Apr 29, 2013

Pakatan Rakyat Pemimpin Tidak Sepakat Logonya Pun Tidak Sepakat

MB Negeri Sembilan: PR masih tak mampu guna satu logo
SARINAH MAT KASIM
29 April 2013
Mohamad Hasan
Datuk Seri Mohamad Hasan

SEREMBAN – Pakatan Rakyat (PR) dilihat tidak mempunyai kesepakatan dalam partinya berikutan masih lagi menggunakan logo masing-masing pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, parti dalam PR tidak mampu menggunakan satu logo untuk menarik pengundi pada PRU ini sebab tahu mereka akan kalah.

“Mereka (PR) bercelaru dan tidak pernah bersatu. Masa PRU ini pun mereka bertanding dengan logo masing-masing kerana tidak berani menggunakan satu logo.

“Kalau betul berani, cubalah letakkan semua logo Pas di Kuala Lumpur atau semua logo DAP di Kelantan, pasti mereka tidak berani buat,” katanya pada Majlis Perasmian Penutup di Konvensyen Combi Peringkat Negeri, di Dewan Merdeka Rembau, kelmarin.

Dalam pada itu, Mohamad memberitahu, penerimaan rakyat negeri ini terhadap BN sangat  memuaskan.

Katanya, selepas tempoh tujuh hari berkempen, beliau mendapati sokongan yang diberikan masyarakat terhadap BN sangat memberangsangkan, malah luar biasa.

“Saya gembira dengan semangat positif ini dan sokongan rakyat terhadap BN sangat tinggi.

“Malah setiap aktiviti kempen yang telah dirancang sebelum ini berjalan dengan baik dan sempurna seperti yang diharapkan,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai tindakan beberapa pemimpin kanan DAP negeri ini yang bertindak keluar parti dan menyatakan sokongan terhadap BN,  Mohamad menjelaskan bahawa DAP merupakan sebuah parti yang suka mengabaikan pengikutnya.

Menurutnya, DAP yang kononnya mendakwa bahawa ia sebuah parti untuk semua kaum tidak pernah wujud, sebaliknya ia adalah parti yang suka menipu.

“Ramai ahli DAP di negeri ini, termasuklah pemimpin kanan mereka bertindak keluar parti sebab kecewa dengan DAP yang suka menabur janji manis kepada pengikutnya berbanding dengan BN yang menepati segala janji.

“Maka tidak hairanlah mengapa ahli DAP keluar parti dan menyokong BN sebab alasannya sudah jelas bahawa DAP tidak tahu menjaga kebajikan ahlinya dengan baik,” katanya.

Komen

Masing-masing ada agenda tersendiri. Sorang kunun nak hudud, Sorang lagi nak pluralisma, sorang lagi tidak puas hati sangat-sangat terhadap keistimewaan yang diberi pada orang Melayu dan Agama Islam .

Punyalah tak puasa hati hinggakan wang zakat itu pun ada yang mempertikainya.

Ceramah punyalah dasat .. Perihal Logo pun tidak mampu nak sepakat ... kwang kwang kwang ..

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title