May 19, 2013

DAP - Aib Orang Lain Kasi Tunjuk Semua Orang Aib Sendiri Mau Tutup ..chitt..

Karpal gesa Tunku Abdul Aziz henti sebar 'rahsia' DAP

19 Mei 2013
Karpal Singh
Karpal Singh

GEORGETOWN - Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini memberi amaran kepada bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim agar menghentikan segala cerita yang menjadi 'rahsia' dalam parti itu kepada umum.

Beliau yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor berkata, beliau juga akan mengemukakan saman di mahkamah sekiranya Tunku Abdul Aziz tidak menghentikan perbuatan memburukkan DAP.

"Kita akan bawa perkara ini ke mahkamah, biar beliau (Tunku Abdul Aziz) faham dengan jelas, kini sudah tiba masanya untuk kami bertindak.

"Sebagai seorang yang benar-benar 'gentleman' beliau tidak seharusnya mendedahkan apa sahaja yang menjadi rahsia dalam parti kepada pengetahuan umum," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan penjual dan pengunjung Pasar Awam Island Park di Jalan Gangsa, di sini.

Katanya Tunku Abdul Aziz yang juga bekas Naib Presiden Transparency International telah dibawa masuk menyertai DAP pada 23 Ogos 2008 oleh kepimpinan tertinggi parti itu.

Tunku Abdul Aziz kemudian dilantik sebagai Naib Pengerusi DAP, pada 31 Mei 2009 dan dilantik sebagai senator pada Julai 2009.

Pada Mei 2012, Tunku Abdul Aziz mengumumkan keluar daripada DAP dan melepaskan jawatannya dalam parti itu kerana membantah penganjuran perhimpunan haram di ibu negara pada 28 April 2012 kerana khuatir ia boleh bertukar ganas dan bantahan itu kemudian menimbulkan perselisihan faham antara beliau dengan pemimpin DAP.

Bagaimanapun beliau tidak menyertai mana-mana parti politik.

Pada awal Mei lepas, Tunku Abdul Aziz telah mendedahkan di sebuah blog bagaimana beliau boleh menyertai DAP dan selepas setahun menjadi ahli beliau mendapati ideologi dan perjuangan parti itu tidak sehaluan dengan pendiriannya. - Bernama

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title