Jun 9, 2013

Politik Melayu Semakin Berpecah - Usahlah Bersedih Nik Aziz

Politik Melayu Semakin Berpecah
Usahlah Bersedih Nik Aziz

________________________________
* Sikit lagi boleh jadi ada UMNO tu datang tunduk nak cari orang Melayu nak cari pas pulak tu aaa saya
saya akan ludah muka orang tu
- nik aziz

* Pemimpin UMNO sekarang cuba berbaik dengan PAS...bila dihulur tangan, ku tampar tangan mereka
- mat sabu

* Itu orang tengah lemas, saya orang tepi laut tahulah. Orang tengah lemas, kita tak boleh pergi dekat, dia pergi dekat, dia (tarik) kita tenggelam sekali
- hadi awang

_____________________________________________________________________
 



Nik Aziz ketika menyampaikan kuliah mingguan 
di Medan Ilmu, semalam.





Politik Melayu semakin hilang arah, punca
SITI FATIHAH AWANG
8 Jun 2013
 
KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus melahirkan kesedihannya terhadap senario politik Melayu kini dikatakan semakin berpecah belah dan tidak mengutamakan agenda yang seharusnya diperjuangkan.

Beliau yang berucap ketika kuliah mingguan di Medan Ilmu itu turut menyatakan masyarakat sepatutnya bersyukur dengan pemberian nikmat dari Allah SWT yang tidak pernah hilang dari bumi yang dimiliki-NYA.

“Al-Quran merupakan sesuatu pemberian yang berharga dari ALLAH SWT, orang Melayu yang tolak al-Quran tidak akan rasa nikmat itu, sebagai pemimpin, kita tidak boleh benarkan rakyat kita mati dalam keadaan yakin yang Islam itu ialah pecah belah, Islam huru-hara, hidup ini bersambung dengan mati, lepas mati kita hidup balik.

“Orang Melayu tolak Islam adalah biadab, duduk atas bumi Allah tetapi sombong dan angkuh dengan peraturan yang ditetapkan, bila kita jahil, kita tak kenal halal atau haram, kita duduk atas bumi ALLAH, semuanya milik ALLAH, hanya Nabi yang boleh beritahu kita semua ini,” katanya ketika ceramah di Medan Ilmu semalam.

Ceramah tersebut dihadiri lebih 1,000 rakyat negeri ini yang memenuhi kawasan tersebut sejak awal jam 8.30 pagi lagi.

Bekas Menteri Besar itu juga turut menyifatkan tindakan  orang yang mengagungkan demokrasi sebagai gelap yang mana juga disamakan dengan gelap jahil dalam Islam.

Beliau berkata, tanggungjawab seseorang pemimpin itu sangat besar untuk membawa rakyat ke arah kebaikan, bukannya memberi pendedahan kepada seribu satu kegelapan yang tidak sepatutnya.

“Mesej utama Nabi Musa ialah bawalah kaum kamu daripada pelbagai gelap kepada cahaya, biar orang itu keluar kepada annur, cahaya hanya satu, gelap ada banyak, gelap syirik, gelap takbur, semua gelap ini tidak disebut dalam demokrasi, orang yang mengagungkan demokrasi tidak pernah dengar tentang perkara ini semua,” katanya.

Sementara itu, beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan itu juga turut membidas kenyataan sesetengah pihak yang menghalau rakyat yang tidak dapat menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini.

“Sebut sahaja mano-mano orang hok tak terima pilihan raya baru-baru ini perlu ke negeri lain, baik, tetapi, kalau kamu, tidak terima hukum ALLAH, baik kamu jangan duduk di bumi ALLAH, buat bumi sendiri,” katanya yang disambut laungan 'Allahuakbar' dari hadirin yang hadir.

Nik Aziz berkata, bersempena dengan bulan yang mulia Israj Mikraj ini, rakyat seharusnya boleh menilai sendiri mana baik dan buruk supaya setiap keputusan yang dilakukan memberikan kesan yang sangat berguna di dunia dan di akhirat kelak.

Sinar harian

___________________________

Usahlah Bersedih Nik Aziz
 tuan dan orang tuan yang dengan sengaja 
telah merelakannya

Sikit lagi boleh jadi ada UMNO tu datang tunduk
nak cari orang Melayu nak cari pas pulak tu aaa saya 
saya akan ludah muka orang tu
nik aziz



PAS tidak akan bekerjasama dengan UMNO
Mat Sabu 

2011/06/14

ALOR SETAR: PAS tidak sekali-kali akan bekerjasama dengan UMNO walaupun atas nama perpaduan Melayu kerana serik dengan permainan parti itu, kata Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu.

"Kita tidak mahu kejadian 1969 berulang kerana bertanding atas tiket Barisan Nasional dan mereka berjaya, kita ditendang keluar menjelang pilihan raya umum selepas itu.

"Pemimpin UMNO sekarang cuba berbaik dengan PAS...bila dihulur tangan, ku tampar tangan mereka," katanya semasa menyampaikan ceramah di Kompleks Pas Kedah di sini malam tadi.

Mohamad turut melancarkan kempen perhimpunan BERSIH 2.0 (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil BERSIH 2.0) peringkat negeri Kedah.

Mengenai BERSIH 2.0 beliau berkata PAS akan menggerakkan seramai mungkin ahlinya menyertai perhimpunan itu bersama penganjur dan badan bukan kerajaan di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.

"Saya mahukan perhimpunan ini bersih...kita tidak akan menimbulkan kekacauan atau menyebabkan kerosakan harta benda awam," katanya. 
- BERNAMA

______________________________


Air tangan Pemimpin Melayu Islam PAS PKR
atau dengan bahasa moleknya Bersubahat

Siapa Pembantu Mereka ?
Orang Islam UMNO kah
Orang Islam PAS kah
Orang Islam PKR kah


Kenyataannya ini semua adalah
hasil 
Tak Tulus Siyasah Politik dan Feqah Politik
Pemimpin Melayu Islam PAS dan PKR



 ______________________________


Hadi tolak gesaan agar 
PAS-Umno 
bersatu

12:53PM Mei 14 2013

PAS dengan tegas menolak gesaan bekas timbalan presiden parti itu, Nasharuddin Mat Isa yang mahu parti itu bergabung dengan Umno demi kepentingan kaum Melayu.

Hadi dalam satu laporan Utusan Malaysia hari ini menyebut, cadangan itu hanya ditimbulkan oleh golongan yang terdesak – dipercayai merujuk kepada pencapaian buruk BN dalam pilihan raya umum 5 Mei.

“Itu orang tengah lemas, saya orang tepi laut tahulah. Orang tengah lemas, kita tak boleh pergi dekat, dia pergi dekat, dia (tarik) kita tenggelam sekali,” katanya seperti dipetik akhbar milik Umno itu.

Nasharuddin yang berucap dalam satu forum pada hari Ahad lalu mencadangkan demikian sebagai permulaan kepada “penyatuan semula nasional” yang dibangkitkan oleh pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak.

Najib menganjurkan perkara itu untuk mengatasi sikap pengundi, yang disebutnya sebagai "trend polarisasi" serta “tsunami Cina”, dalam pilihan raya tersebut.

Nasharuddin dalam forum bertajuk 'Post Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan Dan Survival Ummah' itu mencadangkan demikian kerana mahu proses penyatuan itu dimulakan di kalangan orang Melayu.

Gesaaan itu turut ditolak oleh ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan yang melihat bahawa perkara itu akan "menimbulkan fitnah serta menebalkan jurang persefahaman antara kedua-dua parti."

Nasruddin dalam satu laporan Sinar Harian Online berkata ia juga tidak akan berlaku memandangkan kerajaan BN menurutnya masih menindas rakyat.

Katanya, ia boleh dilihat dalam isu pemberian royalti minyak serta pembangunan di kawasan serta negeri yang dikuasai Pakatan.“Isu penyatuan atau perpaduan itu tak ada sudahnya, kerap kali diulang dan diungkap.

“... seruan itu tak berfaedah, usah bermain dengan kata-kata, buktikan bahawa negara ini amalkan politik matang dulu, hormat-menghormati perbezan pandangan, hilangkan kekeliruan, kembalikan hak rakyat dan hapuskan penindasan, kemudian barulah cakap soal perpaduan itu,” katanya seperti dipetik laman tersebut.

malaysiakini

Feqah Politik ??


______________________


Putar Belit Nik Aziz 
Pecah Belah Umat Islam 

Mudir Pondok Saa'adah Ad-Dhaghari, Geting, Ustaz Zainal Abidin Awang

Undi Lebih Penting
 Ustaz Kazim

PAS U-Turn

 
Ustaz Kamal Saidin

Asabiyah Sesama Orang Islam

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria

PAS Konsisten Tidak Pertahan 
Aqidah Islam

Ustaz Ismail Mina

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title