Jun 10, 2013

Jangan sebar ayat al-Quran di laman sosial jika tak tahu makna Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad

Jangan sebar ayat al-Quran di laman sosial 
jika tak tahu makna
Mufti Kelantan
Datuk Mohamad Shukri Mohamad
SITI FATIHAH AWANG
10 Jun 2013
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad

KOTA BHARU – Masyarakat dinasihatkan tidak menyebarkan hadis dan ayat al-Quran secara bebas di laman sosial jika tidak tahu maksud asal ayat tersebut kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada sesiapa sahaja yang mengamalkannya.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, perkara tersebut kini semakin berleluasa yang akhirnya boleh menyesatkan pengamalnya jika tidak dibendung dengan jalan yang betul.

“Itu salah satu daripada jalan untuk kita sesat, zaman nabi dulu pun agama kita (Islam) pernah dicabar untuk disesatkan, dengan pelbagai cara, kini terbukti, sehingga zaman sekarang pun masih ada lagi perkara tersebut walaupun ianya tidak keterlaluan.

“Mereka cipta sesuatu ayat itu adalah Bida’ah, maka, ia menyesatkan pengamalnya, kita kena berhati-hati, sebaliknya carilah ustaz atau ustazah yang diakui ilmunya untuk berkongsi tentang perkara-perkara seperti itu,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan penceramah bebas, Dr Zahazan Mohamed yang turut menyifatkan isu tersebut akan menjadi lebih kronik dan mempunyai impak yang sangat besar kepada masyarakat jika ia terus dibiarkan.

Menurut Shukri, ayat-ayat yang terkandung dalam al-Quran bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan mainan mana-mana pihak kerana orang tersebut akan tersesat jika menggunakannya dengan niat yang tidak betul atau cara yang salah.

Beliau turut berkata, perkara itu kini menjadi salah satu cabaran dalam akidah orang Islam dan seharusnya setiap masyarakat perlu lebih peka dengan perkara tersebut.

“Nasihat saya, gunalah media baru, internet dengan cara yang betul, tidak salah kita berkongsi ilmu, tetapi pastikan apa yang nak dikongsi itu adalah betul dan diakui maksudnya, jangan ‘copy dan paste sahaja, sekarang ini macam-macam cara orang nak sesatkan kita, jadi berhati-hati dengan semua itu,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mengulas tentang isu beberapa pihak yang meminta agar kerajaan mengeluarkan Akta Derhaka untuk membantu menyelesaikan hal-hal yang berkaitan dengan penghinaan terhadap institusi beraja dan sebagainya.
Beliau berkata, perkara tersebut harus diteliti oleh pihak yang sepatutnya supaya tidak timbul masalah lain melibatkan pengeluaran akta tersebut.

“Kita harus serahkan perkara ini pada yang pakar iaitu bahagian undang-undang, mereka lebih layak untuk menetapkan apa yang terbaik dalam penyelesaian isu ini.

“Undang-undang yang dibentuk sebelum ini semuanya adalah untuk memastikan keharmonian rakyat terjamin, kita tidak perlu bimbang tentang perkara tersebut, ada atau tidak ada akta itu terletak pada yang pakar menentukannya,” katanya.

laporan asal di sinarharian

Komen

Terima kasih Datuk Mufti, kerana sudi mengingatkan kami 

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title