Apr 7, 2013

Umno Sembah Syaitan ? Biar betul Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz !!

Umno Sembah Syaitan ? 
Biar betul Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz !!



 

.....orang berkata pas mabuk kuasa ( memang mabuk kuasa pun, buktinya selepas ni) tetapi kita kata di dunia tidak ada tidak ada suatu perjuangan yang lebih suci daripada perjuangan orang-orang pas penyokong dan pejuang pas menuju putra jaya (hello bro, jangan tipulah..mujahideen di afghan dulu, pejuang chechen tu pun suci perjuangan merekalah, orang yang berjuang dalam menuntut ilmu pun suci juga. awak nak rampas kuasa dari orang Islam dengan jalan menipu rakyat mengunakan agama atas dakyah songsang, mana ada sucinya). 

Kenapa tuan-tuan semua kerana ini adalah perjuangan suci mengapa kita mahu ke putra jaya sila jawab, jawapannya Allah mengarahkan kita ke putra jaya ( hello bro mimpi di siang hari ke ni ). Allah mahu kita merampas kuasa itu daripada musuh Allah dan musuh kita. Inilah perjuangan yang suci ( hello bro, merampas kuasa dari pemerintah yang mempertahankan aqidah Islam, mana ada sucinya, redha untuk bersengkongkol dengan pejuang pluralisma pulak tu- PKR, perjuangan songsang tu bro.. ).

Apabila Allah memberi secalit kuasa kepada manusia di dunia ini, maka Allah tidak memberikannya kecuali kepada hamba-hambanya yang beriman.( hello bro !! Presiden Amerika dan Perdana menteri Israel tu beriman ke) Tapi apa yang berlaku yang berlaku syaitan dan orang-orang yang menyembah syaitan ( di saat ini pemerintah utama dalam kerajaan adalah UMNO, bro nak kata UMNO sembah Syaitan ke ?) telah merampas kuasa ini dari orang-orang yang beriman. ( bro nak kata orang UMNO tak beriman ke....)

... Allah ta'ala telah memilih kita untuk menjadi pejuang -pejuang Islam ke jalan Allah ...(hello bro, semua orang boleh cakap macam tu, bukti yang ada sebaliknya bro, nak pertahankan prinsip perjuangan negara Islam pun tak mampu, nak pertahankan nama Allah pun tak sudi, tak percaya tanya haji hadi)

Tahukah tuan-tuan semua orang yang gelap hatinya tidak mungkin memakai baju hijau di Malaysia ( hello bro, fatwa baru ke ni, Bersih 2,0 tu tak pakai baju hijau padanlah gelap hati dia orang tu ek..termasuklah ahli Pas yang join.. he he Haji Hadi dan Nik Aziz pun sama la gitu). Mereka hanya pakai baju biru. Biru yang langsung tidak berguna di jalan Allah ( hello bro, "fatwa" melampau ni, ugama mana punya ajaran nih..

 .... dan insya Allah kita hamparkan laluan ke putra jaya dengan permaidani berwarna hijau dan walau pun bertukar merah dengan darah sekali pun ( hello bro, apa maksudnya ni, kalau kalah pilihanraya nanti ada hati nak angkat senjata ke ? Bukti PAS mabuk kuasa) hijau akan tetap akan ke putra jaya insya Allah

Ucapan Ustaz ni  sangat jahat dan berbau hasutan

Jahat kerana menuduh UMNO menyembah syaitan. Ini disebabkan pemerintahan negara yang ada sekarang ini dibawah payung Umno, dan juga yang memakai  baju biru itulah adalah UMNO. Maka tentulah yang dimaksudkan penyembah syaitan itu UMNO.

Menghasut pula dapat diterjemahkan dari kata ibarat yang ustaz sendiri ucapkan iaitu permaidani hijau bertukar merah disebabkan darah tenrtulah membawa maksud pemberontakan bersenjata atau cara-cara lain yang boleh menimbulkan huru-hara hingga berlaku tumpah darah dikalangan rakyat jika gagal merampas putra jaya melalui pilihanraya.

Sedangkan di Malaysia, peralihan kuasa yang sah di sisi undang-undang hanyalah melalui pilihanraya. Ustaz berniat untuk mengajak pengikut ustaz melanggar undang-undang negara ke ?

Wujud kewajaran untuk kerajaan menangkap Ustaz Semborono ni kerana menghasut untuk menimbulkan suasana huruhara..disamping menabur fitnah terhadap orang Islam dikalangan UMNO.

Wallahu'alam Hanya Tuhan saja yang benar-benar mengetahui maksud tersirat disebalik ucapan ustaz itu. Kami sebagai manusia biasa hanya menafsir berdasarkan kemampuan akal dan ilmu yang ada.

Inilah kot, yang di katakan bapak borek anaknya rintik... Nik Aziz PAS - UMNO tolak Islam Sembahyang Tokleh Pahala Part 01

Dengarkanlah, 
mudah-mudahan membawa kepada terbukanya 
fikiran untuk berfikir atas jalan ilmu
( dialek Kelantan )

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title