Jul 29, 2013

Mengenal Allah Melalui Ilmu Tasawwuf - Tuan Guru Dr Haji Jahid Haji Sidek Al-Khalidi

Mengenal Allah Melalui Ilmu Tasawwuf
 Tuan Guru Dr Haji Jahid Haji Sidek Al-Khalidi

 



 

kembara sang sufi

FaceBook : KuliahTasawuf DrJahid 


BIOGRAFI RINGKAS

 SHAIKH DR HJ JAHID BIN HJ SIDEK AL-KHALIDI
(B.A., M.A. dan Ph.D. Universiti Malaya)
Yang Berbahagia Dr Hj Jahid bin Hj Sidek dilahirkan pada 11 Februari, 1940 di Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu (Kebangsaan) dan Tamat Darjah 6. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke Sekolah Agama Kerajaan Johor sampai Darjah Khas dan menerima Sijil Darjah Khas yang melayakkan beliau menjadi Guru Agama di Sekolah-sekolah Agama Johor pada tahun 1957. Kemudian beliau meneruskan pengajian ke Sekolah Menengah Arab Kluang Batu 1 Jalan Mersing, Johor (dari tahun 1956 hingga 1958). Awal tahun 1959 beliau melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Malaya, Klang dan mendapat Sijil Tertinggi Kolej Islam pada 1963.
Pada awal tahun 1964 beliau mula berkhidmat sebagai Guru Agama di Sekolah Menengah Inggeris Jasin Melaka sehingga bulan Mei, 1968. Pada awal tahun 1969 beliau mengajar di Sekolah Menengah Tun Perak, Muar, Johor sehingga beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya pada awal bulan Mei, 1969. Pada Tahun 1972 beliau memperolehi Ijazah peringkat Sarjana Muda Sastera daripada Universiti Malaya. Seterusnya beliau memperolehi Ijazah peringkat Sarjana (M.A.) dalam bidang Usul Fekah (1975) dan Ijazah peringkat Kedoktoran (Ph.D.) daripada Universiti yang sama (1992) dalam bidang Tasawwuf.
Pada awal bulan Januari, 1972 beliau dilantik sebagai Guru Penolong Kanan Sekolah Menengah Tengku Temenggong Ahmad, Kundang Ulu, Muar, Johor. Pada tahun 1973 beliau dilantik sebagai Pensyarah di Jabatan Pengajian Islam Fakulti Sastera Universiti Malaya. Pada Tahun 1994 beliau dipindahkan bertugas di Jabatan Dakwah Dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaya sehingga beliau bersara pada akhir tahun 1995. Pada tahun 1993 beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Profesor Madya sehingga beliau bersara.
KEGIATAN DAKWAH
Beliau telah giat mengajar di masjid dan surau di sekitar Lembah Klang mulai dari akhir tahun 70 an lagi. Kegiatan Dakwah yang dilakukan makin rancak apabila beliau berhijrah daripada Petaling Jaya ke Kampung Melayu Sri Kundang. Di Kampung yang baru dibuka, beliau bersama-sama penduduk Kg Melayu Sri Kundang telah mendirikan sebuah surau yang kemudiannya dinaiktaraf sebagai Masjid An-Nur, Kg Melayu Sri Kundang. Beliau juga pernah menjawat sebagai Nazir atau Pengerusi di Masjid tersebut selama 15 tahun. Di samping itu beliau telah mengasaskan Sekolah Agama Rakyat yang diberikan nama Sekolah Agama Rakyat An-Nur. Sekolah tersebut telah diambil alih oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada tahun 1998 dan sekarang menjadi Sekolah Rendah Agama di bawah JAIS. Mulai tahun 1993 beliau meningkatkan kegiatan dakwah ke beberapa buah negeri di Malaysia termasuk di negeri Johor, Pahang, Terengganu, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Sabah dan Sarawak. Di Johor Bahru beliau mempunyai sebuah Madrasah iaitu Madrasah Babul Khayrat yang terletak di Jalan Suka, Kg Melayu Majidee, Johor. Di Kuantan juga beliau ada sebuah surau yang terletak di Kampung Chempaka Batu 17 Jalan Kuantan-Pekan berdekatan dengan Penjara Pernu yang diberi nama Madrasah Manaratil ‘Ilmi.
Dakwah beliau lebih tertumpu kepada Ilmu Tasawwuf dan Tarekat. Beliau juga belajar dan beramal dengan tiga aliran tarekat iaitu Naqshabandiah Khalidiyyah, Ahmadiah dan Qadariyyah.
Beliau telah dilantik oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan sebagai Ahli Majlis Tariqah-Tariqah Sufiyah (Jalsah Turuq Sufiyah) di bawah Enakmen Tarekat Tasawwuf Negeri Sembilan pada Mac 2007.

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title