May 25, 2013

Transformasi Kabinet dan Cyber Trooper oleh Dr Ridhuan Tee


Transformasi kabinet dan cyber trooper
 (Buka Minda, Sinar Harian 20 Mei 2013)

 Ustaz Dr Ridhuan Tee Abdullah


Tahniah saya ucapkan kepada barisan kabinet yang telah dilantik. Jalankanlah amanah yang amat berat itu. Ingat! jawatan pemimpin ada perkiraan dunia dan akhirat. Pemimpin akan dihisab dahulu berbanding rakyat.

Beberapa muka baharu yang dilantik, menunjukkan bahawa PM mahukan kabinet kali ini lebih berintegriti daripada dahulu. Kita amat mengharapkan ia akan disambut oleh ahli kabinet lama yang dilantik semula. Ini peluang terakhir untuk UMNO BN membaiki diri. Jika gagal, saya tidak pasti apakah nasib UMNO BN pada PRU14.

Kepimpinan baharu perlu ingat, hari ini tentera-tentera siber ultra kiasu (cyber trooper) yang juga dikenali sebagai atau red bean army dan berbagai nama lagi, berkeliaran di merata tempat. Kerja mereka mencapai ‘kelemahan, ketirisan dan semua perkara negatif. Berhati-hati jugalah bila tinggal di hotel.

Bila dapat bukti, kerja mereka melancarkan serangan habis-habisan bagi memastikan niat mereka tercapai. Mereka telah diupah oleh ultra kiasu untuk mematikan watak seseorang (character assassination), termasuk menumbangkan kerajaan. Ia bermula dengan serangan individu.

Terbaharu, bekas hakim mahkamah rayuan yang mengeluarkan kenyataan yang kononnya ‘berbau perkauman’, diserang habis-habisan. Wal hal bekas hakim tersebut hanya mengingatkan, jangan terlalu menekan orang Melayu. Dibimbangi orang Melayu akan bertindak balas. Jika kita mengkaji psikologi orang Melayu, kenyataan ini ada benarnya. Persoalannya, kenapa beliau menjadi sasaran sedangkan ramai lagi yang berucap lebih teruk daripada beliau?

Adakah menghina Islam dan undang-undangnya, bangsa Melayu dan bahasanya dan raja Melayu tidak sensitif? Nasib baiklah, bekas hakim ini, tidak ada skandal atau kenyataan-kenyataan yang sensitif sebelum ini, jika tidak nasibnya mungkin sama seperti Zulkifli Nordin dalam PRU13 baharu ini.

Dalam kempen PRU13 lalu, Zulkilfi Nordin diserang habis-habisan. Ucapannya pada tahun 2003, dimanipulasikan dan diekspoitasikan, hanya kerana beliau bertanding atas tiket UMNO BN. Kenapa dan mengapa, video tersebut tidak dimainkan ketika beliau bertanding di bawah PR pada tahun PRU11 2004 dan PRU12 2008?

Ringkasnya, sesiapa sahaja ‘public figure’ yang ‘pro’ UMNO BN akan ‘ditelanjangkan’ habis-habisan oleh tentera siber laknat ini. Niat mereka hanya satu, mahu menakut-nakut rakyat terhadap UMNO BN, menggunakan psychological war far dan menaikkan PR.

Saya difahamkan tentera siber ini telah diupah oleh ultra kiasu untuk melaksanakan agenda jahat mereka. Kumpulan ini telah didoktrinkan untuk menentang kerajaan. Kita harapkan KDN dan kementerian komunikasi akan melihat perkara ini dengan serius.

Sama ada mereka dibayar atau tidak, saya tidak dapat pastikan tetapi pengdoktrinisasi telah berlaku. Otak mereka telah dicuci. Ini paling bahaya. Kerja mereka hanya satu, lancarkan serangan siber. Misalnya, dahulu isu pekerja KFC Melayu ‘memukul’ pelanggannya berbangsa Cina. Isu ini hanya isu kecil, mereka perbesarkan jadi isu perkauman. Mereka ajak pelanggan bukan Melayu boikot KFC, hanya kerana pemegang francais adalah orang Melayu. Begitu juga kempen memboikot jenama roti terkenal kepunyaan orang Melayu. Apakah ini tidak rasis?

Justeru, saya amat mengharapkan kabinet baharu berhati-hati dengan serangan tentera siber ini. Cara tidak lain, jaga diri, ahli keluarga dan berhemah dalam berbelanja. Utamakan rakyat sebagaimana tagline gagasan 1Malaysia. Bukan kita takut dengan mereka. Jangan beri peluang mereka mencari atau mendapatkan kelemahan kita.

Siapa sahaja yang mempertahankan atau membela UMNO BN akan dilabelkan sebagai anjing, babi, pengkhianat bangsa dan sebagainya. Saya telah melalui semua serangan ini. Saya tidak kata semua UMNO BN lakukan itu betul.

Terbaharu, seorang warga emas Cina di negeri Pahang, berusia 72 tahun, sehingga ke hari ini sudah 20 hari tidak makan, hanya minum sahaja, mogok lapar membantah projek kontroversi Lynas dan perlombongan emas di Bukit Koman. Beliau mahukan projek ini dihentikan. Sedangkan bukti-bukti saintifik menunjukkan projek tersebut tidak membahayakan. Bagaimana pula jika projek ini berada di kawasan orang Melayu? Adakah protes yang sama akan dilakukan?

Harapan saya agar kabinet baharu ini benar-benar dapat melaksanakan amanah berat ini. Bertindaklah dengan tegas. Utamakan agenda negara daripada agenda bangsa berpaksikan perlembagaan. Jika dalam perlembagaan, terpancar perlindungan terhadap Islam, Melayu (bumiputera), bahasa Melayu dan Raja Melayu, jangan takut untuk mempertahankannya.

Kadangkala saya amat sedih apabila kita terlampau melayan agenda bangsa, sehingga agenda negara tidak tentu haluan. Misalnya, isu sekolah kebangsaan. Memang paling ideal, kita hanya memerlukan sekolah satu aliran. Pergilah ke mana ceruk dunia sekali.

Justeru, bila kerajaan membenarkan sekolah pelbagai aliran (sekolah vernacular), bersyukurlah. Jangan jadi kaduk naik junjung. Ini tidak, apa jua agenda kerajaan untuk memperkasakan agenda negara ditentang! Misalnya, pemerkasaan bahasa Melayu di sekolah vernacular, ditentang habis-habisan, hatta sampai ke peringkat mensyaratkan kepada kerajaan supaya guru BM dan BI mesti mendapat kredit dalam mandarin peringkat SPM. Bermakna, guru BM dan BI mesti datang daripada SMJKC, walaupun mereka berbangsa Melayu atau India.

Persoalannya, kenapa siber trooper tidak melihat isu ini sebagai rasis. Begitu juga tuntutan untuk menghalalkan sijil UEC dan semua universiti di China dan Taiwan. Sedangkan pelajar-pelajar yang dihantar ke sana, begitu kurang ajar, sanggup menterbalikkan jalur gemilang apabila UMNO BN memenangi PRU13 baru-baru ini. Kenapa tentera siber tidak serang pelajar kurang ajar ini? Kenapa ultra kiasu diam sahaja akan tindakan mereka. Kita gagal dalam melahirkan warga yang patriotik. Yang ada hanya warga yang rasis. Melayu dituduh rasis, mereka tidak. Apakah ini adil?.

Posted by RIDHUAN TEE at 7:09 AM
25 comments:

tokgaru said...

Cerita pengundi hantu, cerita dakwat kekal tak kekal. Dah basi dah. Dah 15 hari dah kita pilih kerajaan. Dah 15 hari dah orang melayu terbanyak memutuskan Umno terus pegang tampuk kerajaan. Orang melayu yang pro Umno relax saja, tak over excited dengan kemenangan Umno. Nampak 90 % orang melayu Pas pun relax juga, sebagai tanda setuju dengan keputusan PRU13. Yang tak boleh tidur malam adalah puak2 DAP. Memang DAP mengharapkan sangat2 Umno akan tumbang, sebab itu lah mereka mencipta slogan INI KALI LA.

Tapi DAP ni cerdik, kalau dia sorang2 buat protest PRU13, takut nampak sangat macam dia tak suka Umno atau melayu membentuk kerajaan. Bimbang nampak sangat DAP anti melayu. So mereka buat penyamaran dengan menarik satu dua ekor melayu menyertai protest. Mereka gunakan Anwar untuk menjayakan penyamaran itu. Tapi 90% orang melayu tahu protest PRU13 itu agenda siapa sebenarnya. Bukan agenda Anwar sebenarnya. Bukan kerana Anwar gagal jadi PM sebenarnya. Tetapi adalah kerana DAP gagal menumbangkan Umno untuk membentuk kerajaan yang mana Anwar hanya lah sebagai proxy DAP sahaja.

Saya sebagai rakyat yang cintakan kedamaian dan keharmonian, merakamkan setinggi Tahniah dan Penghargaan kepada para pemimpin tertinggi Pas yang mengambil sikap Menerima Keputusan Rakyat dalam PRU13. Mari lah kita biarkan Anwar dipergunakan oleh Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng selagi mereka nampak Anwar berguna kepada mereka. Yakin lah tak lama lagi Anwar akan merasa ” Letih ” dan ” Keseorangan ” bila dia naik ke atas pentas untuk bercakap dia ternampak kehadiran perserta melayu dalam Protest PRU13 adalah jaaaraaaannnnng jaaaraaannnnng (meniru dialog P Ramlee dalam filem Nujum Pak Belalang). Dan akhirnya dia akan sedar, ” Oh rupa2nya puak2 cina DAP ni nak peralatkan aku yer…… “. Dan selepas itu, pasti dia akan kembali semula ke lubuk asalnya, dan … kita terima lah dia balik seadanya kerana dia juga berasal dari kita (melayu) dan mengamalkan aqidah seperti kita (islam).

Umno dan Pas ada titik persamaan dari segi Bangsa dan Agama. Anwar dan kita juga ada titik persamaan dari segi Bangsa dan Agama. Ini lah yang sebenar2nya Kunci Perpaduan Melayu.

9:54 AM, May 20, 2013

Artikel dan Komen di salin sepenuhnya dari Dr Ridhuan Tee

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title