May 15, 2013

Nabi Allah Berbangsa Arab Mereka Tolak, Nama Allah Pula Mereka Beria Hendak Gunakan - Sangat Sangat Tidak Melojikkan Otak

Nabi Allah Mereka Tolak Kerana Berbangsa Arab 
Nama Allah Pula Mereka Beria Hendak Gunakan
Sangat - Sangat Tidak Lojik 
Malah Terdapat Unsur yang Mengelirukan
_________________________
Poster ibadat ‘Allah’ hanya untuk Kristian, kata NECF

Oleh Debra Chong
Penolong Pengarang Berita KUALA LUMPUR, 15 Mei — Kumpulan gereja evangelis Malaysia kelihatan bingung dengan kenyataan melukakan hati oleh kumpulan peguam Islam ke atas kempen ibadat Facebook mereka yang mengandungi perkataan “Allah”, mengatakan ia dikhususkan hanya kepada penganut Kristian sahaja dan merupakan mesej untuk menyebarkan kasih sayang kepada negara.

Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) semalam menuduh Pengikut Kristian Evangelikal Kebangsaan (NECF) melakukan “jenayah” kekufuran terhadap Islam dengan menyalahgunakan nama tuhan Islam untuk tujuan mereka, walaupun pertikaian itu sedang didengar di Mahkamah Rayuan.

“Projek Malaysia MyHome bertujuan hanya untuk Kristian dan digunakan untuk menyebarkan kasih sayang dan rasa ambil berat terhadap negara,” kata setiausaha agung NECF Pastor Eugene Yapp semalam, menjawab kenyataan PPMM yang menggesa pihak berkuasa Islam untuk bertindak terhadap gereja itu.

“Tindakan yang dicadangkan untuk berdoa dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan adalah ungkapan yang biasa dan luahan keimanan biasa di kalangan penganut semua agama.”

Beliau menegaskan NECF menggunakan perkataan “Allah” hanya di poster kempen versi Bahasa Melayu untuk merangkumi jemaah Bumiputera di Malaysia Timur, yang membentuk kira-kira 60 peratus daripada jumlah penduduk Kristian di negara ini dan lebih biasa dengan bahasa kebangsaan.

Jumlah populasi Kristian Malaysia adalah 10 peratus daripada 28 juta penduduk negara dengan satu pertiga daripada penganutnya di Sabah dan lebih separuh di Sarawak, di Borneo Malaysia yang mengikut agama itu.

Akan tetapi agama dan kaum dalam negara yang mempunyai 60 peratus yang didefinasikan oleh Perlembagaan sebagai Melayu dan Islam merupakan isu panas.

Keganasan tercetus menyebabkan beberapa rumah ibadat diserang selepas Mahkamah Tinggi mengatakan Gereja Katolik mempunyai hak untuk memanggil tuhan mereka sebagai “Allah”, kerana perkataan Arab itu bukan hak eksklusif Islam, sepertimana yang dipercayai oleh majoriti umat Islam Malaysia.

Ketegangan kekal sehingga hari ini walaupun kemarahan sudah mula reda.

“Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) 1988 tidak merangkumi hak seseorang untuk menganuti dan mengamalkan agamanya, termasuk dalam konteks doa dan tindakan yang baik untuk negara dan rakyat,” kata Yapp, sebagai tindak balas kepada rujukan PPMM, undang-undang Islam sama digunakan untuk menghujahkan kes mereka.

Beliau juga membangkitkan hak untuk menganut, mengamalkan dan menguruskan kepercayaan seseorang adalah hak asas yang dijamin oleh Artikel 11, Perlembagaan Persekutuan terhadap semua rakyat.

Dalam laman Facebook mereka, NECF telah menggesa dalam bahasa kebangsaan, semua gereja dan Karistian untuk “merangkul, mengasihi dan memberkati negara ini dengan hadirat dengan kuasa Allah”.

Mesej sama juga turut disiarkan dalam bahasa Inggeris dan Cina.

“Adalah menjadi suatu kesalahan bagi mana-mana pihak yang secara sengaja dan berterusan menggunakan kalimah Allah dan beberapa kalimah lain yang berakar-umbi dari agama Islam dalam konteks agama bukan Islam bagi sebarang tujuan,” kata presiden PPMM Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berkenaan penyebaran satu poster di laman sosial Facebook yang dipercayai melanggar peruntukan-peruntukan di dalam Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.

“Poster pihak NECF yang jelas menyalahgunakan nama suci Allah ternyata merupakan suatu tindakan yang bersifat jenayah dan melanggar JADUAL (Seksyen 9) BAHAGIAN I Enakmen tersebut yang melarang penggunaan nama Allah berserta istilah-istilah Islam yang lain oleh penganut agama bukan Islam,” tegas Zainul dalam kenyataannya.

“PPMM menggesa supaya (Badan Bukan Kerajaan Agama Islam) NGI atau mana-mana individu di kalangan umat Islam untuk tampil membuat laporan polis bagi siasatan dimulakan.

“Pihak Jabatan Agama Islam negeri-negeri juga boleh membuat laporan polis bagi siasatan dan tindakan sewajarnya dibuat terhadap pihak yang melakukan pelanggaran enakmen tersebut.”
Posting berkaitan

 Nama Allah - Impian DAP dokongan Pemimpin Melayu PAS dan PKR kini telah membuahkan hasil


hayya.. ini olang manyak tipu ooo...
pijabat hali-hali speking english..sama olang melayu pun dia speaking english.. olang melayu balas cakap dalam bahasa melayu, dia jawab dalam bahasa english jugek. sama olang india pun dia speaking english.

Lia punye kidai punya itu signboard pun ada tulit bahasa english. Lia punya nama depan pun ada nama olang english.. pendek kata ahh..lia olang memang suka itu english punya bahasa..apa itu olang cakap..ada glemer ..itu macam la..

tapi sikalang tiba-tiba dia suka mau tulis itu bible dalam bahasa melayu.. lu olang ingat dia sendili mau baca ka..hayya.. lagi sudah tentu dia olang lagi suka baca itu bible in english maaa.. ada butut ka...so hayya wa pun sudah tersepiking woo..so itu melayu bible sapa mau baca...kalau dia cakap itu olang kristian ethnik dari sabah selawak boleh baca, lagi magut itu bible kasi translate dalam itu sana punya ethnik punya bahasa la..lagi mudah dia oalng paham...ada butut ka.

itu pasat wa cakap ini olang manyak tipu punya olang. dia cakap itu bible bahasa melayu untuk olang kristian sahaja..itu macam baik dia olang baca itu english punya bible... dia olang english speaking ada pandai..butut ka..apa pasat lain punya hal mau english tapi itu bible mau tulit melayu..

satu hat lagi wa mau cakap..meleka olang pergi la sana itu apa olang panggil vatican.. kasi check sana punya bible.. ada tulis itu Allah ka dalam sana punya bible..hayya wa belani kompem woo..talak punya..mana itu elopa dan ameleka punya olang mau cakap itu macam..lia olang suka sebut God..

atak percaya, lu olang tengok bila itu emeleka punya olng bila dia olang ada terkejut..apa dia cakap...oh my God..lu olang ada dengar ka, itu amereka atau itu british punya olang cakap..Ya Allah..mana ada..butut bukan.

wa memang percaya itu olang yang mahu guna nama Allah dalam dia punya bible..ada itu udang disebalik batu.. lu angkat itu batu..lu tentu nampak itu udang ..itu macam la.. ada paham ka..ini pelibahasa olang melayu maa..

lu olang kasi buka itu hebrew punya bible..talak punya tulit Allah..

kita sangat berharap gomen umno kasi usaha tarik balik itu court punya order..

wa punya nasihat..jangan tipu diri sendili la..jangan tipu olang lain la..itu haa atak baik wooo.. lu jangan ikut olang arab la..lu ikut olang putih la..pasat itu kristian bukan datang dari arab..lu tau ka itu kota rom..sikalang dalam itu Itali punya negara..sana la..mula disebarkan ajaran kristian.. hayya..atak belajar sejarah ka..

sekali lagi wa kasi nasihat, jangan tampal ditempat olang melayu boleh nampak la..kita melayu punya olang atak suka baca lu olang punya poster..tapi kalau lu atak boleh tahan mau kasi juga melayu baca..wa boleh rekomen satu tempat...kompem dia atak malah sama lu..

lu kasi tampal itu poster dekat rumah haji hadi ka..atau itu anwar ibrahim ka.. kompem mereka berdua tidak rasa terganggu punye...











Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title