Jan 2, 2014

Ustaz, Soalan Spontan dan Jawapan yang Menepati Kehendak sebenar Ajaran Agama

Ustaz, Soalan Spontan 
dan Jawapan yang Menepati Kehendak
sebenar Ajaran Agama



Para Ustaz wajar memberi jawapan yang lebih menepati kehendak asal ajaran agama sewaktu menjawab soalan spontan. Ini kerana mereka yang bertanya dan pendengar biasanya kerap menyandarkan pemahaman ajaran agama berdasarkan kata-kata Ustaz yang mereka suka, minat dan percaya ...

Ada orang bertanya tentang mandi bogel yang berkaitan dengan permasalahan aurat..

Ustaz pun jawab soalan berdasarkan hukum aurat sewaktu bersendirian berdasarkan pemahaman ustaz.. sure no problem..sebab tentulah Ustaz menjawabnya berdasarkan ilmu agama yang dia yakini benar.. Maka senanglah hati yang mendengar penjelasan Ustaz dan tentunya tak risau lagi jika di bilik mandi terlupa nak bawak kain basahan.

Tak mustahil juga ilmu berdasarkan jawapan Ustaz itu akan diperturunkan kepada anak-2 dan diwarisi zaman berzaman... Kenape mandi bogel ni awang ?... Sure budak kate, ayah kata ustaz kata tak pe nye mandi bogel... asal jangan ada orang nampak (misal kata)

Lalu berterusanlah dlupakan asal ajaran yang Nabi sendiri sarankan kepada umatnya berkaitan akhlak iaitu tentang rasa malu..

Tak salah rasanya disebabkan jawapan Ustaz tanpa penerangan lanjut itu, ramai pendengar mula meminggirkan persoalan malu kepada Pencipta dan para malaikat yang juga sebahagian dari ajaran dan akhlak dalam agama yang memang ditekankan untuk diambil berat.

Selain malu, tentunya juga dari segi keselamatan yang berkaitan aib juga harus difikirkan.. La ni macam-2 teknologi ada...kamera sikit punya kecik...

Mandi di asrama, dibilik hotel andai lengkap dgn kain basahan, aib akibat penyelewengan oleh mereka yang mengambil kesempatan, insya Allah dapat diminimakan...

Maka kesimpulannya..Semoga para ustaz yang telah diberikan kepercayaan oleh hati peminat mereka lebih cermat dalam memberi jawapan sewaktu menjawab soalan spontan agar prinsip sebenar ajaran agama tidak diketepikan begitu sahaja oleh mereka yang akan memegang 100 persen jawapan ustaz itu..

wallahu'alam...sekadar pandangan 2 sen je...

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title