May 21, 2013

Ketua Pemuda Pas Sokong Rampasan Kuasa - Benarkah ? Apa Buktinya ?

Ketua Pemuda Pas Sokong Rampasan Kuasa
Benarkah ? Apa Buktinya ?



Kita baca dahulu berita dari Sinar harian seperti di bawah ...


Tahan Adam Adli, adakah BN takut ?
JAMILAH HAMZAH
20 Mei 2013

SHAH ALAM - Penahanan Adam Adli Abdul Halim mengikut Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 4 Akta Hasutan dikecam Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hasan.

Menyifatkan tindakan menahan Adam sebagai lambang ketakutan pemerintah, Nasrudin berkata, apa salah Adam ingin menyuarakan keinginan rakyat Malaysia kepada pemerintah.

"Saya mewakili seluruh warga Dewan Pemuda Pas Malaysia, mendoakan agar Adam Adli tidak patah semangat mendepani ujian getir perjuangan ini.

"Serentak itu kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bertamadun yang dilakukan oleh pihak berkuasa ke atas saudara Adam Adli," katanya pada satu kenyataan media yang dihantar kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Pada 18 Mei lalu, Adam Adli dilaporkan ditahan di lokap Balai Polis Jinjang bersabit dengan satu siatan di bawah seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, pada jam 3.15 petang Sabtu lalu.

Berikutan itu, semalam dipetik daripada satu portal berita, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh mengesahkan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu ditahan reman sehingga Khamis ini dan perintah tahanan reman itu dikeluarkan seorang majistret di Balai Polis Jinjang, tengah hari semalam.

“Adam Adli ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya yang menghasut orang ramai menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan yang dibuatnya baru-baru ini," katanya.

Dalam pada itu, Nasrudin yang merupakan Ahli Parlimen Temerloh berkata ramai pemimpin politik daripada BN dan akhbar yang pro-kerajaan turut mengeluarkan kenyataan secara terang-terangan berbaur hasutan namun tidak diambil tindakan.

"... jelas tindakan pihak berkuasa hanya membela pembesar sebaliknya menindas rakyat serta seorang anak muda yang bersuara agar suara keinginannya didengari oleh pemerintah," katanya.

Nasrudin juga turut menyeru anak muda bangkit menolak kerajaan yang didakwanya sebagai rakus dan zalim tersebut.

Komen

Nasrudin berkata, apa salah Adam ingin menyuarakan keinginan rakyat Malaysia kepada pemerintah

Pertama - Apa salah ? Adakah Ketua pemuda pas masih belum lagi mendengar dengan teliti ucapan Adam Adli itu. Andai masih belum mendengarnya, kenapa pula memanai-mandai mengkondem kerajaan atas penahanan tersebut. Inikah cara pemimpin pas selama ini, main hentam bila bercakap. Amat malang bagi pengikut pas jika memang beginilah sikap pemimpin mereka.

Apa pun andai ketua pemuda pas masih belum mendengarnya.. kliklah video klip di bawah ini

Jika Ketua Pemuda pas telah mendengar ucapan Adam Adli dengan teliti, tentunya amatlah tidak masuk dek akal, jika masih lagi ingin bertanya, apa salah Adam ingin menyuarakan keinginan rakyat Malaysia kepada pemerintah.  

Antara ucapan Adam Adli..dia menyatakan ...

...  kita tidak boleh tunggu lagi 5 tahun untuk tumbangkan UMNO ...
...  tahun 2013 ini kita akan bersama-sama turunkan UMNO Barisan Nasional
.... kita akan turun ke jalanraya untuk rampasan kuasa ...
... pilihanraya tak kan tumbangkan kerajaan kita, yang boleh tumbangkan kerajaan adalah kuasa rakyat ...  

Selepas perkataan adalah , tak berapa jelas sebutan perkataan selepas itu, kalau tak silap pendengaran, kuasa rakyat.

Sekarang ingin kita bertanya, adakah menyeru rakyat merampas kuasa itu tidak salah?? Undang-undang lanun mana yang diguna pakai oleh ketua pemuda pas kerana rasanya tidak ada negara mana pun di dunia ini yang akan menghalalkan perbuatan merampas kuasa dari pemerintahan yang sah dipilih rakyat melalui pilihanraya. Pemimpin yahudi dan kominis pun tidak akan menerima perbuatan merampas kuasa itu sebagai perbuatan yang tidak salah.

Lagi pun apakah ketua pemuda pas tidak tahu, adalah salah di sisi Islam merampas kuasa dari pemimpin Islam.

Kedua -  apa salah Adam ingin menyuarakan keinginan rakyat Malaysia

Siapa kata itu keinginan rakyat Malaysia. Kerajaan berjaya menubuhkan pemerintahan kerana kelebihan kerusi yang diperolehi.. Kelebihan kerusi yang di miliki itulah keinginan majoriti rakyat Malaysia. Di campur lagi dengan sesetengah pemimpin PAS, PKR dan Dap sendiri yang telah mengistiharkan menolak peralihan kerajaan melalui rampasan kuasa. Tentulah suara majoriti inilah di kira sebagai keinginan rakyat Malaysia.

Tentunya kita ingin bertanya, apakah "judgement" atau pengukur yang digunakan oleh ketua pemuda pas dalam menyatakan seruan Adam Adli dan mereka yang menjerit menyokong usulnya itu sebagai keinginan rakyat Malaysia.  

Serentak itu kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bertamadun yang dilakukan oleh pihak berkuasa ke atas saudara Adam Adli 

Menangkap orang yang menghasut agar rakyat merampas kuasa dikira sebagai tidak bertamadun, bagaimana pula orang yang menghasut itu, adakah perbuatan menghasut dan merampas kuasa itu di benak ketua pemuda pas dikira sebagai bertamadun. Sifir mana yang digunakan oleh ketua pemuda pas.

Saya mewakili seluruh warga Dewan Pemuda Pas Malaysia, mendoakan agar Adam Adli tidak patah semangat mendepani ujian getir perjuangan ini

Maka dengan ayat berunsur doa di atas, di campur dengan kata-katanya sebelum itu, maka kita menyimpulkan dengan yakin bahawa Ketua Pemuda pas menyokong seruan rampasan kuasa yang di buat oleh Adam Adli.

Ayat mudahnya,  Ketua Pemuda Pas Sokong Rampasan Kuasa.

Kesimpulan ini dibuat dengan andaian tentunya ketua pemuda pas telah menyiasat dan meneliti ucapan Adam Adli yang menjadi punca dia ditangkap pihak berkuasa. Ini kerana kita berfikir amat tidak munasabah, amat tidak wajar seorang ketua pemuda membuat kondem hanya berdasarkan khabar-khabar angin atau sesuatu berita yang dia sendiri tidak dapat pastikan kesahihan berita tersebut.

Keduanya, kesimpulan ini dibuat berdasarkan berita dari Sinar harian seperti yang di atas. Tentunya sinar harian melapurkan berita dengan tepat kerana jika lapuran berita sinar harian tidak tepat, masakan Tuan Guru sudi membaca sinar harian.



















Wallahu'alam/

 

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title