Apr 24, 2013

Suara Pakatan Rakyat Menghina Imam Madinah Atas Sokongannya Terhadap UMNO

Suara Pakatan Rakyat Menghina Imam Madinah
Atas Sokongannya Terhadap UMNO

Mereka menghina sesiapa yang memberi sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional.
Namun jika sokongan diberikan kepada mereka, melaut puji mereka berikan.



Apa Punya Bodoh Imam Madinah Sokong BN ? Linknya suara pakatan rakyat

Begitulah pertanyaan berbentuk penghinaan yang mereka lemparkan hanya kerana sekongan yang diberikan tidak berpihak kepada pakatan rakyat.

Ke mana kuah kalau tak ke nasi. Mungkin inilah kesan sampingan dari sikap suka menghina dan memfitnah oleh pemimpin mereka dan pemimpin seangkatan dengan mereka dari pas.

Songsang sungguh pemikiran sesetengah orang Melayu dari pakatan rakyat. Yang wajar untuk tidak dimuliakan, mereka muliakan dengan segunung pujian.


orang ini sanggup mayatnya dilangkahi jika pas ingin melaksanakan hudud namun manusia sebegini pula mereka jadikan hero.


orang ini menjadikan pemimpin syiah sebagai idolanya namun mereka mertabatkan dia sebagai tokoh perpaduan agama.



orang ini telah berjaya mempengaruhi ribuan melayu termasuk tok guru melayu pas untuk turun ke jalan raya untuk berdemontrasi hingga akhirnya membuatkan tok guru pas sanggup menghukumkan solat jumaat dan haji sedarjat dengan demontrtasi. Manusia ini pula mereka angkat menjadi srikandi.

Kenapa ? hanya kerana mereka ini semua menyokong pakatan rakyat walau pun tindakan orang-orang ini hanya mendatangkan kerosakan kepada keharmonian kaum di Malaysia.

Begitu songsangnya pemikiran melayu dari pakatan rakyat. Sanggup mereka korbankan persaudaraan seagama dan masa depan umat Islam demi cita-cita politik pemimpin mereka.

Semoga kita yang masih mampu berfikir dan mengutamakan kemuliaan Islam, bersatu dalam membantu UMNO dan BN agar dapat mempertahankan kuasa demi kemuliaan agama Islam dan kesejahteraan antara kaum di Malaysia.

Kita cuma tinggal kuasa, jika kuasa yang ada ini pun hendak kita serahkan kepada mereka, percayalah... malapetaka sedang menanti dan janganlah kita tangisi nanti apabila rahmat dari Tuhan yang kita sendiri tidak tahu untuk syukuri pergi meninggalkan kita dan bisa membuatkan kita tercangak-cangak putih mata.

Pas dan pkr cuma alat untuk dap mendapat kemenangan dengan undi dari orang Islam. Mengundi pas bermakna orang Islam rela dap berkuasa sedangkan kita semua tahu mreka akan mencabar apa sahaja berkaitan dengan agama Islam dan umatnya. Mereka telah mencabar banyak perkara termasuklah soal murtad dan nama Allah.

Apakah ini tidak memberi apa-apa erti ke dalam jiwa orang Melayu dan umat Islam seluruhnya.

Umat Islam sedang menghadapi ujian yang amat berat...semoga kita mampu bersatu dan berjaya dalam menghadapinya.  Andai gagal, jangan marahkan orang lain dengan sakit yang bakal kita tanggung nanti.

___________________________________


Imam Madinah iktiraf BN

Kuala Lumpur: Imam Masjid Al-Nabawi di Madinah, Al-Syeikh Solah Muhammad Al-Budair mengiktiraf usaha Kerajaan Barisan Nasional (BN) meningkatkan dan mengembangkan syiar Islam di negara ini yang dilihat selari dengan tuntutan agama.

Malah, beliau kagum dengan usaha kerajaan menerusi institusi agama yang mengimarahkan rumah ibadat, khususnya masjid demi mendekatkan umat Islam dengan amal salih.
Pandangan itu disuarakannya kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum majlis perjumpaan Timbalan Perdana Menteri bersama pegawai masjid dan surau, ahli jawatankuasa masjid, pendakwah dan pendidik Wilayah Persekutuan, di Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju, di sini semalam.

Penghormatan kepada negara Muhyiddin berkata, kehadiran Al-Syeikh Solah pada majlis itu penghormatan kepada umat Islam negara ini, sekali gus menggambarkan keprihatinannya dan Kerajaan Arab Saudi terhadap usaha BN meningkatkan syiar Islam yang menjadi teras perpaduan ummah.

Sambil menyatakan rasa bertuah dengan pertemuan itu, Muhyiddin berkata, sebagai parti politik terbesar orang Melayu dan umat Islam, UMNO menjadikan matlamat untuk menegak, mempertahankan dan mengembangkan Islam sebagai prinsip perjuangan parti.

Terus istiqamah

Alhamdulillah dengan sikap pemimpin negara yang istiqamah mempertahankan kesucian Islam, walaupun diasak dengan pelbagai cabaran dan dugaan termasuk gerakan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) dan tuntutan kebebasan beragama, kedudukan Islam di negara kita terus terpelihara, katanya dalam ucapan di hadapan lebih 5,000 hadirin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, kedudukan Islam sebagai agama istimewa yang dianggap nikmat kepada umat Islam di negara ini tidak datang bergolek, sebaliknya hasil perjuangan pemimpin terdahulu.

Sehubungan itu, pendakwah yang berperanan menerusi pelbagai institusi Islam tidak boleh leka kerana cabaran terhadap kedudukan Islam datang dalam pelbagai bentuk termasuk melalui penyelewengan akidah atau kecelaruan pemikiran, sekali gus meruntuhkan akhlak umat Islam.

Institusi pendakwah

Kerajaan menyediakan pelbagai institusi bagi membantu pendakwah melaksanakan dakwah dengan lebih sempurna, antaranya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Majlis Agama Islam negeri dan Yayasan Dakwah Islam yang bukan saja membiayai, malah menyediakan pelbagai bentuk sokongan.

Bagi menegakkan dan menyebarkan syiar Islam, kerajaan membangunkan institusi pendidikan Islam, bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) negeri, mengambil guru agama berkhidmat dalam kerajaan dan latihan secukupnya dalam pendidikan Islam, katanya.

Pada majlis itu Timbalan Perdana Menteri menyerahkan sumbangan sagu hati Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sebanyak RM377,500 kepada 755 imam, bilal, noja dan pendakwah di Wilayah Persekutuan.
23.04.2013

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title