Apr 21, 2013

Pakatan Rakyat Berpakat Tapi Tidak Sepakat

Pakatan Rakyat Berpakat Tetapi Tidak Sepakat
PAS, PKR dan DAP hanya berpakat untuk menjatuhkan UMNO 
tetapi tidak sepakat sesama mereka

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tindakan DAP yang mahu menggunakan lambang Pas juga menunjukkan kesepakatan Pakatan Rakyat yang sebelum ini didakwa tidak bersatu dalam perjuangan. - Nik Aziz DAP - Simple Tak Lojik vs Simple Lojik


Pakatan Versi Pakatan Rakyat
Bertembung Sesama Anggota Pakatan
 Chu cite .. Chu cite ..., tang mana bersatunya tu
Bendera untuk pilihanraya pun asing-asing

Pembangkang lawan sesama sendiri

KUALA LUMPUR 20 April - Pakatan pembangkang menerima tamparan paling hebat selepas calon daripada Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP bertembung sesama sendiri di beberapa kerusi di seluruh negara dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Calon Pas dan PKR masing-masing berentap di enam kerusi iaitu di Parlimen Labuan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh (Pulau Pinang), Kota Damansara (Selangor), Panti (Johor) serta tiga DUN di Terengganu iaitu Kota Putera, Bukit Besi dan Seberang Takir.

Di Parlimen Labuan, calon Pas, Hadnan Mohamad menentang calon PKR, Tan Sri Ibrahim Menudin manakala di DUN Sungai Acheh, calon Pas, Mohd. Yusni Mat Piah menentang calon PKR, Badrul Hisham Shaharin.

Di DUN Kota Damansara pula, calon Pas, Ridzuan Ismail turut bertanding melawan sekutunya, Mohd. Nasir Hashim daripada PKR manakala di DUN Panti antara Azlisham Azahar (Pas) dan Mohd Annuar Mohd Salleh (PKR).

Sementara itu, calon Pas di DUN Kota Putera, Adam Mat Said akan menentang calon PKR, Mohamed Abdul Ghani Ibrahim manakala di DUN Bukit Besi pula calon Pas, Roslan Ismail bertemu calon PKR, Mohd. Shamsul Mat Amin.

Di DUN Seberang Takir calon Pas, Zakarian Dagang bertembung calon PKR, Ahmad Nazri Mohd. Yusof.

Dalam pada itu, calon DAP dan PKR serta Pas bertembung di Parlimen Larut dan Tapah serta enam kerusi DUN lain.

Di Parlimen Larut, ahli PKR, R. Raveedran bertanding atas tiket Bebas menentang calon Pas, Datuk Fauzi Shaari dan calon Barisan Nasional (BN) yang juga penyandang kerusi, Datuk Hamzah Zainuddin.

Calon PKR di Parlimen Tapah, K. Vasantha Kumar dicabar Ketua Cabang PKR Tapah, Ridzuan Bani yang bertanding calon Bebas.

Bagi kerusi DUN Aulong penyandang,Yew Tian Hoe (DAP) yang bertanding Bebas melawan calon partinya sendiri, Leow Thye Yih dan calon BN, Soo Key Peng.

Satu lagi pertembungan sesama DAP ialah di DUN Bercham melibatkan Cheong Chee Khing yang ditentang bekas penyelaras Pusat Khidmat Ahli Parlimen Ipoh Barat, R.K Muthu sebagai calon Bebas.

Di Behrang pula, Ketua Cabang PKR Tanjung Malim, Mejar (B) Kamal Badri Tak M. Zainudin bertanding sebagai calon Bebas melawan Brigedier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab.

Di Alor Pongsu, Rosli Ibrahim dicabar ahli PKR, Shamsul Amir Ramli yang bertanding Bebas.

Tidak cukup dengan itu, di Hulu Kinta, calon PKR, M.A Tinagaran dicabar calon Bebas daripada Pas, Sulaiman Zakaria.

© Utusan Melayu (M) Bhd
20.04.2013

Yang lebih mengaibkan ...

DAP tolak Majlis Syura PAS

DAP tolak   Majlis Syura PAS
Georgetown: Karpal Singh berkata kepemimpinan tertinggi DAP tidak pernah bersetuju dan menerima keputusan Majlis Syura PAS berhubung larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Sambil menyifatkan ia sebagai mustahil, Pengerusi DAP Kebangsaan itu terus mendesak PAS menghormati keputusan Mesyuarat Majlis Presiden gabungan pembangkang bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam.

Tak pernah bincang isu

“PAS tidak pernah membincangkan isu Kalimah Allah dengan saya seperti yang dinyatakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden PAS).

Majlis Syura hanya komponen dalam PAS dan mereka tidak boleh mengatasi keputusan yang dipersetujui oleh pemimpin pakatan sebelum ini termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa kalimah Allah boleh digunakan bukan Islam.

Tidak ada parti dalam pakatan yang boleh mengatasi ketetapan Majlis Presiden. Saya hairan bagaimana perkara ini boleh timbul sedangkan ia tidak pernah dibincangkan selepas mesyuarat Majlis Presiden,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Karpal juga menafikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat ada membuat penjelasan mengenai isu itu pada pertemuan ringkas di sebuah hotel di negeri ini, Isnin lalu.

“Ketika pertemuan itu, isu berhubung kalimah Allah langsung tidak dibangkitkan dan saya hanya berbual biasa dengan Nik Aziz,” katanya.

Tetap pendirian

Kelmarin Abdul Hadi dilaporkan berkata, PAS tetap dengan pendirian untuk tidak menarik balik keputusan Majlis Syura Ulama berkenaan larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Abdul Hadi berkata, keputusan Majlis Syura berkenaan sudah diterima baik oleh Karpal selepas mendapat penjelasan daripada Nik Aziz dalam pertemuannya mereka. 
bharian.com.my

Yang lagi dan lagi mengaibkan, Bukan sahaja sesama pakatan tidak sepakat, di dalam PAS sendiri pun tidak sepakat rupanya. Di dalam isu video seks PAS juga tidak sepakat, haji hadi cakap lain, anggota majlis syura PAS cakap lain. Keadaan yang sama berulang sewaktu membuat keputusan tentang isu nama Allah  dahulu. Hadi kata okey, majlis syura kat tidak
Cakap memang power, buat tarak...  Pentadbiran negara tidak mustahil bakal huru-hara jika mereka dari pakatan rakyat dipilih rakyat jelata

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title