Apr 15, 2013

Video Seks - Antara Qazaf dan Takzir

Video Seks
Antara Qazaf dan Takzir

_______


Penjelasan Sumpah dan
Tuduhan Zina Tanpa 4 Orang Saksi
Ustaz Kazim Elias


Video klip di atas merujuk kepada artikel di bawah


Video seks
ABIM gesa tampilkan 4 saksi

SHAH ALAM: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berkata pemilik blog yang mendedahkan video yang memaparkan aksi seks seorang lelaki mirip pemimpin PAS sebelum ini, perlu menampilkan empat orang saksi bagi mensabitkan tuduhannya.

Presidennya, Amidi Abdul Manan menambah, empat saksi itu adalah tuntutan hukum qazaf yang perlu dipenuhi oleh mereka yang membuat tuduhan zina terhadap orang lain.

Malah beliau turut melabelkan orang yang percaya dengan video itu sebagai 'jahil' dan kurang menghayati ajaran Islam.

"Hanya yang jahil dan kurang menghayati ajaran Islam akan ada rasa berbelah bahagi (tentang video itu).

"Keperluan membawa empat saksi ini telah diputuskan oleh ulama-ulama terkemuka seperti Sheikh Wahbah Zuhaili dan Dr Yusof Qaradhawi," katanya kepada sebuah portal berita.

Namun pemimpin PAS termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata tiada keperluan untuk PAS meminta penjelasan dan menyiasat video itu atas alasan ia adalah rekayasa Umno BN.

Majlis Syura PAS juga tanpa alasan kukuh menolak untuk diadakan siasatan berikutan tiada bukti kukuh.


diedit dari posting asal di antarapos.com


Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title