Jul 23, 2013

Fahaman Syiah - Pemimpin Politik Didakwa Terlibat

Pemimpin politik didakwa terlibat fahaman Syiah

Ashiq Elahi Timbalan Pengerusi
 Gabungan Institusi Pondok, Tahfiz dan Ilmuwan Sunni (GIPTIS)

ALOR SETAR - Gabungan Institusi Pondok, Tahfiz dan Ilmuwan Sunni (GIPTIS) mendakwa terdapat segelintir pemimpin parti politik di negara ini terlibat dengan kegiatan ajaran Syiah.

Timbalan Pengerusinya, Ashiq Elahi berkata, kegiatan itu mula dikesan pihaknya hasil pemerhatian yang dijalankan sejak beberapa tahun lalu.

“Dalam kalangan pemimpin parti politik memang ada yang mengikut dan menyokong ajaran Syiah. Walaupun segelintirnya tidak beramal, tetapi dia tetap menyokong.

“Apa yang saya tahu sekurang-kurangnya terdapat belasan pemimpin dari parti politik di negara ini turut terlibat dengan ajaran tersebut,” katanya.

Beliau mendakwa, di Kedah ada lebih kurang enam pemimpin parti politik terlibat dengan kegiatan itu. Dua daripadanya adalah pemimpin utama sebuah parti, selebihnya pula sebagai jawatankuasa dalam parti berkenaan.

Mengulas mengenai cadangan untuk mewartakan fatwa anti-Syiah di negara ini, beliau berkata, satu tindakan tegas perlu diambil kepada mereka terlibat.

“Saya sarankan Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya perhatikan perkara ini agar ia tidak menular dan dibawa masuk ke dalam pasukan tentera dan polis,” katanya.
sinarharian.com.my
 

 Pandangan Ahli Politik 
Terhadap Syiah Di Malaysia




Pandangan Ahli Ugama 
Terhadap Syiah Di Malaysia










____________________________


Syiah Hadir Sama Mendoakan KO buat UMNO


Individu didalam gambar ini ( bulatan ) adalah nama sebenarnya Ra'ad T. Mohammed. Asal Al Falujjah, Iraq. No pasport. S 2650647.  ulamak palsu (syiah ) yg bertaqiah yang menggunakan  nama palsu sebagai Sheikh Tobib Toha Aljailani yg telah dibuang dari Darul Quran JAKIM.

Gambar dan Keterangan : darah-satria

 
Semangat Syiah (Gambar Pemimpin Syiah) juga Hadir Sewaktu Demo 


_________________________



 Jangan Bermain di Tepi Jurang
Andai TOk Guru tak jatuh
Anak Buah Jatuh Susah Juga



_______________________________________


Negara dalam bahaya, kata NGO

Ramai dah melayu terpenggaruh dengan Syiah, 
bila lagi PAS dan UMNO nak bersatu membenterasnya 
* IslamBrowser *

SHAH ALAM – Kerajaan digesa bertindak segera bagi membendung gelombang Syiah yang kini berada di paras bahaya sehingga boleh mencetuskan krisis.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma),  Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, kealpaan semua pihak membendung penularannya menjadi punca Syiah berkembang pesat di Malaysia.

“Pada awal 1990-an, bilangan pengikut Syiah sekitar 400 orang sahaja, tetapi kini kita tidak ambil perhatian dengan perkembangan itu.

“Pada awalnya, mereka menyebarkan ajaran itu di universiti-universiti, tetapi gerakan Syiah telah mengeksploitasikan perkembangan masyarakat Malaysia melalui  hubungan antara masyarakat, politik, NGO dan perdagangan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ditanya bagaimana ajaran Syiah ini mampu berkembang dengan cepat, beliau berkata, antara strategi yang digunakan adalah melalui tarkiyah (berpura-pura) di sebalik badan NGO dan politik.

Katanya, satu ketika dahulu Malaysia pernah menerima kunjungan seramai 70,000 pengikut Syiah.

“Ini proses normalisasi, apabila ada pemimpin politik dan gerakan Islam yang menjadi pendukung Syiah, masyarakat akan anggap ia tidak bahaya.

“Apabila ada perkara buruk dilemparkan terhadap kumpulan ini, akan ada pemimpin cuba neutralkan keadaan dengan memberitahu kebaikan Syiah,” katanya.

Menurutnya, ilmuwan, Dr Yusuf al-Qaradawi pernah menasihati Malaysia untuk membendung Syiah.

“Beliau pernah diajak berdialog bersama puak Syiah, tetapi terpaksa dibatalkan kerana mereka tidak mahu menghormati perjanjian untuk tidak menyebarkan ajaran mereka ke negara Sunni. Sekarang negara dalam keadaan bahaya dan parah,” katanya.

Mengenai kenyataan Ketua Kumpulan Syiah Malaysia, Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz yang mendakwa jumlah pengikut fahaman itu kini dianggarkan antara 300,000 dan sejuta orang, Abdullah Zaik berkata, angka itu sengaja diperbesarkan bagi melambangkan mereka punyai pengaruh yang kuat.

“Apabila Kedah mewartakan Syiah haram, mereka mahu nampak kuat dan nampak ramai. Dengan itu, mereka boleh guna alasan hak asasi untuk tidak diganggu gugat dan mendakwa didiskriminasikan jika kerajaan mengambil tindakan,” katanya.

sinarharian 

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title