May 12, 2013

Penyatuan UMNO PAS Agenda Berterusan - Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Bekas Timbalan Presiden PAS

Penyatuan UMNO PAS Agenda Berterusan
Ustaz Nasharuddin Mat Isa
Bekas Timbalan Presiden PAS


 KUALA LUMPUR - Umno dan Pas harus menjadikan agenda penyatuan kedua-dua parti itu usaha berterusan demi mengukuhkan kedudukan agama Islam dan bangsa Melayu di negara ini, kata bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa.

Katanya, berdasarkan perubahan landskap politik selepas Pilihan Raya Umum 2008, Pas memulakan usaha berkenaan tetapi tidak kesampaian.

"Bagi saya penyatuan Pas dan Umno mesti menjadi agenda berterusan.

"Cuma saya tidak boleh terima apabila ada yang hendak usahakan lagi penyatuan Pas dan Umno ada yang mengatakan muka mereka hendak diludah...ini ajaran agama mana?" katanya ketika berucap pada program Wacana Kepimpinan Survival Ummah di sini, hari ini.


Nasharuddin berkata, perbezaan pandangan bukan isu utama demi menjayakan penyatuan kedua-dua parti yang mempunyai teras perjuangan sama iaitu mempertahankan agama Islam dan Melayu.

"Soal penyatuan ini adakah hendak tunggu dah ranap baru nak bersatu seperti di dunia Islam lain.

"Selepas ranap, jadi 'ground zero' baru ada kesedaran untuk perpaduan," katanya.

Selaku seorang yang pernah menduduki kepimpinan tertinggi Pas selama 10 tahun, Nasharuddin turut memberi rumusan mengenai Umno dan Pas.

"Berdasarkan pengalaman saya, boleh dirumuskan bahawa tidak semua Umno itu iblis, dan tidak semua dalam Pas itu malaikat," katanya.

Mengenai post mortem PRU13, Nasharuddin berkata proses penyatuan semula nasional harus dimulakan dengan penyatuan di kalangan orang Melayu.

"'Reconciliation' di kalangan orang Melayu itu harus menjadi agenda utama," katanya.

Selain Nasharuddin, beberapa tokoh termasuk tokoh pendidik, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, mantan hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah dan Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof Datuk Dr Kamaruddin Kachar.

Program bertajuk 'Post Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan Dan Survival Ummah' dianjurkan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Persatuan Alumni UiTM. - Bernama

___________________________


Jangan Biarkan Emosi  & Dendam
Menguruskan Silaturrahim 
Sesama Orang Islam 

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title