sambil menyelar tindakan itu, beliau berkata, hanya Nik Abdul Aziz yang masih tidak nampak dasar Islam yang dibawa UMNO dalam mentadbir negara ini.

"Berkemungkinan kerana UMNO tidak amalkan hukum hudud seperti yang diperjuangkan Pas itu, maka dengan mudah dia menuduh parti itu menolak dasar Islam sedangkan Malaysia begitu disanjungi negara luar sebagai peneraju kewangan dan perbankan Islam serta lain-lain lagi," katanya.

© Utusan Melayu (M) Bhd 


Beriman tidak semestinya Bertaqwa
Bertaqwa semestinya Beriman
Ustaz Azhar Idrus

Mengkafirkan orang, mencela orang beriman setaraf dengan abu jahal, firaun dan sebagainya merupakan kesalahan yang berat di dalam agama Islam maka amat beruntunglah orang beriman yang selalu sedar akan kesilapan yang telah dilakukan kerana kesedaran itu merupakan rahmat Tuhan buat insan yang dalam hatinya ada iman.

Umno Mempertahankan nama


dengan caranya sendiri

=========================

 Polemik Isu Kalimah Allah
oleh
Naser Disa


Forum 
Polemik Isu Kalimah Allah 
anjuran 
Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam 
(PEMBELA) 
di Auditorium Utama UIA 
Gombak 
pada 20hb Januari 2013



Sesungguhnya Amanat Hadi adalah suatu fitnah terhadap Perlembagaan Persekutuan dan UMNO. Beginilah sikap pemimpin dan ulama PAS (menurut kata ahli PAS) yang mengunakan tektik melabel UMNO dan kerajaan Malaysia dengan label yang negatif di mana kesannya membuatkan ahli PAS lumpuh upaya untuk berfikir dan hilang daya untuk merujuk kepada Ilmu Islam dalam melihat kebenaran. 

Apa bila minda melihat orang Islam yang ada dihadapan mata tiada lain selain dari kafir, abu jahal dan firaun sifatnya maka bagaimana lagi hati dan akal mampu berfungsi untuk bersangka baik terhadap sesama Islam.

Akhirnya jadilah mereka orang Islam yang hanya menonjolkan lahirliah yang Islamik sedangkan hati mereka penuh dengan sangka buruk. Kesannya persoalan taqwa itu sendiri akan hilang secara automatiknya dari tujuan hidup mereka.

Kembalilah ke jalan yang lurus wahai PAS, selagi masih ada waktu.

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title