May 28, 2013

Pemimpin PAS Tabiat Suka Menghina Pembawakan Sesetengah Dari Mereka

 Pemimpin PAS Tabiat Suka Menghina 
Pembawakan Sesetengah Dari Mereka


AMK selar Presiden PAS kerana mencerca calon PKR semasa kempen PRU13

Oleh Amin Iskandar
Penolong Pengarang Berita
May 24, 2013

PETALING JAYA, 24 Mei — Shamsul Iskandar Mohd Akin (gambar) menyelar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mencerca calon PKR semasa tempoh berkempen Pilihan Raya 2013 lalu tanpa membawa sebarang bukti.

Selain itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu juga menyatakan rasa tidak berpuas hati terhadap tindakan Abdul Hadi mengeluarkan surat watikah calon kepada calon PAS di kawasan-kawasan yang telah dipersetujui menjadi kerusi PKR.

“Kita mencela tindakan mencerca calon parti rakan tanpa membawa sebarang bukti,” kata Shamsul dalam ucapan dasar sempena kongres nasional PKR ke 9 di sini hari ini.

“Mewakili saf kepimpinan AMK, rasa kesal tidak boleh kami sembunyikan di saat masih ada pimpinan Pakatan Rakyat yang seolah-olah benak tidak memahami tahalluf siyasi (kerjasama politik) sehingga menyaksikan masih wujud pertembungan saat-saat akhir di beberapa kawasan seluruh Malaysia,” tambah ahli Parlimen Bukit Katil itu.

Semasa kempen Pilihan Raya 2013, Abdul Hadi mengatakan pertindihan kerusi diantara PAS dan PKR adalah untuk menggelakkan calon daripada lompat parti.

Tanpa menamakan calon, menurut Abdul Hadi, PAS mengatakan terdapat calon PKR yang merupakan pengedar dadah “pil kuda” dan berideologi komunis.

“Nak jadi calon macam mana edar pil kuda? Orang PAS tak boleh kerja calon macam ni, terang-terang saya sebut.

“Ada calon yang menjulang gambar Lenin, gambar Stalin. Macam mana orang PAS nak sokong? Orang PAS kerjasama dengan Keadilan … dengan DAP je. Tak kerjasama dengan parti Lenin, parti Stalin,” kata beliau merujuk kepada pemimpin komunis Russia, Vladimir Ilyich Lenin dan Joseph Stalin.
Selengkapnya @ themalaysianinsider 

AMK jangan biadap dengan Presiden PAS

Merujuk kepada laporan media Malaysian Insider yang bertajuk "AMK Selar Presiden PAS kerana mencerca calon PKR semasa kempen PRU13", kami menyelar sikap Ketua AMK Shamsul Iskandar Mat Akin memburuk-burukkan Presiden PAS di hadapan media.

Jika seminggu dua lalu Timbalan Presiden PKR mengkritik Presiden PAS rentetan ketidakpuasan hati prestasi PKR Selangor yang ada kena mengena dengan jawatan MB Selangor, hari ini Ketua AMKnya pula mencontohi sikap tersebut.

Kami tidak kisah untuk AMK mengkritik mana-mana pimpinan PAS, tapi kita ada saluran dalaman yang menjadi amalan kita selama ini. Jika tidak, media Umno/BN akan melaga-lagakannya.

Jika ia datang dari macai dan media Umno/BN, kami langsung tidak hiraukan namun kali ini AMK pula menjadi penyambung lidah macai Umno/BN yang menghentam Presiden PAS secara terbuka.  

Selengkapnya di ajijoi

Pemuda Pas minta Shamsul jangan berlagak hero depan perwakilan
Wartawan Sinar Harian
27 Mei 2013
 
SHAH ALAM - "Jangan berlagak hero depan perwakilan PKR dengan mencela presiden kami!"
Demikian tegas dan keras kenyataan Bendahari Pemuda Pas, Khairil Nizam Khirudin terhadap Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
 
Puncanya, Shamsul dalam ucapan di Kongres PKR kelmarin secara lantang telah mengkritik pimpinan Pas terutama presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atas tindakan mengeluarkan watikah bertanding kepada calon parti itu yang terbabit isu pertindihan kerusi dengan calon PKR pada pilihan raya lalu
 

Komen

Tak perlulah pemuda PAS cuba untuk menegakkan benang basah, sememangnya perbuatan Haji hadi itu
salah kerana membuka aib kawan seperjuangan secara terbuka begitu, bukanlah jalan yang lurus.

Melihat pada yang tertulis di dada akhbar, tertanya kita, beginikah cara mereka yang mendakwa mereka pembela Islam menyelesaikan perselisihan sesama saudara.

Kita memang tidak gemar dengan PKR, tapi yang mana betul tu betullah. Tak kanlah pula kita nak salahkan perkara yang benar. Menceritakan aib orang lain salah, mendakwa tanpa bukti fitnah. Takkanlah itu pun pemuda PAS tidak tahu.

Lagi pun itukan memang cara sesetengah bos-bos PAS. Kutuk, hina dan mencerca orang sememangnya tabiat mereka.

Belum merintah dah bertekak, itulah Pakatan Rakyat ( DAP, PKR dan PAS )

Pemimpin PAS, Tabiat suka Menghina sememangnya Pembawakan sesetengah dari mereka. Tentunya tidak semua mereka begitu  namun ramai juga yang bertabiat suka menghina dan menghukum orang lain sesuka hati mereka tanpa bukti nyata. Pendekata, memfitnah dan menghina adalah alat dan mainan politik dan lidah sesetengah pemimpin PAS.

Pelik jugakan, kenapa Islam Browser sejak akhir-akhir ini gemar pula posting yang bersifat negatif terhadap pemimpin PAS terutama ulama besar mereka.

Mungkin puncanya kerana marah.

Marah kerana mereka yang berimej pewaris Nabi tetapi pembawakan mereka bertentangan sama sekali dengan ajaran Nabi. 

Ada yang kata, dosa merendah-rendahkan ulama. Betul tu... sedar kita sesungguhnya memperlekehkan ulama bukanlah membawa untung pada diri.

Agak gementar juga pada awalnya untuk menulis perkara yang buruk tentang mereka. Sedar kita ilmu pun seciput cuma. Namun apabila hari demi hari makin terserlah keangkuhan mereka dalam menegakkan kebatilan atas nama perjuangan Islam, maka kita tak ragu lagi untuk menyerlahkannya.

Lantaran pula mereka juga menghina dan memperlekehkan apa sahaja yang mereka suka secara terbuka kepada orang awam. Mereka pula melakukannya tanpa segan silu.

Paling kita marah dan terus akan marah hingga mereka menarik balik kata-kata penginaan itu apabila mereka menghina Tuhan. Selagi orang ini tidak menarik balik kata-katanya atau membetulkan semula tafsiran jeliknya itu, selagi itulah kita tidak rela untuk memandangnya sebagai seorang ulama. Itulah puncanya kita hilang rasa ngeri untuk menyatakan keburukan pembawakan politik dan agama mereka ini.

Dia menghina Tuhan kita.

Samseng jika digunakan kepada makhluk membawa maksud hina, apabila digunakan kepada Tuhan membawa maksud mulia.

Mana dia belajar ni..Samseng sungguh dia ni kan, berani dia kata Tuhan samseng dan panas baran.

Pada mata kita, dia telah menghina Tuhan. Hujahnya pula daif sedaif-daifnya jika kita sandarkan pada ilmu agama.

Menghina Nabi Muhammad

Siapa yang ngajar Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w 
sama seperti kita manusia biasa.

Menghina Ibadat fardhu

Nak demo ke siapa, Solat jumaat dan ibadat haji, nak demo ke Tuhan ke.. handalnya dia.

Ada ke sesiapa yang terjerit-jerit melahir ketidakpuasan hati sewaktu solat jumaat.

Di mata kita, dia telah merendahkan martabat ibadat wajib yang difardhukan oleh Tuhan kepada hamba-hambanya.

Merendah-rendahkan ibadat orang Islam

Memandai-mandai menghukum ibadah orang Islam  
yang tidak sealiran dengan mereka

Mengkafirkan dan menjahilliyah orang Islam

 

 


Memfitnah kawan sendiri

Tanpa dia membawa bukti, dakwaan dia adalah fitnah.


Mengaibkan Isteri orang

Keji sungguh .. tak layak bagi lidah tidak berakhlak seperti dia ni untuk memegang  jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah 

Kesimpulan

Mereka tidak memiliki sifat yang sepatutnya dimiliki oleh seorang ulama pewaris Nabi.

Mereka cuma seorang melayu berugama Islam yang mengenepikan hukum agama di pentas politik

Mereka di mata kita, bukanlah ulama yang boleh kita harapkan kerana cakap mereka, perbuatan mereka hanya membawa kepada perpecahan umat. Kini angkara mulut ulama mereka sendiri, mereka sesama mereka mula bercakaran. Apa yang kita boleh harapkan dari orang seperti ini. Inikah manusia yang boleh kita harapkan untuk menunjukkan kita jalan yang lurus.



___________________________________


Khalifah ‘Umar bin al-Khattab menyebut: “Sesungguhnya manusia pada zaman Rasulullah s.a.w diambil tindakan berdasarkan (pemberitahuan dari) wahyu. Sesungguhnya wahyu pada hari ini telah terputus. Maka kami pada hari ini bertindak berdasarkan apa yang zahir pada kami dari amalan kamu. Sesiapa yang menzahirkan kebaikan, maka kami berikannya kedamaian (tidak diganggu) dan memuliakannya. Kami tidak masuk campur urusan rahsia batinnya. Sesiapa yang menzahirkan keburukan, maka kami tidak berinya kedamaian dan tidak mempercayainya sekalipun dia berkata batinnya baik”. (Riwayat al-Bukhari).

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title