Jun 5, 2013

Pesanan Cinta Buat Puteri

 Pesanan Cinta Buat Puteri


Pesanan CintaBuat Puteri
oleh Islam Browser

Cinta dikatakan begitu indah
mengasyikan

Cinta buat bunga berkembang di taman
terlonjak-lonjak keriangan

Cinta juga pernah buat bunga layu
hilang serinya
menangis meratapi kebodohan diri

Cinta pernah buat insan derhaka pada Tuhannya,
umat lupa pesan Nabinya,
anak mensiakan kasih ayah ibunya

Namun cinta juga pernah mencelikkan mata
penyebab insan mengenal Pencipta

Apa pun natijah dari cinta
terlebih afdal berhati-hatilah
kerana bercinta sebelum pernikahan
membuka pintu buat syaitan

Ada yang selamat namun ramai juga yang kecundang
walaupun tidak melara namun sucinya teranjak jua
apatah lagi demi membuktikan cinta
dalam desakan asmara rayu melemah jiwa

Sayangilah diri,
hargailah kasih ibu ayah
jangan siakan pesan Nabi
derhaka pada Tuhan
tentu jangan sekali-kali

Semoga diri sedar
diri itu milik siapa
cinta itu kurniaan siapa

Pandanglah betul-betul jalan di hadapan
jangan biarkan diri sesal tak sudah
kemurkaan Tuhan jangan diambil mudah
doa nabi untuk umatnya jangan buat tak endah
kasih ibu dan ayah jangan dipersenda

Ingatlah
cinta mahkluk bukan segala-galanya
hari ini ada
esok belum tentu bahagianya

Terlajak hutang sakit membayar
terlajak dek cinta buruk padahnya

Pesanan cinta buat yang baru mengenal dunia


PESANAN BUAT PUTERIKU...

Salam sahabat blog...

Ustazmuda petik ni dari laman web harakahdaily... ustazmuda rasa elok untuk dijadikan iktibar dan peringatan buat puteri-puteri dan Muslimah harapan ummah ini... Berhati-hatilah...

Remaja Muslim bertudung jadi sasaran pendakyah

Oleh Lebai Kudus

Saya baru menerima satu e-mel daripada seorang kawan. Isinya baik sekali, harap dapat dikongsi bersama kawan-kawan. Berikut adalah kandungan e-mel itu.

Berdasarkan penyelidikan seorang cendekiawan bernama Dr Rubiah serta anggota NGO Islam yang lain, pihak-pihak yang memusuhi Islam, terutamanya pihak Kristian telah lama membuat perancangan rapi untuk menjadikan remaja-remaja Islam sebagai sasaran untuk dikristiankan.

Umumnya, kita mengetahui bahawa mereka telah berjaya menjadikan 'dunia hiburan' dan 'dunia sukan' sebagai senjata untuk menjauhkan remaja-remaja kita daripada agama Islam. Namun, satu pendedahan yang dibuat oleh Dr Rubiah mengenai 'perangkap' yang digunakan oleh pihak Kristian ini amat membimbangkan. Berikut adalah kronologi bagaimana mereka memerangkap anak-anak gadis kita untuk dijadikan mangsa.

Memikat

Untuk makluman semua, pertubuhan-pertubuhan Kristian telah bersepakat untuk memberi satu bentuk skim galakan kepada para jejaka Kristian serta diberi tunjuk-ajar mengenai teknik untuk memikat gadis-gadis Melayu Islam untuk dijadikan pasangan mereka.

Berbagai-bagi teknik memikat akan digunakan dan ia bergantung kepada latar belakang gadis yang disasarkan. Tapi, apa yang membimbangkan adalah, sasaran utama mereka kini adalah gadis-gadis bertudung labuh yang berpendidikan agama.

Teknik yang mereka gunakan adalah lebih kurang sama sahaja. Pada peringkat awal mereka akan mencari jalan untuk berkenalan dengan anak-anak gadis kita, sama ada melalui hubungan kerja, hubungan sesama pelajar mahu pun hubungan jiran tetangga.

Kemudian, mereka akan berlakon seolah-olahnya mereka telah tertarik dengan kesopanan, cara berpakaian serta kelembuatan tingkah laku anak-anak gadis kita ini. Antara ungkapan yang sering digunakan adakah "Adakah semua anak-anak gadis melayu begitu ayu dan sopan?", "Dalam masyarakat saya, tidak pernah saya bergaul dengan gadis yang begitu berakhlak", "Saya tertarik dengan tingkah laku awak".

"Saya ingin mengenali awak dan agama awak dengan lebih dekat lagi". Biasanya, anak-anak gadis yang berpendidikan agama kita ini akan terbuka hatinya untuk menerima kehadiran jejaka Kristian ini apabila si jejaka mula menyatakan keinginan untuk mengenali agama Islam dengan lebih dekat lagi.

Perangkap

Apabila si jejaka merasakan anak gadis kita telah menerima kehadiran mereka, mereka akan menjalinkan persahabatan mereka dengan jujur, ikhlas, bersopan dan begitu 'gentleman' sekali. Mereka akan ke perpustakaan, minum serta beriadah bersama dengan rakan-rakan yang lain Pendek kata, sepanjang persabatan mereka, cubaan 'ringan-ringan' pun tidak ada. Tetapi AWAS, para ibu bapa.

Satelah kian lama bersama serta mendapati si gadis telah mula ada perasaan cinta, si jejaka akan menunggu dengan sabarnya ketika untuk memulakan 'langkah sebenarnya' yang pertama. Apabila si gadis didapatinya mula terleka, mereka akan digambarkan seolah-olah mereka terbawa-bawa oleh perasan cinta sehingga si gadis ternoda. Ketika inilah, perangkap mereka sudah mula mengena.

Dilema

Perlakuan noda ini boleh berlaku mungkin sekali, dua, tiga atau seterusnya. Sebab bagi si jejaka, perangkapnya hanya dikira benar-benar mengena apabila si gadis didapati berbadan dua.

Pada ketika ini, sijejaka akan menunjukkan kekesalannya yang tidak terhingga. Si jejaka kononnya akan bertanggungjawap di atas perbuatan mereka seraya berkata "agama kita melarang kita menggugurkannya, maka terpaksa kita berkahwin, tetapi kita berlainan agama."

Seterusnya kata si jejaka: "Kalau kita ingin berkahwin secara Islam, saya sanggup memeluk Islam, tetapi kita terpaksa berhadapan dengan dua perkara. Pertama, mengikut hukum Islam, kita boleh dikenakan 100 sebatan sebagai balasan dosa. Kedua, masyarakat Islam akan mencemuh dan meminggirkan kita kerana mempunyai anak di luar nikah yang kita hasilkan bersama. Kita akan berasa amat malu, lebih-lebih lagi awak yang berpendidikan agama. Sanggup kah kita? Saya rasa, saya tidak sanggup menghadapinya."

Kata si jejaka lagi: "Kalau kita berkahwin secara agama saya, awak hanya perlu untuk menukar agama, dan kita akan terlepas daripada dua seksa. Pertama, mengikut agama saya, kita hanya perlu untuk membuat pengakuan di hadapan paderi di gereja untuk menghapuskan segala dosa. Kedua, masyarakat agama saya akan menganggap anak kita ini senasib dengan Jesus (Nabi Isa) yang dilahirkan tanpa bapa.

"Mereka juga akan menganggap awak senasib dengan Mary (Mariam) yang melahirkan Nabi Isa. Maka, kita pasti tidak akan dipersia. Saya rasa ini 'option' terbaik buat kita."

Untuk makluman semua, mereka hanya merancang agar anak jejaka mereka memikat anak gadis kita. Tetapi mereka tidak akan mencuba agar anak gadis mereka untuk mendampingi anak jejaka kita kerana mereka sedar bahawa perangkap mereka yang ini tidak akan mengena.

Murtad

Mengikut penyelidikan Dr Rubiah serta rakan-rakan dalam NGO Islam yang lain, amat ramai gadis-gadis Melayu Islam yang memilih 'option' kedua walaupun ada segelintir yang berjaya diselamatkan dan terpaksa disembunyikan demi maruah agama dan bangsa. Mereka seterusnya mengemukakan permohonan untuk menukar agama (murtad) di pejabat agama. Namun Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan menjadi penghalang utama rancangan mereka.

Menurut Dr Rubiah lagi, pihak IFC (Inter-Faith Council) telah berjaya mendapat dua juta tanda tangan sokongan agar Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan ini dapat dipinda. Tetapi katanya lagi, untuk mendapatkan satu juta tanda tangan umat Melayu Islam bagi menghalang usaha mereka, adalah sesuatu yang teramat seksa.

Ramai yang terlalu merasa curiga dengan alasan mereka khuatir tanda tangan mereka akan disalahgunakan untuk menyatakan sokongan atau bantahan terhadap usaha yang lain pula. Alasan demi alasan diterima hinggalah suatu masa nanti saudara mara terdekat kita tiba-tiba menjadi sebahagian daripada statistik puluhan ribu mangsa.

Adalah diharap, setelah perhimpunan di Masjid Wilayah, pada 23/07/06, lebih dua juta tanda tangan telah berjaya diterima. Di manakah semangat kita? Kita belum lagi diperlukan untuk mengangkat senjata. Maka, marilah kita bersama-sama berusaha dan mengembleng tenaga agar gejala ini tidak terus melanda agama dan negara.

Doa

Doa adalah senjata para mukmin. Satelah kita berusaha, marilah kita bersama-sama berdoa agar anak-anak gadis kita akan terhindar daripada menjadi mangsa. Doa juga dipanjatkan agar umat Islam di Palestin, di Lubnan, di Iraq dan seluruh dunia dihindari daripada segala bencana. Amin,Ya Rabbil A'lamin. - lanh

" Sesungguhnya tidak akan redha Yahudi dan Nasrani selagi mana kita tidak mengikut jejak langkah mereka..." Mafhum ayat. 

Disalin dari ustazmuda

Pujuk Rayu 
Jasni
 
Semoga roh beliau dicucuri rahmat
dan beroleh kemudahan dari Allah, Al Fatihah

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title