May 30, 2013

Pemuda PAS Kini Amar Mungkar

Pemuda PAS Kini Amar Munkar

Tidakkah Ucapan berikut dikira Percakapan yang Mungkar



Antara ucapan Adam Adli..dia menyatakan ...

... kita tidak boleh tunggu lagi 5 tahun untuk tumbangkan UMNO ...

... tahun 2013 ini kita akan bersama-sama turunkan UMNO Barisan Nasional

... kita akan turun ke jalanraya untuk rampasan kuasa ...

... pilihanraya tak kan tumbangkan kerajaan kita, yang boleh tumbangkan kerajaan adalah kuasa rakyat ...




بسم الله الرحمن الرحيم
وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. 

Selanjutnya di امر بالمعروف و نهى عن المنكر


إنه يستعمل عليكم أمراء فتعرفون وتنكرون فمن كره فقد برئ ومن أنكر فقد سلم ولكن من رضي وتابع قالوا يا رسول الله ألا نقاتلهم قال لا ما صلوا أي من كره بقلبه وأنكر بقلبه


“Akan diangkat para penguasa untuk kamu. Di mana kamu mengenalinya dan kemudian kamu mengingkarinya (kerana ia telah melakukan kejahatan). Sesiapa yang benci, maka ia telah berlepas diri. Sesiapa yang mengingkarinya, benar-benar ia telah selamat. Akan tetapi, sebaliknya pula kepada mereka yang redha dan patuh kepada keburukan pemimpin tersebut (dia tidak akan selamat).” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah kami boleh menentangnya?” Beliau menjawab, “Tidak, selagi mereka masih melaksanakan solat. Iaitu sesiapa yang membenci dan mengingkari dengan hatinya.” (Hadis Riwayat Muslim, 9/401, no. 3446)

Selanjutnya di Fakta Yang Tuan Guru Tok Sei Nak Royak


Melarang daripada segala yang salah ( buruk dan keji ), antara kata kunci dari ayat 104 Suratul Imran apabila kita memperkatakan tentang Amar Ma'ruf Nahi Munkar.

Apakah menyeru rakyat bangkit menentang dan menjatuhkan kerajaan dengan cara turun ke jalanraya untuk merampas kuasa tidak termasuk di dalam perkara yang mungkar. 

Di mana prinsip Islam yang patut digengam oleh pemuda pas bila mana mereka yang selama ini menonjolkan diri mereka di hadapan umum sebagai pembela agama Islam. Paling minima, jika kita tidak mampu menegah dengan tangan, tegahlah dengan hati. Semua orang Islam tahu, itu ajaran agama yang masyhur. 

Bukan nak buruk sangka, tetapi tentu kita tertanya-tanya juga, apa jenis pejuang mereka ini. Benarkah mereka ini golongan pejuang Islam yang berilmu dan mengamalkan ilmu yang telah mereka pelajari. Atau adakah mereka ini cuma pemuda serbana dan jangutan agar tampak di mata orang awam yang mereka ini pejuang agama sedangkan yang diimpikan cuma cita-cita politik mereka sahaja.

Orang tuanya mengkafirkan sesama orang Islam, orang mudanya membela orang yang melakukan kemungkaran, aneh bagi mereka yang mendakwa mereka pejuang Islam tapi itulah kenyataan yang benar berlaku jika kita merujuk apa yang mereka ucap dan lakukan.

Oh ya, adakah Tuan Guru dan Majlis Syura PAS terlepas pandang atau pun memang bersetuju dengan tingkah laku dan perangai pemuda PAS sejak akhir-akhir ini, wallahu'alam.



Pemuda Pas sedia biaya kos guaman Safwan Anang, Adam Adli
30 Mei 2013

SHAH ALAM – Pemuda Pas hari ini menawarkan diri untuk menanggung kos guaman untuk aktivis mahasiswa, Safwan Anang dan Adam Adli Abd Halim sepanjang kes kedua-duanya berlangsung di mahkamah.

Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al Hiss berkata, pihaknya juga bersedia membantu dengan membekalkan peguam dari Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) bagi membela anak muda yang ditangkap, didakwa dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyanjung tinggi keberanian anak-anak muda dalam mempertahankan kebenaran meskipun mereka berdepan dengan risiko ditangkap dan dipenjarakan.

Keengganan Safwan Anang untuk diikat jamin sebanyak RM 5,000 membuka mata semua pihak bahawa beliau adalah simbol rakyat yang dizalimi. Beliau juga menunjukkan suatu sikap seriusnya anak muda dalam memperjuangkan demokrasi yang kian nazak di negara ini.

“Pemuda Pas melihat kebangkitan anak-anak muda seperti Safwan dan Adam Adli merupakan suatu fenomena luar biasa di negara ini.

“Di negara lain, sekiranya mahasiswa dan anak muda sudah mula berani turun berhimpun, ia menandakan zaman gelap kepada pemerintah dan permulaan cerah untuk pembebasan bagi rakyat yang cintakan keamanan, kedamaian dan demokrasi sebenar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam Safwan yang ditahan atas dakwaan mengeluarkan kata-kata berunsur hasutan tidak mahu diikat jamin sebagai tanda protes.

Sinar Harian Online difahamkan, peguam yang mewakili Safwan, Ariff Azami Hussein telah cuba memujuknya namun beliau berkeras untuk tidak diikat jamin.

Sementara itu, minggu lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membebaskan tahanan reman ke atas Adam Adli dengan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin selepas mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.

Adam Adli dituduh mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah seksyen 4(1) Akta yang sama dan kes akan disebut semula pada 2 Julai depan.

Dalam pada itu, dakwa Raja Ahmad, penangkapan Adam Adli dan Safwan adalah titik tolak kebangkitan anak-anak muda.

Dakwanya, kerajaan tidak boleh menganggap penangkapan mahupun mahasiswa ini boleh mendiamkan mulut ratusan ribu anak-anak muda.

“Dua orang anak muda ditangkap, ribuan lagi Safwan dan Adam Adli akan muncul dari celahan kebangkitan anak-anak muda,” dakwanya lagi.
sinarharian.com.my
posting seumpama di atas :


Ketua Pemuda Pas Sokong Rampasan Kuasa - Benarkah ? Apa Buktinya ? 


Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title