Apr 8, 2013

Orang Umno maknanya orang yang menolak Islam - Nik Aziz PAS

Orang Umno maknanya orang yang menolak Islam -Nik Aziz PAS

 Nik Aziz terus merapu ...

'Asal tolak Islam tidak dapat pahala'
HABSAH ISMAIL
7 April 2013

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bukan sahaja mempertahankan dakwaan solat orang Umno tidak mendapat pahala, malah membuat dua dakwaan baru sekali gus menimbulkan kontroversi baru menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Dalam ceramahnya pada majlis Prahimpunan Kelantan Hijau di Jeli, yang turut dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi, Nik Aziz mendakwa jika Rasulullah SAW hidup kembali, Umno juga akan menentang Rasulullah.

Puak ini (Umno) kalau Nabi Muhammad (SAW) hidup balik, dia lawan,” katanya disambut sorakan penyokong Pas.

Sementara ketika merasmikan Majlis Pelancaran Projek Pawah Rusa Kelantan di Pejabat Perkhidmatan Veterinar, di sini semalam, Nik Aziz menyatakan projek yang dilaksanakan Barisan Nasional (BN) juga tidak mendapat pahala kerana parti tersebut menolak Islam.

Nak Islam macam mana, dia (BN) tolak Islam. Dia (BN) buat masjid bukan kerana Islam… dia nak kontraktor (projek) je, di Kelantan ini nak kata banyak projek Pusat (Kerajaan Pusat), bangunan sekolah, hospital… semua Pusat buat, tetapi satu pun tidak beritahu harga sebenar,” katanya.

Pada 4 April lalu, dalam ceramah Nik Aziz di Kampung Jambu di sini, beliau mendakwa sembahyang orang Umno tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu menolak Islam.

Menjelaskan dakwaan itu, Nik Aziz berkata, bukan sahaja penyokong Umno, malah ahli Pas yang riak dan bermegah diri menjalankan ibadah juga dianggap tidak mendapat pahala.

Bagi orang yang menyokong Umno dikira tidak mendapat pahala. Usahkan Umno, sokong Pas pun, kalau sokong Pas, tetapi riak, bangga diri juga tidak dapat pahala.

Orang Umno maknanya orang yang menolak Islam. Saya minta Melayu tolong terima Islam secara syamil, secara komprehensif… Apabila tolak Islam, maknanya tolak Allah. Islam mari (datang) daripada Allah,” katanya.

Kata beliau, Pas menerima Islam kerana agama tersebut sempurna dan menyatakan bukan sahaja orang Melayu menolak Islam, malah terdapat masyarakat di Timur Tengah turut menolak Islam.

“Kita (Pas) menerima Islam, Islam ini serba molek. Tiba-tiba kita Melayu menolak Islam. Bukan Melayu sahaja, Arab pun tolak Islam yang menyebabkan sekarang timbul Arab Spring. Kerana apa tolak Islam? Kerana habis tempoh? Nabi sampai kiamat Islam dia guna,” katanya.

Ketika ditanya mengenai manifesto BN yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam semalam, Nik Aziz berkata, semua yang diumumkan itu mengarut kerana secara dasar Umno menolak Islam.

“Buatlah apa saja pun, asalkan tolak Islam, semuanya mengarut,” katanya.

sinarharian
Nik Aziz terus merapu ...

photo diedit dari sinarharian


Perhatian !!!

Barang Siapa yang mengiktikad 
PAS itu ISLAM dan ISLAM itu PAS
Maka orang ini Mutlak Murtad dengan Allah Ta'ala
Ustaz Zainal Abidin Bin Awang 
( Minda Pondok )




Ramai orang bercakap berkaitan Agama 
yang akhirnya membawa kepada ...
USTAZ DON DANIYAL



Mohamad Hasan: Nik Aziz tidak cerminkan diri berilmu agama
8 April 2013


SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat gagal mencerminkan dirinya sebagai seorang yang tinggi ilmu agama.

Katanya kenyataan terbaharu Nik Abdul Aziz mengenai Umno dan pembinaan masjid bukan sahaja tidak rasional tetapi juga lebih bersifat peribadi.

"Kalaupun marah sangat dengan Umno, janganlah cakap macam itu.

"Juga, cerita sembahyang orang Umno tiada pahala...kau siapa nak kata begitu? Saya nak tanya, dia pemegang kunci syurga ke?" katanya kepada pemberita selepas penyerahan geran Program Pemulihan Dalam Komuniti Negeri Sembilan berjumlah RM3.05 juta bagi tempoh enam bulan, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang dilapor mendakwa orang Umno banyak membina masjid bukan kerana Islam sebaliknya kerana mahu menjadi kontraktor.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan sebelum ini dilapor mengeluarkan kenyataan solat anggota Umno tidak mendapat pahala kerana parti itu menolak dasar Islam.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata pembinaan sesebuah masjid tidak dilakukan kerajaan dengan sewenang-wenangnya, tetapi perlu mengambil kira keperluan dan permohonan umat Islam di satu-satu kawasan.

Beliau memberi contoh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yang menerima banyak permohonan masjid daripada masyarakat.

"Kalau nak ikutkan permohonan daripada masyarakat, banyak orang memohon.

Tapi kita pertimbangkan dengan begitu 'detail' termasuk dari segi jauh masjid,jarak masjid, fungsi masjid tersebut dan sebagainya," katanya.

Mengenai dakwaan Tian Chua Chang tidak dibenarkan memasuki Sabah semalam, Mohamad berkata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat itu sepatutnya dihalau keluar daripada negara ini.

Tian Chua sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila mendakwa insiden pencerobohan berdarah di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara Umno. - Bernama
sinarharian


PRU-13
Deklarasi ulama pondok haram undi pembangkang
Oleh SAFINA RAMLI

PENASIHAT Minda Pondok, Abdullah Annnajmi Saamah (duduk tengah) bersama sebahagian ulama pondok dan sekolah agama rakyat ketika membentangkan deklarasi Persidangan Ulama Pondok, SAR dan Tahfiz kepada pihak media di Bendong, Gurun hari ini - UTUSAN

GURUN 8 April - Para ulama pondok sekali lagi menegaskan haram bagi umat Islam memberikan undi kepada pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana mereka menyokong pluralisme agama yang jelas menyekutukan Allah.

Ia diputuskan dalam deklarasi Persidangan Ulamak Pondok, Sekolah Agama Rakyat dan Tahfiz yang berlangsung di Hotel Haverd, di sini hari ini.

Persidangan tersebut yang dianjurkan oleh Yayasan Jiwa Murni disertai oleh kira-kira 200 orang ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Minda Pondok, Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan, Yayasan Pondok Malaysia dan serta beberapa pertubuhan lain.

Deklarasi itu dibuat berdasarkan nas-nas daripada kitab-kitab Ulama Ahlusunnah Waljamaah yang muktabar setelah para peserta mengadakan perbahasan selama tiga hari bermula Sabtu lalu.

Para peserta persidangan itu mendapati perjuangan parti pembangkang iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP bukan sahaja menyalahi nas-nas tersebut bahkan bertentangan sama sekali dengan Islam serta sesat lagi menyesatkan.

UTUSAN ONLINE
08/04/2013

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title