May 11, 2013

Wajah Baru UMNO - UNITED MUSLIM MELAYU & NATIVE ORGANISATION

Wajah Baru UMNO 
UNITED MUSLIM MELAYU & NATIVE ORGANISATION



Sudah lama kita mengharapkan UMNO di buka kepada seluruh Umat Islam dan Pribumi di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Serawak.

Sebentar tadi terbaca di ruang komen, seorang pengkomen menulis ...

 REFRESH UMNO

1. Tafsiran terkini= UNITED MUSLIM & NATIVE ORGANISATION.
(SABAH, SARAWAK,ASLI, MAMAK, semua boleh joint)
mediawangsamaju

Alangkah baiknya jika ini menjadi kenyataan. Melayu, India Muslim, China Muslim, Kaum-kaum di Sabah dan Serawak, Orang Asli dan lain-lain Pribumi dapat bersama memakmur dan menjaga kesejahteraan negara melalui kepimpinan yang sama.

Semoga pemimpin UMNO akan memikirkannya.

Jika pribumi bukan ISlam boleh menyertai UMNO kenapa tidak kepada Saudara Seagama kita dari bangsa lainnya.

Mari bersama kita renungkan yang berikutnya ...

berkaitan bangsa dinyatakan di dalam Al Quran



بسم الله الرحمن الرحيم



القرآن الكريم

Surah Al-Hujurat
(The Rooms)
  سورة الحجرات
Ayat 13

بسم الله الرحمن الرحيم
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).


O mankind, indeed We have created you from male and female and made you peoples and tribes that you may know one another. Indeed, the most noble of you in the sight of Allah is the most righteous of you.Indeed, Allah is Knowing and Acquainted.


berkaitan ketuanan Melayu, ianya sah dan tidak bercanggah dengan prinsip Islam


Tentunya yang terlebih penting, kita sebagai orang Islam memahaminya konsep ketuanan bangsa itu sendiri agar dapat menetapkannya di atas landasan yang benar seperti yang dikehendaki oleh Agama Islam. Agar kita tetap menjadi umat yang adil terhadap sesiapa sahaja kerana kita umat Islam telah diberi petunjuk yang jelas dan nyata oleh Allah.

Maulana Asri Yusoff dan Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Uploaded by on 8 Jan 2010





dimudahkan cerita takkanlah di negara Cina hendak ditegakkan ketuanan India dan di negara India ditegakkan pula ketuanan bangsa Cina, tentunya tidak munasabah dan menyongsang realiti hidup semasa di negara tersebut.

Kita juga tidak dapat menerima pemimpin utama walau pun Melayu tetapi dianya bukan seorang Islam.
 
******

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title