May 18, 2013

Presiden PAS - Antara Hukum Tuhan dan Realiti Politik PAS

Larangan Allah duduk bersama orang jahat - Surah al-An'am ayat 68-69  

Ditulis oleh Presiden PAS, Isnin, 19 Julai 2010 15:07

ALLAH berfirman yang bermaksud,“Dan jika engkau dilupakan oleh syaitan.” (Surah al-Aníam: 68) Ertinya jika syaitan menyebabkan kamu lupa untuk menghindarkan diri daripada majlis seumpama itu, kamu dimaafkan kerana sebab lupa. Bagaimanapun Allah berfirman yang bermaksud, “Maka jangan kamu duduk selepas ingat semula bersama kaum yang zalim itu.” (Surah al- An’am: 68)

Selepas kamu ingat akan amaran Allah, maka berkewajipan kepada kamu menghindarkan diri daripada majlis tersebut melainkan mereka tidak lagi bercakap menghina Islam, menghina hukum Allah SWT dan menghina Nabi s.a.w. 

Ayat ini mengajar kita umat Islam, menjadi manusia mulia dan sukakan perkara yang mulia. Ia juga termasuk dalam perkara dakwah dan perjuangan.

Bukan sahaja mengajar umat Islam cintakan kemuliaan tetapi mengajar manusia sedar, bahawa orang yang menghina Islam dan Nabinya s.a.w. adalah manusia yang jahat atau zalim bahkan kufur terhadap Allah SWT ( 1 )


Kemuliaan seseorang terjadi dengan Islam dan iman kepada Allah SWT, satu-satunya Tuhan yang sebenar, tidak ada sekutu bagi-Nya. ( 2 )

Walaupun ada manusia menghina ayat-ayat Allah, perjuangan untuk menyampaikannya tetap diteruskan. Sama ada ada atau tidak orang menghina Islam, perjuangan untuk menyampaikan Islam wajib diteruskan di samping menjaga adab-adab pergaulan dengan manusia pelbagai ragam dan majlis mereka yang pelbagai jenis.

Oleh kerana itu Imam Hassan Al-Banna pernah pergi ke kelab malam bertujuan untuk menyampaikan dakwah Islam kepada penghuninya. Ertinya menghadiri kelab seumpama itu untuk tujuan menyampaikan dakwah Islam, suatu yang dipandang mulia dan diizinkan oleh syarak.

Justeru Islam menetapkan cara bersosial yang selamat daripada fitnah, memberi dukungan kepada kebaikan dan menghapuskan majlis mungkar apabila diberi kuasa memerintah. Inilah sikap kita para pejuang Islam di sepanjang zaman.

Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud, “Dan tidaklah ada tanggungjawab sedikit pun atas orang-orang yang bertakwa mengenai dosa orang-orang (kafir yang mengejek-ngejek) itu. Akan tetapi (kewajipan orang-orang Islam) ialah mengingatkan (larangan Allah itu), supaya mereka bertakwa.” (Surah al-An’am: 69)

Berkata Ibnu Abbas r.a. apabila datang larangan Allah supaya tidak duduk bersama majlis kaum musyrikin dan perintah supaya tinggalkan majlis mereka, maka berkata, orang-orang Islam pada zaman Nabi s.a.w.: “Tidak mungkin kami boleh memasuki masjid dan tawaf di sekeliling Kaabah.”

Maka Allah menurunkan ayat yang bermaksud, “Akan tetapi kewajipan orangorang Islam mengingatkan larangan Allah itu.” (Surah al-An’am: 69) Ertinya jika kamu duduk bersama mereka, kamu hendaklah memberi peringatan tentang amaran Allah tersebut, supaya mereka jangan menghina Islam atau mengejek-ngejek ayat-ayat Allah di dalam al-Quran.

Ertinya jika kamu duduk bersama mereka, kamu hendaklah memberi peringatan tentang amaran Allah tersebut, supaya mereka jangan menghina Islam atau mengejek-ngejek ayat-ayat Allah di dalam al-Quran.

Al-Qurtubi menyebut di dalam tafsirnya bahawa ayat ini dikatakan telah dinasakhkan dengan firman Allah yang bermaksud, “Dan sesungguhnya Allah telah pun menurunkan kepada kamu (perintahnya) di dalam kitab (al- Quran), iaitu apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan kaum munafik) maka janganlah kamu duduk (bergaul) bersama-sama mereka ( 3 ) sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka.

“Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam neraka jahanam.” (Surah al-Nisa’: 140) Dalam sejarah Islam, Allah SWT telah memberi keringanan kepada umat Islam untuk bergaul dengan golongan musyrikin Makkah sebelum pembukaan kota suci tersebut sebagai “taqiyyah” (takut menzahirkan Islam dalam keadaan tertentu).





( 1 )

mengajar manusia sedar, bahawa orang yang menghina Islam 
dan Nabinya s.a.w. adalah manusia yang jahat atau zalim 
bahkan kufur terhadap Allah SWT

Menterjemah Nama Allah Dengan Sifat Yang Hina

Muliakah Sifat Samseng
Allah tidak bersifat dengan sifat yang keji dan hina
tiadakah perkataan yang lebih mulia untuk diterjemahkan sifat Allah yang maha mulia

Al-Jabbar - الجبار - Maha Perkasa bukannya samseng

____________________

( 2 )
Kemuliaan seseorang terjadi dengan Islam dan iman kepada Allah SWT,
satu-satunya Tuhan yang sebenar, tidak ada sekutu bagi-Nya



Kita dahulukan dalam perkara bersamaan yang kita sebut tadi- Haji Hadi

Pakatan Rakyat Terikat Dengan Dasar Bersama atau Disebut juga Persetujuan Bersama Maka dasar-dasar yang akan dilaksanakan di dalam " Pemerintahan Pakatan Rakyat " adalah dasar-dasar yang telah dipersetujui bersama di dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat terikat dengan Dasar Bersama
Majlis Syura Pas terikat dengan ahli-ahli Pas, kata Azmin  



Pakatan Rakyat Terikat Dengan Dasar Bersama
atau Disebut juga Persetujuan Bersama

____________________

( 3 )

Al-Qurtubi menyebut di dalam tafsirnya bahawa ayat ini dikatakan telah dinasakhkan dengan firman Allah yang bermaksud, “Dan sesungguhnya Allah telah pun menurunkan kepada kamu (perintahnya) di dalam kitab (al- Quran), iaitu apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan kaum munafik) maka janganlah kamu duduk (bergaul) bersama-sama mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka.

Tidakkah berikut ini menghina, mengejek dan 
dikira sebagai mempermainkan ayat dan hukum Allah








Yes, umm, but the idea itself, I think, goes back. And when you ask me, there is no compulsion in religion, even Dr (Ahmad) Farouk (Musa) quoted that verse in the Quran.

Dan bila anda bertanya kepada saya, tiada paksaan dalam agama, malah Dr Farouk telah memetik ayat tersebut dari Al Quran.

How can you ask me or anyone, how can anyone really say, 'Sorry, this only apply to non-Malays.' It has to apply equally.

Bagaimana anda boleh bertanya kepada saya atau sesiapa saja, bagaimana seseorang boleh berkata dengan pasti, Maaf, ini hanya terpakai untuk orang bukan Melayu. Ianya mesti digunapakai  secara sama rata 

Ayat Allah yang dimaksudkan


بسم الله الرحمن الرحيم

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ ۖ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ ۚ فَمَن يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىٰ لَا انفِصَامَ لَهَا ۗ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

*********
There is no compulsion in the religion; right-mindedness has already been evidently (distinct) from misguidance. So whoever disbelieves in the Taghut (i.e. false gods, idols, devils and seducers) and believes in Allah, then he has already upheld fast the most binding Grip, with no disjunction (ever); and Allah is Ever-Hearing, Ever-Knowing.
*********
Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
*********


Kita sudah membina satu pakatan yang hebat dan kita telah rangka agendanya. Tiada isu berkaitan menukar Malaysia menjadi sesuatu yang lain dari negara demokratik dan liberal dengan jaminan perlembangaan, keselamatan ...


Maksud awak, Lina Joy memang patut diberi kebenaran menukar agamanya..
It's her right ( itu hak dia ) ??

Kini, wacana Pluralisme Agama makin meluas, apalagi setelah tokoh politik Anwar Ibrahim juga secara terbuka menyampaikan pidatonya yang berisi dukungan terhadap paham ini. Buku “Pluralisme Agama: Satu Gerakan Iblis Memurtadkan Ummah” yang diedit oleh aktivis Islam senior di Malaysia, Ismail Mina Ahmad, ini banyak mengupas dan mengkritisi pidato Anwar Ibrahim di London School of Economics, 18 Maret 2010. Adalah penting untuk menyimak petikan-petikan isi pidato Anwar Ibrahim tersebut ....  


______________


بسم الله الرحمن الرحيم

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ
O you who believe! Why do you say that which you do not do?
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! 

كَبُرَ مَقْتًا عِندَ اللَّهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ
Most hateful it is with Allah that you say that which you do not do.
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. 
Wallahu'alam

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title