Jun 1, 2013

Hukum Menyambut Hari Ibu - The Rule in Celebrate Mother's Day

The Rule in Celebrate Mother's Day
Hukum Menyambut Hari Ibu



Is it Allowed in Islam ?
Adakah diBenarkan di sisi Islam ?
____________________________


Apakah Hukum Sambut Hari Ibu ?
Ustaz Azhar Idrus

Sejarah dan Hukum Meraikan Hari Ibu
 Sheikh Wahid 'Abdus Salam Bali

 Adakah boleh menyambut Hari Ibu ?

Ustaz Shofwan Badrie

Setiap Hari ... Hari Ibu

Dato' Dr. Fatma El Zahraa

Is it allowed to celebrate mothers day 
in Islam ?

Sheikh Dr. Muhammad Salah

Mother's Day In Islam
( Presented in English)

Dr. Khalid Siddiqi

____________________

Sambut Hari Ibu haram ?

TAYANGAN video selama 10 minit sempena sambutan Hari Ibu di sebuah hotel di sini baru-baru ini, yang menyorot pengorbanan dan kasih seorang ibu dalam membesarkan anak yang masih kecil selepas kematian suami, telah membuatkan hadirin menitiskan air mata.

Penayangan video itu terbukti meninggalkan kesan yang mendalam di hati sesetengah tetamu yang hadir pada sambutan Hari Ibu di Hotel De Palma, Ampang, Selangor baru-baru ini.

Hari Ibu, yang direncanakan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei, diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia bertujuan untuk menggembirakan, menghargai dan memberi pengiktirafan kepada mereka yang bergelar "ibu, mama, emak" atau apa sahaja panggilannya.

Pada hari itu, senarionya boleh dikategorikan sebagai sebuah pesta apabila kemeriahannya dilatari dengan kepelbagaian kreativiti anak dalam melahirkan "terima kasih" kepada insan istimewa ini.

Namun, dalam kemeriahan sambutan menggembirakan insan bernama ibu itu terdapat sesetengah pihak mengatakan umat Islam diharamkan atau tidak harus meraikan hari berkenaan kerana meniru perayaan orang Kristian yang menyambut hari 'Mother of Church'.

Akan tetapi, adakah benar dakwaan sedemikian?

Tidak haram

"Mereka kata sambutan Hari Ibu ini adalah haram kerana ada orang yang menyatakan sedemikian. Jangan cepat-cepat keluarkan fatwa, hukum. Apabila orang tanya saya apakah hukumnya menyambut Hari Ibu, saya jawab sila rujuk pada majlis fatwa.

"Setakat ini majlis fatwa tidak menyatakan ini haram. Malah, Jabatan Agama Islam Selangor ada mengeluarkan kenyataan bahawa sambutan Hari Ibu adalah 'harus', jelas pendakwah bebas Ustaz Mohd. Kazim Elias ketika menyampaikan tazkirah sempena Hari Ibu di Hotel De Palma, Ampang.

Mohd. Kazim berkata, sambutan Hari Ibu yang diraikan di Malaysia jauh berbeza dengan pengamalan Yunani purba atau Greece purba yang mana mereka mendewa-dewikan ibu pada hari berkenaan.

Berbanding di sini, sambutan Hari Ibu hanyalah berorientasikan atau meliputi aspek menceriakan warga ibu oleh anak dan tidak lebih daripada itu. Jadi tidak timbul akan kewujudan 'pengharaman' berkenaan.

Adakah menjadi satu 'kesalahan' untuk menggembirakan insan yang telah banyak berkorban jiwa dan raga dalam membesarkan anaknya itu? Itu persoalan dibangkitkan oleh Mohd. Kazim pada sesi tazkirah berkenaan.

Tiada dalam al-Quran

Biarpun begitu, masih lagi terdapat mereka yang 'sempit' pemikiran dalam pertikaian berhubung isu berkenaan apabila mendakwa sambutan Hari Ibu tidak termaktub dalam Al-Quran yakni kitab Allah yang maha agung.

"Memanglah tidak ada sambutan Hari Ibu dalam Al-Quran. Tetapi, ada satu perkataan yang disebut "berbuatlah baik kamu kepada ibu bapa kamu," katanya.

Islam sendiri telah meletakkan ibu pada kedudukan tertinggi sehingga Rasulullah SAW pernah menegaskan bahawa syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu.

Ini bermakna, anak sudah pasti tidak mendapat 'tiket' ke syurga tanpa keredaan ibunya biarpun sebaik mana pun amalan soleh yang dilakukannya itu.

Malahan, Rasulullah SAW pernah ditanya seorang lelaki seperti hadis bermaksud: "Ya Rasulullah! Siapakah yang lebih berhak saya berbuat baik? Jawab Rasulullah SAW: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: Kemudian siapa lagi? Ujar Baginda: Ibumu. Lelaki itu bertanya sekali lagi: Kemudian siapa lagi? Jawab Baginda: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: Siapa lagi? Baginda menjawab: Bapamu". Justeru, biarpun sambutan Hari Ibu tidak termaktub secara jelas dalam al-Quran namun implikasi menunjukkan akan betapa besarnya pengorbanan seorang 'ibu' sehinggakan Rasulullah SAW telah menyebutkannya sebanyak tiga kali untuk berbakti kepada ibu mengatasi lain walaupun kepada bapa sekalipun.

Dalam meraikan orang yang tidak pernah mengeluh mahupun berputus asa mendepani onak dan duri membesarkan anak, ia juga harus dilihat dalam konteks pengisian sambutan Hari Ibu.

Mohd. Kazim menjelaskan bahawa sambutan Hari Ibu 'diharuskan' berlandaskan kepada beberapa faktor dan ini termasuklah ia bukan diraikan seperti perayaan hari raya Aidilfitri mahupun Aidiladha.

"Perbuatan meraikan Hari Ibu ini bukanlah seperti hari raya. Ia bukannya wajib, sunat pun tidak, haram pun tidak. Hukumnya harus, maknanya kalau kita hendak sambut pun boleh, tidak mahu pun tidak mengapa.

"Ini bukanlah satu perayaan khusus untuk orang Islam sambut sebab itulah tokoh ulama terkenal Dr. Yusuf al-Qaradawi menyatakan ia adalah harus," katanya.

Menggembirakan ibu sememangnya termaktub jelas dalam ajaran agama Islam namun ia juga perlulah berlandaskan kepada batasan syarak dalam pengisian sambutannya serta niat yang betul.

Tidak kisahlah apa cara sekalipun sama ada membawa ibu mengerjakan umrah mahupun sebagainya namun janganlah ia diisi dengan unsur-unsur yang menyalahi akidah, sekali gus menjadikannya sebagai haram disambut. — Bernama

© Utusan Melayu (M) Bhd 


Fatawa: Mother’s Day from an Islamic Perspective

Question:

Dear scholars, as-Salamu `alaykum.

What is the Islamic stance on celebrating Mother’s Day; is there anything wrong in it according to Shari`ah?

Answer:

Wa `alaykum As-Salamu wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

All praise and thanks are due to Allah, and peace and blessings be upon His Messenger.

First of all, it goes without saying that every committed Muslim is supposed to pay his parents, especially his mother, due respect. One should try to show dutifulness to one’s parents, even if they happened to be non-Muslims, let alone being Muslims. What Islam goes against is to imitate non-Muslims by marking a special occasion such as celebrating the Mother’s Day in a way that shows that mothers do not deserve due respect and care save on this very day. If we are going to make the whole year a Mother’s Day, then Islam welcomes celebrating the occasion with open arms.

Indeed, Muslim scholars have maintained various opinions regarding the issue. Here below we will attempt to furnish you with Juristic views as regard this issue:

First of all, Sheikh Faysal Mawlawi, deputy chairman of the European Council for Fatwa and Research, states:
 
Dutifulness to parents, especially the mother, and treating them kindly is an act of worship enjoined in both the Qur’an and the Sunnah of the Prophet (peace and blessings be upon him). Being dutiful to parents is not confined to a specific time. It is an obligation that should be observed every time, as all people commonly know.

Yet, the Mother’s Day, as it’s known nowadays is a Western habit. The Westerners specified a day and called it the Mother’s Day. On that day sons and daughters show gratefulness to their mothers and offer them presents. It has become part of important feasts in the West, whereas we Muslims have no other festivals except the Lesser and the Greater Bairams. Any other celebrations are deemed mere occasions or anniversaries; and this is applied to the Mother’s Day.

The Mother’s Day implies paying more attention and exerting more effort in expressing gratitude to mothers. So there is nothing wrong in that.

However, there are two reservations worth mentioning; first, considering the Mother’s Day a feast; second, confining the task of showing dutifulness to mothers to that specific day, giving implication that throughout the whole year, just only one day is for showing love to parents. If such two anomalous points are addressed, then there is nothing wrong in considering the Mother’s Day a chance to give more care to mothers.

Thus, we may take the Mother’s Day as a chance to lay more emphasis on our duty towards our mothers, as Islam enjoins us, because dutifulness to parents is a genuine Islamic teaching. But Muslims, in doing that, should never deviate from the Islamic teachings, they should do things in Islamic manners, not in Western manners. Hence, they would not be imitating the non-Islamic habits of the West.

Hence, viewed in juristic perspective, we can say that celebrating the Mother’s day is controversial among the contemporary scholars. While a group of them consider it haram (unlawful) as a kind of blind imitation of the Western non-Islamic habits, which have no benefit for Muslims, another group see it halal (lawful) on condition that showing gratitude and dutifulness to parents should not be confined to that day only.
Moreover, the well known erudite scholar Sheikh Yusuf al-Qaradawi states:

The Arab tend to blindly follow the Western in their celebration of the Mother’s Day, without trying to understand the wisdom behind inventing such an occasion.

When the European found that children do not deal properly towards their parents nor give them their due right, they resorted to specifying an annual occasion for children to remedy the situation. But in Islam, mothers are to be given due respect and love every time, not only one day a year. For example, when one goes out, he kisses one’s mother’s hand seeking her pleasure and blessing.

A Muslim must not allow any gap between him and his mother, he must offer her presents every time. This indicates that Muslims can dispense with such an occasion, the Mother’s Day. Unlike the case in the West, where it’s a vogue for some children to show indifference to their mothers’ feelings, and, what’s more, it is so common to see some parents being dragged to infirmaries (as their kids have no time for them), dutifulness to parents in Islam, alongside with worshipping Allah, is a sacred duty.

In this concern, Almighty Allah says: (And We have commended unto man kindness toward parents. His mother beareth him with reluctance, and bringeth him forth with reluctance, and the bearing of him and the weaning of him is thirty months, till, when he attaineth full strength and reacheth forty years, he saith: My Lord! Arouse me that I may give thanks for the favor wherewith Thou hast favored me and my parents, and that I may do right acceptable unto Thee. And be gracious unto me In the matter of my seed.

Lo! I have turned unto Thee repentant, and lo! I am of those who surrender (unto Thee).) (Al-Ahqaf 46: 15)

Reflecting on the aforementioned Qur’anic verse, we find it stressing both parents’ right, but reviewing the following verses we find them paying special care to the mother and tackling the hardships she suffers in pregnancy, fosterage and rearing children.

In this verse, Almighty Allah informs man of the debt he owes his mother since he was a fetus, passing by the process of childbirth, infancy, childhood until he comes of age. A child normally forgets the hardship which his mother underwent during pregnancy. Hence Almighty Allah draws his attention to such hardships, laying emphasis on her great status in Islam.

Finally, Dr. `Abdul Fattah `Ashoor, professor of Qur’an Exegisis at Al-Azhar University, concludes:

Holding celebrations in honoring others and commemorating anniversaries are neither feasts nor Islamic. But one may seize any chance to express gratitude to those who deserve it. This is how we should consider the Mother’s Day. The mother has a special place in the Islamic culture, and all other civilized cultures. So it is something good to do anything to please her and show gratefulness to her.

So dedicating a day to showing good feelings towards parents, especially the mother, is by no means blameworthy as it does not contradict the Islamic teachings, nor can it be merely considered a form of joining the Western vogue of making celebrations. Conversely, it is a kind of devotion to Allah’s orders that we should be dutiful to our parents.

Related Questions

- Dutifulness to Parents

- Mistreatment of Parents: The Second Major Sin in Islam

- Dutifulness to Dead Parents

Allah Almighty knows best.

Country Of Origin : Saudi Arabia

Fatawa Issuing Body : Islam Online
Author/Scholar : `Abdul-Fattah `Ashoor, Yusuf Al-Qaradawi, Faysal Mawlawi
Date Of Issue : 20/Mar/2007
Note: islamonline.net

My Source : infad.usim.edu.my

Hukum Perayaan Hari Ibu - Dr. Yusuf al-Qaradhawi

Terjemahan Bahagian Fatwa Jabatan Mufti Negeri Perlis

Telah disemak dan diperakui oleh S.S. Mufti Kerajaan Negeri Perlis.

----------------------------------

Soalan Pertama: “Apa pandangan tuan tentang (sambutan) hari lahir untuk kanak-kanak?

Soalan Kedua: “Demikian juga (sambutan) hari ibu yang disambut oleh orang ramai, dan mereka mengikut orang lain, sedangkan Nabi SAW bersabda: “Pasti nanti kamu semua (umat Islam) akan mengikut langkah-langkah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal.”

Jawapan al-Qaradhawi: “Tentang dua soalan awal yang ditanya, penyebabnya adalah taklid buta, saya hendak menasihati pak-pak turut kepada orang lain, sesungguhnya Allah telah menjadikan kita sebagai pemimpin, apakah patut kita menjadi hamba kepada Barat sedangkan Allah telah menjadikan kita bebas dan merdeka? Barat mengadakan perayaan hari lahir untuk kanak-kanak dan orang dewasa, kita pula mengikuti orang-orang barat, kita buat apa yang mereka buat, sehingga seseorang yang sudah besar juga mengadakan hari lahirnya sendiri. Apabila telah berlalu setahun yang sepatutnya anda semua memuhasabah diri sendiri dalam setahun yang telah berlalu itu. Kamu sepatutnya duduk dan menangisi diri kamu, tidak perlu kamu menyalakan lilin dan merayakan diri kamu, juga bagi kanak-kanak, menjadikan kebiasaan seperti ini sebagai acara tahunan adalah tidak harus. Saya katakan, barangkali mungkin kita boleh mengadakan sambutan untuk anak-anak kita ketika peristiwa-peristiwa tertentu seperti ketika bayi dilahirkan, kita mengadakan sambutan padanya, kita sembelih akikah, apabila anak itu sampai umur tujuh tahun, kita sambutnya dan kita katakan kepadanya kamu telah sampai Umur Solat, kita katakan kepadanya juga: Sekarang ini wahai anak yang bertuah (gagah), kami adakan untukmu sambutan untuk kamu mula menunaikan solat, dan kamu sekarang dituntut untuk mendirikan solat. Kita sambut dengan memakan kek dan jus-jus yang berbagai, itulah dia perayaan solat. Ketikamana anak itu mencapai umur sepuluh tahun, kita adakan pula perayaan/sambutan lain “Haflah al-Darb”, kita katakan kepadanya, kita telah adakan sambutan untuk kamu tiga tahun yang lalu hingga kamu menunaikan solat sekarang, ketika ini pula kamu telah semakin dewasa, jika kamu tidak menunaikan solat kamu berhak dipukul. Apabila dia mencecah umur lima belas tahun, kita adakan pula untuk dia sambutan dia telah sampai umur baligh. Perayaan-perayaan/sambutan-sambutan bersempena perkara-perkara ini bukanlah bermakna setiap tahun kita adakan sambutan untuknya. Kemudian kita boleh juga adakan untuk anak itu sambutan/perayaan sempena peristiwa lain, setiap kali dia berjaya, kita adakan sambutan, setiap kali dia mengenengahkan kerja baik, kita sambut lagi, demikianlah juga untuk anak perempuan, sebagai tambahan lagi, boleh juga kita menyambut perayaan untuk anak perempuan itu apabila dia mula memakai tudung, kesemua perayaan seperti ini kita tidak menyambutnya pada setiap tahun.
 
Berkenaan ibu orang-orang barat, mereka mengadakan hari ibu, kerana orang-orang barat selepas anak lelaki dan perempuan mereka sampai umur baligh, mereka keluar dari rumah membawa jalan sendiri, mereka tidak ambil tahu tentang keluarga, tidak ambil tahu tentang bapa, ibu. Kita bukan seperti itu, bagi kita seseorang anak terikat dengan keluarganya, setiap hari bagi para ibu adalah hari perayaan baginya, bukan hanya sehari dalam setahun. Sebaliknya bagi orang-orang barat mereka tidak melihat anak-anak mereka, demikian juga anak-anak tidak melihat ibu-bapanya, kerana itu mereka mengadakan hari bapa dan hari ibu, sedangkan kita tidak memerlukan perkara itu, sebaliknya kita terikut-ikut dengan mereka secara membuta-tuli. Sekiranya kita mahu merayakan mereka berdua, maka rayalah bersama mereka ketika hari raya al-Fitri dan raya al-Adha. Namun sekiranya seseorang berjauhan dari ibunya, dia hanya menziarahi ibunya pada dua hari raya tersebut, perbuatan ini juga tiada makna/tidak wajar.
– tamat terjemahan -

Sumber dan Teks Asal : mufti.perlis.gov.my 

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title