Feb 19, 2014

Henti politik perkauman - hadi awang cakap bohong lagi ...

Henti politik perkauman - hadi awang cakap bohong lagi ...

Mana ada politik perkauman.. Inilah masalahnya Pemimpin PAS.. tak tahu membezakan antara parti politik berasaskan kaum dengan perkauman seperti mana mereka tidak tau membezakan PAS dan Agama Islam hingga mereka sanggup berbohong menyatakan Tolak pas Tolak Islam...

Pemimpin pas samada ulamak atau tidak ulamak sama saja, suka mereka cerita, berbohong dan seterusnya memfitnah... Apa buktinya yang adi haji ada untuk menunjukan Bn atau Umno mengamal sikap perkauman... Tanpa bukti ianya cuma fitnah semata-mata.

Lebih malang lagi mereka ini yang sering berceramah dan menasihatkan orang jangan bersangka buruk, namun mereka sendiri yang asyik bersangka buruk.. Cuba lihat kenyataannya.. Setiap parti kompenen di dalam BN yang berasaskan kaum bertujuan untuk membantu kaum mereka kerana hanya pemimpin kaum yang tahu tentang kaum mereka sendiri... so apa masalahnya..

Tidak enak hati pemimpin pas ni sebetulnya ... Untuk mendapatkan undi bukan Islam sanggup pemimpin mereka mereka-reka cerita dan memfitnah sesuka hati..

Sudahlah sebelum ini, nama Allah dijual dengan undi bukan Islam dengan beria-ia menyokog pengunaan nama Allah sebagai terjemahan kepada perkataan God di dalam bible berbahasa melayu... tanpa segan silu pula memberi alasan negara Islam tidak disebut di dalam Al Quran untuk membenarkan pertukaran jenama perjuangan menegakan Negara Islam kepada negara berkebajikan ... kini masih terus juga cuba mengelirukan rakyat ... insaflah wahai tuan politik pas..


Henti politik perkauman

KUALA TERENGGANU - Pas menyatakan pendirian tegas untuk menentang politik perkauman dalam memastikan keharmonian hidup masyarakat majmuk di negara ini.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu tidak akan terikut-ikut dengan amalan BN yang didakwa menjadikan perbezaan kaum sebagai alat untuk mengekalkan kuasa mereka.

“Pas memberi jaminan kepada kaum Tionghoa, Pas akan menentang politik perkauman. Elakkan perpecahan yang boleh merugikan kita dan anak-anak kita,” katanya ketika berucap sempena Majlis Makan Malam Gong Xi Fa Cai di Kampung Tiong, di sini.

Abdul Hadi menjelaskan, perbezaan kaum wujud ketika penjajahan barat dalam usaha pihak terbabit membangunkan kuasa besar British.

Dalam masa sama katanya, penjajah mengambil kesempatan melaga-lagakan masyarakat pelbagai kaum yang wujud di negara ini sebagai bom jangka kepada mereka.

Jelasnya, walaupun penjajah sudah tiada namun pengaruh tersebut tetap ada dan pihak terbabit dilihat mempunyai satu perancangan jangka panjang supaya kaum di negara ini hidup dalam keadaan tidak harmoni antara satu sama lain.

“Baru-baru ini satu pendedahan dibuat melalui internet bagaimana kuasa besar barat memecahbelahkan masyarakat dunia mengikut kaum dan agama supaya mereka dapat mengambil kesempatan di Afrika, Asia dan di mana sahaja, termasuk di negara ini.

“Mereka jadikan perbezaan kaum ini sebagai cara pecah belah, memberikan peluang kepada mereka sekiranya berlaku pertembungan antara satu sama lain. Terpulang kepada kita sendiri untuk membetulkan keadaan,” katanya.

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title