Apr 26, 2013

PAS DAP - Hudud Hanya Sekadar Pelaris Politik

PAS DAP
Hudud Hanya Sekadar Pelaris 

 Haron Din, Karpal Singh

PULAU PINANG 24 April - Pengerusi DAP, Karpal Singh menegaskan beliau tetap dengan pendiriannya yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan hukum berkenaan di negara ini.

Katanya, hudud tidak boleh dilaksanakan kerana mengikut Perlembagaan tidak ada apa-apa peruntukan yang menunjukkan Malaysia adalah sebuah negara Islam.

“Dalam tahun 1988, lima hakim kanan Mahkamah Agung yang diketuai Tun Salleh Abas ketika itu telah memutuskan undang-undang yang terpakai dalam negara adalah undang-undang sekular.

“Jadi mana boleh dalam satu negara ada dua undang-undang. DAP menghormati apa yang terkandung dalam perlembagaan, oleh itu undang-undang Islam boleh diletakan di bawah kuasa Raja-Raja Melayu sahaja," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din yang bertegas mahu melaksanakan hudud sekiranya pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Sementara itu di Arau, mengulas perkara tersebut, Haron mengulangi ketegasannya untuk melaksanakan hukum hudud sekiranya pakatan pembangkang memerintah negara ini.

Menurut beliau, pendiriannya itu mengambil kira hukum hudud sebagai asas dalam perundangan Islam.

“Sebagaimana solat, ia perlu dilaksanakan," kata beliau selepas merasmikan Pesta Wau Kampung Kenangan, Simpang Empat dekat sini hari ini.

Mengulas lanjut, Haron berkata, sekiranya pakatan pembangkang mendapat mandat memerintah negara ini, isu tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat khas pakatan berkenaan.

Sehubungan itu, beliau tidak mahu membuat kenyataan lanjut dalam media massa berhubung isu tersebut untuk mengelakkan ‘perbalahan’ dalam kalangan pemimpin pakatan berkenaan.

© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kenapa ?

DAP dan PAS juga PKR yang berada di dalam Pakatan Rakyat boleh berbincang secara tertutup setiap kali usul tentang Hudud diutarakan oleh PAS. Apa yang tidak kena dan apa yang menganggu perasaan DAP kesan dari pengistiharaan Hudud oleh PAS tentunya boleh mereka selesai secara dalaman tanpa perlu mengistiharkan di dada akhbar.

Setelah sama-sama bersetuju, mungkin suatu pengistiharan bersama boleh mereka war-warkan kepada pengikut masing-masing.

Apa yang berlaku tiada angin tiba-tiba pokok sengaja mereka goyangkan demi menarik perhatian pengikut masing-masing.

Tiba-tiba PAS melolongkan untuk buat hudud biar apa pun terjadi. Tiba-tiba juga DAP melalak, no to hudud. 

Untuk siapa lolongan dan lalakan itu. Adakah lolongan PAS tentang hudud untuk memberitahu kawannya DAP. Oh ! tentu tidak kerana jika hanya untuk memberitahu DAP tentang ketegasan PAS dalam melaksanakan hudud, bukankah lebih berhikmah jika ianya disampaikan secara bertentang mata di dalam bilik mesyuarat. Tentunya perbincangan yang lebih tertib dan terperinci dapat mereka adakan.

Untuk siapa lalakan DAP untuk menyatakan mereka sama sekali akan menentang tertegaknya hukum hudud yang dilolongkan oleh PAS. Adakah ianya untuk memberitahu PAS bahawa mereka tidak setuju dengan apa yang PAS sarankan itu. Oh ! tentu tidak kerana jika hanya untuk memberitahu PAS akan ketegasan mereka di dalam menolak hudud, bukankah lebih berhikmah jika ianya disampaikan secara bertentang mata di dalam bilik mesyuarat. Tentunya perbincangan yang lebih tertib dan terperinci dapat mereka adakan.

Maka untuk apa dan untuk siapa lolongan PAS dan lalakan DAP itu. Ianya cuma untuk menarik perhatian peminat dan penyokong mereka dari parti mereka sendiri.  Ada sahaja komen atau kondem terhadap parti, tok guru atau langkah PAS  yang sumbang berkaitan Islam , maka melolonglah mereka agar pengikut mereka tersentak seketika dari memfokus akan segala komen tentang buruk atau kelemahan pemimpin.

Begitu juga dengan DAP, apa sahaja lolongan PAS yang mereka rasakan boleh mengugat kredibiliti parti di mata bukan Islam, lalu DAP pun melalaklah agar pengikut mereka terus yakin bahawa mereka sedang dan masih menolak Islam dan Hudud.

Maka apakah sebetulnya hudud di mata DAP dan PAS sedangkan mereka boleh berbincang dan mengeluarkan kesimpulan bersama tentang perlaksanaan hudud, 

Terserlah hudud cuma pelaris politik mereka, DAP dan PAS untuk menarik perhatian pengikut mereka sendiri.




Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title