Apr 28, 2013

Tuan Guru PAS di Pentas Politik mengingkari Sifat Ulama

Memberi Gambaran Yang Tidak Benar dan Mengelirukan Umat

 Photo: Nik Aziz sedang membaca Sinar Harian

Tindakan DAP yang mahu menggunakan logo Pas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) membuktikan parti itu tidak lagi takut kepada perjuangan Islam yang dibawa pihaknya.

"Ambo (saya) dapat panggilan, kata DAP tidak boleh guna roket, nak guna lambang Pas, boleh sangat, kalau betul (pendaftar Pertubuhan) tidak benar guna, esok (hari ini) DAP akan guna lambang Pas, ini bermakna mereka boleh terima Islam - Nik Aziz PAS

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tindakan DAP yang mahu menggunakan lambang Pas juga menunjukkan kesepakatan Pakatan Rakyat yang sebelum ini didakwa tidak bersatu dalam perjuangan.

sinarharian

Memberi Tafsiran Agama yang tidak Benar demi membenarkan Tindakan yang Salah 



Bersekutu dengan NGO yang memiliki ciri-ciri yang amat  mirip dengan gerakan menjatuhkan pemimpin di negara Islam
di Asia Barat sedangkan menjatuhkan kerajaan dengan cara sebegini hanya membawa kesengsaraan berterusan kepada rakyat. Lihat sahaja di Mesir, Libya dan terkini di Syria, sesiapa yang tidak bersetuju akan diserang biar pun dia seorang Ulama sebenar.


Mereka meletakan kepercayaan kepada manusia yang tidak 
memiliki sifat untuk membolehkan kita umat Islam mempercayainya

Ulama diserang di Syria jika tidak bersetuju dengan pemberontak

"TIDAK tinggal lagi umur bagi aku melainkan beberapa hari yang boleh dikira. Sesungguhnya aku mencium bau syurga dari belakangnya. Jangan lupa wahai saudaraku untuk mendoakan aku."

Ternyata benarlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Hendaklah kamu takuti firasat orang mukmin kerana dia melihat dengan pandangan Allah."  - selengkapnya di islambrowser

Mengkafir orang Islam UMNO tanpa bukti yang sahih dan prosedur yang menepati kehendak ajaran Islam. Menghukumkan UMNO kafir hanya dengan alasan bersifat umum iaitu UMNO tolak Islam dan mengamalkan dasar kebangsaan 

 

Ulama dan para Mufti turut diserang dengan kata-kata keji dan fitnah jika tidak bersetuju dengan pemimpin "ulama" PAS. 

Tuan Guru pas saban hari mengkafirkan, menjahilliyah, memfiraunkan, mengabujahalkan orang Islam UMNO namun apabila ditegur oleh Mufti-mufti dan Ulama dari sekolah Pondok, sedikit pun mereka tidak hiraukan malah membalas dengan kata-kata keji dan fitnah pula.

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title