May 25, 2013

Perhimpunan Suara Rakyat 505 Tetap Bukan Suara Majoriti Rakyat Malaysia

Biar Pun Seratus Ribu Yang Hadir
Perhimpunan Suara Rakyat 505 
Tetap Bukan 
Suara Majoriti Rakyat Malaysia


09:15 malam Photo dari MalaysiaKini

Photo parpukari


Pelbagai reaksi peserta himpunan. - Foto Sinar Harian

PAS akhirnya tunduk kepada desakan anak muda
seperti mana tuan-tuan guru mereka telah tunduk kepada DAP
berhubung penubuhan negara Islam. 


Candlelight Vigil

( Halal Haram pun Langgar)

Candlelight Vigil is Prohibited / Dilarang - Malaysia Fatwa Council



11.05pm: Pengerusi Badrul Hisham Shaharin meminta lampu di Dataran PJ dipadamkan dan meminta hadirin menggunakan telefon dan pemetik api untuk menerangi tempat tersebut.

Idea ini ialah untuk meraikan pembebasan Adam Adli, seorang aktivis pelajar yang berdepan dengan tuduhan menghasut. Adam kini berada di Pulau Pinang mengunjungi ibunya yang sakit itu.

Hadirin memenuhi permintaan tersebut dengan menjulang telefon mereka dan suasana di situ kelihatan seperti sekumpulan kelip-kelip.

11.05pm - Emcee Badrul Hisham Shaharin has called for the Dataran PJ floodlamps to be switched off and for rally participants to whip out their phones and lighters to light up the venue.

The idea is to celebrate the release of Adam Adli, a student activist accused by the state of sedition. He is Penang now to visit his ailing mother.

"We will shine a path for democracy," he said, while estimating that the crowd size has now swelled to 70,000.

The crowd oblige and the wave their electronic devices. Looks like a swarm of fireflies.

Dewan Ulama PAS tegah Ahlinya sertai perhimpunan 'Suara Rakyat 505 '?


 Ini adalah apa yang telah dilaporkan oleh Berita Harian mengenai pandangan Ketua Dewan Ulama PAS tentang perhimpunan aman Himpunan Suara Rakyat 505 yang bakal diadakan hari ini 25Mei, jam 4.30ptg, di Padang Timur (depan Amcorp Mall), Petaling Jaya..

Laporan telah ditulis oleh wakil wartawan akhbar tersebut yang menghubungi Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib baru-baru ini.
Kuala Lumpur: Dewan Ulama PAS menasihatkan ahlinya supaya tidak menyertai perhimpunan haram membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang akan diadakan esok, kerana ia tidak memberi keuntungan serta kekuatan kepada parti itu.

Ketuanya, Datuk Harun Taib, berkata beliau konsisten dengan kenyataannya sebelum ini yang tidak menyokong perhimpunan terbabit, serta menerima keputusan Pilihan Raya Umum lalu dengan hati terbuka.

Baginya, adalah lebih baik ahli PAS memberi tumpuan kepada usaha serta gerak kerja untuk memperkasakan parti dan meraih sokongan baru rakyat daripada menyertai perhimpunan yang tidak akan memberi keuntungan kepada PAS.

“Saya tidak berminat menyertai perhimpunan itu, kalau ikut pandangan saya ahli PAS tidak perlu hadir perhimpunan itu kerana ia tidak memberi kekuatan kepada parti.

“Kita ada kerja yang lebih besar, bagi saya lebih baik ahli PAS memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan parti serta menarik sokongan baru rakyat sebagai persiapan untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

“Bagi saya, kerja (perhimpunan) itu tidak memperkuatkan sokongan terhadap parti (PAS),” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sebelum ini, Harun membantah perhimpunan yang dianjurkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, itu kerana tidak berpuas hati dengan keputusan PRU-13.

Sebaliknya, Harun menyifatkan keputusan yang dibuat 13.1 juta pengundi pada pilihan raya umum lalu perlu diterima dengan hati terbuka, selain memuji Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana berjaya mengurus perjalanan pilihan raya dengan baik ~ Berita Harian

Bagaimanapun portal rasmi Parti Islam SeMalaysia telah mengeluarkan kenyataan balas mengenai laporan oleh Berita Harian ini ..
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Dato' Hj Harun Taib kesal dengan tajuk yang diletakkan oleh Berita Harian yang bertarikh 24hb Mei 2013 ( Hari Jumaat) yang bertajuk : "Ahli PAS ditegah sertai perhimpunan" yang tidak menepati maksud asal ketika wakil wartawan akhbar tersebut menghubungi beliau baru-baru ini.

Perkataan "ditegah" tidak menggambarkan perkataan yang tepat. Apa yang beliau tegaskan ialah beliau menasihati agar ahli PAS melakukan kerja kerja yang lebih memberi manfaat dalam usaha memperkasakan parti serta menarik sokongan baru rakyat untuk berhadapan pilihanraya yang akan datang ~ Parti Islam SeMalaysia
Sebahagian dari posting di darisungaiderhaka

Helah pembangkang capai objektif
Wartawan Sinar Harian
25 Mei 2013
SHAH ALAM – Perhimpunan “suara rakyat 505’ hanyalah helah untuk pembangkang mencapai objektif tertentu dengan mendakwa berlaku penipuan dan penyelewengan sepanjang PRU13.

Pengarah Pusat Dasar Teknologi dan Kajian Antarabangsa, Kampus Antarabangsa Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan berkata, kecewa kerana gagal menjadi kerajaan pada PRU lalu, Pakatan Rakyat (PR) mewujudkan sentimen ketidakpercayaan rakyat terhadap kerajaan kini.

Menurutnya, agenda tersebut hanyalah menimbulkan persepsi bahawa sistem pilihan raya negara tidak telus, meskipun PR menang di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

“Akibatnya, negara juga menerima implikasi buruk di mata dunia, sekiranya dasar dan kerajaan sedia ada berterusan dipertikai oleh pembangkang,” katanya.

Beliau berkata, selepas berakhirnya PRU13, pembangkang berterusan mengadakan beberapa siri perhimpunan haram yang tidak mendapat permit di beberapa negeri.

Tidak lagi penting soal haram atau tidak sebaliknya kejadian lebih buruk sekiranya provokasi berlaku. Tindakan pembangkang ini hanya bertujuan menggugat keselamatan negara dan sistem demokrasi,” katanya.

Beliau berpendapat pihak yang akan sentiasa dipersalahkan jika provokasi berlaku, pastinya bukan pihak penganjur sebaliknya pihak polis, kerajaan dan parti lawan.

Berita penuh di sinarharian.com.my

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title