Jul 26, 2013

Mahkamah Menentukan Status ke Islaman ?? Bila lagi UMNO hendak memperkasakan undang-undang memelihara kemuliaan Islam ???

Mahkamah Menentukan Status ke Islaman ??
Bila lagi UMNO hendak memperkasakan 
undang-undang memelihara kemuliaan Islam ???
________________________________________________


Perakuan pengislaman 3 anak guru tadika tak sah


IPOH - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan perakuan pengislaman terhadap tiga anak seorang guru tadika, M. Indira Ghandi, adalah batal dan tidak sah.

Pesuruhjaya Kehakiman Lee Swee Seng memutuskan pertukaran agama yang dibuat Mohd Ridzuan Abdullah, bapa kepada Tevi Darsiny, 16; Karan Dinish, 15 dan Prasana Diksa, 5, adalah tidak mengikut peraturan.

"Berdasarkan Enakmen Pentadbiran Islam Perak, ketiga-tiga anak itu perlu mempunyai hasrat untuk memeluk agama Islam tanpa sebarang paksaan.

"Dalam kes ini, ketiga-tiga anak berkenaan tidak dapat dibuktikan melafazkan dua kalimah syahadah dan mereka serta ibunya tidak hadir ke Pejabat Agama Islam untuk mendaftar bagi tujuan menukar agama," katanya dalam penghakimannya yang dibaca selama 1 jam 40 minit.

Lee berkata penukaran agama itu juga tidak sah dan batal kerana tiga beradik itu tidak hadir di hadapan pegawai agama bagi tujuan melafazkan pengisytiharan memeluk Islam (mengucap dua kalimah syahadah).

Katanya keputusan itu dibuat bukan untuk kemenangan mana-mana pihak tetapi lebih penting adalah keharmonian untuk semua agama dalam negara ini.

Mohd Ridzuan, yang sebelum ini dikenali sebagai K. Patmanathan, membuat pertukaran agama daripada Hindu kepada Islam bagi ketiga-tiga anaknya pada April 2009 dan memperoleh sijil pertukaran itu daripada Jabatan Agama Islam Perak untuk ditunjukkan kepada Indira Ghandi sebagai bukti.

Pada 25 Okt 2009, Indira Ghandi, 38, memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi di sini untuk membatalkan Perakuan Memeluk Islam tiga anaknya.

Wanita itu kemudian membuat permohonan kepada mahkamah sama supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Persekutuan bagi menentukan empat persoalan berkaitan perundangan bagi kes ibu bapa dan anak-anak yang terbabit dalam perkahwinan didaftarkan mengikut Akta Pembaharuan (Perkahwinan dan Cerai) 1976.

Ia termasuk persoalan sama ada ibu atau bapa secara sebelah pihak boleh menukar agama anak mereka yang masih di bawah umur kepada Islam selepas perkahwinan tanpa mendapat persetujuan sebelah pihak lain dan keputusan mana terpakai jika berlaku pertentangan perintah yang dikeluarkan antara Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Syariah.

Kes pasangan berkenaan pernah mendapat perhatian umum hingga ke Kabinet pada April 2009, memutuskan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas seorang daripada pasangan itu menukar agama.

Keputusan itu bagi mengelak individu yang tidak bersalah, terutama anak-anak, menjadi mangsa dan dilayan secara tidak adil.

Pada April 2009, Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh memberi hak penjagaan tiga beradik itu kepada Mohd Ridzuan, tetapi 11 Mac 2010, Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Wan Afrah Wan Ibrahim, memutuskan hak penjagaan tiga beradik itu diserahkan kepada bekas isterinya iaitu Indira Ghandi.

Sementara itu, Indira Ghandi ketika ditemui di luar mahkamah berkata beliau gembira dengan keputusan ini setelah menanti selama empat tahun.

"Saya berterima kasih kepada peguam saya yang banyak membantu dalam kes ini," katanya.

Kes berkenaan membabitkan enam responden iaitu Penolong Penasihat Undang-Undang negeri, Norazura Mokhtar mewakili responden satu, dua dan tiga iaitu Pendaftar Mualaf, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak dan kerajaan Perak serta turut menyebut bersama responden empat dan lima iaitu Kementerian Pelajaran dan Kerajaan Malaysia.

Peguam Hatim Musa mewakili responden keenam iaitu Mohd Ridzuan manakala Indira Ghandi diwakili peguam M. Kulasegaran, N. Selvam dan K. Shanmuga. - Bernama

sinarharian.com.my

Komen

Mudah bercakap terutamanya sewaktu pilihanraya makin dekat. Apa lagi yang ditunggu oleh UMNO yang mendakwa dan menyakinkan umat Islam bahawa UMNO memperjuangkan Islam, memelihara kesucian Islam dan berbagai-bagai lagi pengakuan dan juga pengistiharaan yang dapat didengar sewaktu pilihanraya yang lalu. Kita ingin melihat tindakannya sekarang !!

Tunjukan keikhlasan anda terhadap Allah, Rasul dan Agama Islam melalui perbuatan dan tindakan. Ingatlah wahai UMNO, Pemerintahan Othmaniah dan Abbasiyah yang hebat itu tumbang bilamana agama bukan lagi menjadi cita-cita utama pemimpinnya, UMNO juga tidak mustahil akan mengalami nasib yang serupa suatu hari nanti jika berterusan menyisihkan pandangan terhadap cita-cita utama ( semestinya ) iaitu memelihara kemuliaan dan memertabatkan Ugama Islam di negara ini.

Dulu UMNO kata, Hudud tidak sesuai untuk dilaksanakan, yang kita faham sebabnya berkaitan dengan menjaga hati bukan Islam dari MCA dan MIC. Tuhan maha kuasa, terbukti hati yang hendak sangat dijaga akhirnya meninggalkan UMNO (BN). Kaum bukan Islam dari MCA dan MIC beramai-ramai meninggalkan Barisan Nasional. Begitu pun syukurlah, ianya mungkin sekadar suatu peringatan buat UMNO. Disebalik kepanikan, keresahan, kekalutan dan terkujat-kujat, UMNO masih ditakdirkan untuk terus hidup dengan bernyawakan Melayu dan umat Islam disamping Pribumi yang cintakan kedamaian. 

Seperkara lagi, Umno juga mesti ingat, UMNO terus hidup bukan kerana UMNO terlalu membanggakan dan amat menyakinkan umat Islam seluruhnya. Faktor yang lebih utama adalah kerana keraguan umat Islam akan cara kepimpinan PAS dan juga cita-cita ngeri yang ditunjukkan oleh pemimpin DAP juga PKR. Ini penyebab utamanya untuk UMNO terus bernyawa.

Namun andai UMNO terusan menunjukkan sikap tidak serius disamping tindakan tidak bersungguh-sungguh di dalam memertabatkan agama Islam, tidak mustahil andai ada yang lebih baik suatu hari nanti..UMNO juga akan dikuburkan dari hati kami rakyat yang inginkan kemuliaan Islam di pelihara.

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title