Abu Said al-Khudri meriwayatkan: “Pada satu hari, Muawiyah berjalan menghampiri sekumpulan orang dalam masjid dan berkata kepada mereka: Mengapa saudara sekalian duduk beramai-ramai di sini? Mereka menjawab: Kami berada di sini kerana mahu berzikir kepada Allah. Muawiyah berkata lagi: Demi Allah! Adakah itu saja sebab saudara sekalian duduk di sini, iaitu kerana mahu berzikir kepada Allah? Mereka menjawab: Benar, itu saja tujuan kami duduk di sini, bukan sebab lain.

Muawiyah pun menerangkan kepada mereka: Percayalah bukan maksud saya mencari saudara semua atau ada sesuatu yang mengakibatkan saya berasa ragu terhadap saudara semua. Sebenarnya, saya adalah daripada kalangan orang yang banyak mendengar hadis daripada Nabi Muhammad.
Percayalah, pada satu hari, Rasulullah menghampiri sahabat-sahabatnya yang sedang berkumpul. Beliau bertanya: Mengapa saudara semua duduk di sini? Sahabat-sahabat menjawab: Kami duduk di sini kerana mengingati Allah. Juga memuji Allah yang memberikan kami petunjuk menerima agama Islam dan memberi kami peluang mengecapi nikmat agama Islam.

Rasulullah berkata: Inginkah saudara sekalian mendengar penerangan mengenai tiga lelaki ini? Orang pertama yang melihat ruang kosong terus mencelah di situ. Beliau duduk kerana Allah dan diberi tempat oleh Allah. Lelaki yang duduk di belakang kerana malu berasak-asak di tengah orang ramai dan Allah juga malu padanya. Tetapi orang yang ketiga pergi meninggalkan majlis ini, Allah juga meninggalkannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Beliau bertanya lagi: Demi Allah! Adakah itu saja sebabnya saudara duduk di sini dan bukan sebab lain? Mereka menjawab: Demi Allah itu saja tujuan kami duduk di sini bukan sebab lain. Lalu Rasulullah SAW menerangkan: Percayalah, bukan tujuan saya meragui niat saudara sekalian. Sebenarnya Jibrail datang memberitahu, Allah bangga dengan saudara semua dan menyebut rasa bangga-Nya itu kepada malaikat.” (Riwayat Muslim)

Kisah tiga lelaki

Abu Waqid, nama sebenarnya Haris bin Auf meriwayatkan: “Pada satu hari Rasulullah sedang duduk dengan orang ramai di masjid. Tiba-tiba, datang tiga lelaki. Dua daripada mereka mula-mula berdiri di depan Rasulullah dan seorang lagi beredar dari situ. Apabila melihat ada ruang kosong, seorang daripada mereka duduk di situ. Seorang lagi terpaksa duduk di belakang sekali. Lelaki ketiga pula terus keluar meninggalkan tempat itu.

Selepas selesai menyampaikan ceramahnya, Rasulullah berkata:
Inginkah saudara sekalian mendengar penerangan mengenai tiga lelaki ini? Orang pertama yang melihat ruang kosong terus mencelah di situ. Beliau duduk kerana Allah dan diberi tempat oleh Allah. Lelaki yang duduk di belakang kerana malu berasak-asak di tengah orang ramai dan Allah juga malu padanya. Tetapi orang yang ketiga pergi meninggalkan majlis ini, Allah juga meninggalkannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)