Apr 14, 2013

PAS - Orang Umno tak layak ganti Nik Aziz - Setuju !!! 100 %

PAS Kata
 Orang Umno tak layak ganti Nik Aziz
Setuju !!! 100 %  
Pas: 'Orang Umno tak layak ganti Nik Aziz'
SITI FATIHAH AWANG
14 April 2013
 Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah

  KOTA BHARU - Pas Kelantan mendakwa tiada seorang pun pemimpin Umno yang ada kini berkelayakan memimpin negeri itu, apa lagi mahu menggantikan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai menteri besar.

Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pemimpin yang ingin mengganti atau mengambil alih kuasa kepimpinan sekarang haruslah seorang yang mampu untuk mentadbir negeri dan mempunyai pengetahuan agama yang luas.
"Kalau kita mahu perkasakan Islam, kena faham Islam, kalau nak jadi imam pun orang tak harap, macam mana mahu perkasakan Islam," kata beliau semasa ceramah Himpunan Kelantanku Hijau di hadapan hampir 10,000 penyokong Pas di Padang Perdana, di sini.

Turut hadir Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakub; Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasaruddin Daud dan Pengarah Pilihan Raya Pas, Dr Mohd Hatta Ramli.

Mohd Amar berkata demikian sebagai mengulas manifesto Umno Kelantan yang dilancarkan pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang mahu menjadikan Islam sebagai tunjang utama dalam pentadbiran negeri sekiranya berjaya memerintah Kelantan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa lawatan ke Kelantan bulan lalu mengumumkan pembinaan masjid terbesar di Kelantan antara janji yang ingin dilaksanakan di negeri ini.

Sambil menyatakan apa yang dilakukan Umno Kelantan kini masih ‘jauh’ dari sasaran, Mohd Amar yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, tidak ada pemimpin dari parti lawan mampu setanding dengan kepimpinan yang ada dalam Pas .

"Nak perkasa Islam macam mana, pemimpin Umno di Kelantan ni maaf cakap lah, seorang pun tidak layak, bukan kata tak pandai solat, tapi ilmu tak setaraf, kalau nak, biarlah ianya setaraf dengan ilmu tok guru Nik Aziz," katanya.

( di tambah oleh Islam Browser:  Ibnu Rajab Al-Hambali mengatakan: “Mereka ( Ulama) adalah orang yang tidak mengaku-aku berilmu, tidak bangga dengan ilmunya atas seorang pun, dan tidak serampangan menghukumi orang yang jahil sebagai orang yang menyelisihi As-Sunnah.” asysyariah.com)

Mohd Amar berkata, perkara itu sangat penting untuk memastikan ilmu dan pendidikan Islam yang dipimpin Pas di Kelantan selama ini terjamin dan akan diteruskan di masa hadapan.

Setuju !!! 100 %
Kerana ....

Orang UMNO tidak berkeinginan untuk mengkafirkan, mengabujahalkan, memfiraunkan, menjahilliyahkan dan lain-lain kata keji terhadap sesama Islam tidak kira orang Islam itu dari UMNO sendiri atau dari PAS, PKR hatta orang Islam dari parti DAP

Orang UMNO menolak samasekali prinsip persamaan dalam beragama atau pluralisma dan tidak mampu berada dalam keaadaan bersuhabat seperti yang Nik Aziz dan Haji Hadi telah lakukan itu.

Orang UMNO tidak terus menidakkan Video Seks yang melibatkan pemimpin melainkan siasatan yang rapi dilakukan. Setidak-tidaknya menyerahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan terutamanya terhadap video seks yang terlalu mirip pemimpin yang berkaitan.

Orang UMNO tidak menyeret nama Allah dan Rasulnya dalam hujah politik yang tidak benar dan keji seperti Haji Hadi dan Nik Aziz pernah lakukan.. 

Orang UMNO tidak mendahulukan persetujuan bersama yang ujud dalam BN melebihi kehendak Agama, tidak seperti PAS yang begitu mengagungkan persetujuan bersama melebihi prinsip yang ada dalam agama Islam

Orang UMNO tidak mampu berhujah jelik seperti Nik Aziz. Nik Aziz hingga sanggup berhujah yang Solat Jumaat dan Ibadah Haji itu juga demonstrasi bagi menghalalkan demontrasi oleh Bersih 2.0

Buktinya: Sila rujuk video klip tanpa edit di youtube. youtube - Islam Browser

Pendek kata : Orang UMNO memang tak layak ganti NIK AZIZ sebabnya orang UMNO tidak suka mengkafirkan sesama Islam, orang UMNO tidak setuju Al Jabbar diterjemahkan sebagai samseng, orang UMNO tidak menyama tarafkan Nabi Muhammad dengan mamat kampung di kelantan. Orang UMNO juga tidak subahat dengan pluralisma,komunisdan syiah, tidak seperti pemimpin PAS. Orang UMNO juga tidak mampu membina patung setinggi yang ada di kelantan tu.. (diedit dari komen di akhbar)

Maka dengan itu sememangnya tiada orang UMNO samada dia yang agak kurang ilmu agama hinggalah yang bertaraf ulama yang mampu mengantikan Nik Aziz dan Hadi dan kebanyakan tuan guru PAS yang agak gemar mengunjing orang Islam yang tidak bersetuju dengan cara pembawakan agama oleh PAS

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title