Jul 20, 2013

Berhutang Menghalang Penyucian Diri dan Keredhaan Allah

Berhutang Menghalang Penyucian Diri dan Keredhaan Allah
Tarikh:Apr 30, 2013

Riwayat:Muslim
Kategori:Akhlak

Hadith:

Daripada Abu Qatadah al-Harith bin Rib'ie RA, daripada Rasulullah SAW, "Sesungguhnya baginda berkhutbah kepada mereka lalu menyebut kepada mereka, bahawasanya jihad pada jalan Allah dan beriman kepada Allah itu sebaik-baik amalan (pekerjaan)". Kemudian bangun seorang lelaki dan berkata, "Wahai Rasulullah SAW bagaimanakah jika aku terbunuh di dalam jihad pada jalan Allah, apakah semua kesalahanku akan diampunkan?" Baginda menjawab, "Ya, benar jikalau engkau dibunuh dalam masa peperangan jihad pada jalan Allah dengan engkau berkedaan sabar mengharapkan keredhaan Allah, sedangkan engkau menghadapi musuh tidak berpaling lari kebelakang". 

Kemudian baginda bertanya, "Bagaimana katamu?" Jawab lelaki tersebut bagaimanakah jika aku terbunuh dalam peperangan pada jalan Allah, apakah akan dihapuskan segala kesalahan-kesalahanku?" Baginda bersabda lagi. "Ya, benar jikalau engkau bersabar, tetap mengharapkan keredhaan Allah ketika menghadapi musuh, tidak berpaling lari kebelakang, melainkan jika engkau ada menanggung hutang dan sesungguhnya Jibril mengatakan hal itu kepadaku".

Huraian Hadith:

Bersihkanlah diri daripada berhutang kerana itu akan menghalang daripada menyucikan diri dan mendapat keredhaan Allah.

Janganlah jadi orang yang bankrup kerana hutang sama ada di dunia atau akhirat.

Jauhilah hidup daripada banyak berhutang dan kuatkan keimanan untuk menghadapi segala percubaan hidup.

Hadis ini menunjukkan kelebihan jihad pada jalan Allah dan ganjaran bagi mereka yang terbunuh dalam keadaan bersungguh-sungguh menentang musuh, bersabar atas kesakitan dan kesusahan serta hanya mengharapkan ganjaran daripada Allah SWT.



Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title