Feb 15, 2014

Jangan Minta Bantuan Kafirun dalam Urusan Umat Islam Apatah lagi untuk menjatuhkan Pemimpin Islam

Jangan Minta Bantuan Kafirun dalam Urusan Umat Islam Apatah lagi untuk menjatuhkan Pemimpin Islam

(tulisan ini buat pemimpin PAS dan mereka yang sealiran dengan pemikiran mereka kerana PAS sememangnya menuntut bantuan dari DAP untuk menjatuhkan pemimpin Islam UMNO sedangkan UMNO telah terbukti masih memerintah tanpa undi dari MCA dan MIC )

Di mulakan dengan bismillah.... terjemahan melayu dari Surah Al Imran ayat 28

Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan Allah, kecuali karena (siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa)-Nya. Dan hanya kepada Allah kembali(mu). Surah Al Imran ayat 28 http://quran.com/3/28

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Surah Al Maidah ayat 51 http://quran.com/5/51

Erti wali dalam kedua ayat tersebut adalah penolong, pelindung, dan pendukung. Termasuk dalam pengertian tersebut adalah menjalin persahabatan antara kaum muslimin dengan kelompok atau individu-individu kafir. Dengan demikian, yang seharusnya dijadikan penolong, pelindung, pendukung dan sahabat, hanyalah orang-orang mukmin.  Selain dari itu, ayat yang kedua di atas juga menjelaskan bahawa orang-orang kafir itu adalah wali bagi kalangannya sendiri

Adapun orang-orang yang kafir, sebagian mereka menjadi pelindung bagi sebagian yang lain. Jika kamu (hai para muslimin) tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan Allah itu, niscaya akan terjadi kekacauan di muka bumi dan kerusakan yang besar Surah Al Anfal aya 73 http://quran.com/8/73

Mereka akan bersatu padu untuk melawan dan menyerang umat Islam. Bila demikian sikap dan tindakan mereka, mengapa kita mesti meminta bantuan dan dukungan mereka ?

 Rasulullah SAW. telah menolak dengan tegas bantuan orang kafir dan tidak meminta bantuan mereka. Dari Aisyah ra, berkata : "Nabi keluar untuk berperang pada perang Badar. Ketika beliau sampai di suatu tempat yang bernama Harratul Wabarah (suatu tempat yang berjarak 4 batu dari Madinah), Beliau diikuti oleh seorang lelaki yang terkenal berani dan suka menolong orang, sampai orang itu berjumpa Rasulullah. Para Sahabat bergembira ketika melihat orang itu, ia lalu berkata "Aku datang untuk ikut bersamamu dan aku ingin mendapatkan bahagian dari ghanimah (harta rampasan)". Rasulullah SAW lalu bertanya : "Apakah engkau mau beriman kepada Allah dan RasulNya". Lelaki itu menjawab: "Tidak !". Kemudian Rasulullah SAW berkata :"Kembalilah engkau! kami tidak menerima pertolongan dari orang Musyrik"

 Dari Anas, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah SAW :

"Janganlah kalian mencari penerangan dari api Musyrikin (yakni minta pertolongan kepada kaum musyrikin dalam suatu peperangan), dan janganlah kalian memahat tulisan pada cincinmu (yakni tulisan Muhammad Rasulullah) " (HR. Imam Ahmad, dalam Al Musnad, Jilid III, Hal. 99; dan An Nasai, Jilid VIII, Hal. 177)

 Az Zuhri meriwayatkan sebuah hadits bahawa orang-orang Anshar pada suatu hari berkata kepada Rasulullah SAW : "Ya Rasulullah apakah kita tidak meminta pertolongan dari orang kaum Yahudi dan Nashrani yang telah terikat perjanjian kerja sama dengan kita ? Rasulullah menjawab : "Kita tidak perlu (pertolongan) mereka" (Riwayat ini telah dicantumkan oleh Ibnu Katsir dalam "Sirah Nabawiyah" Jus III, Hal. 64.)

( tulisan di atas diedit dari posting di laman web berikut ... http://islamika.tripod.com/aj/bantuan.htm )

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Bukti DAP memusuhi ajaran Islam dan berani mencampuri urusan umat Islam.. Ini semua kerana kejayaan tahaluf siyasi ala PAS anjuran ulama politik mereka

Malaysia contoh negara tanpa keharmonian agama, dakwa DAP

OLEH DESMOND DAVIDSON
February 03, 2014
Latest Update: February 03, 2014 02:37 pm   

Hubungan antara agama di Malaysia tenat, kata Lim Kit Siang. Gambar fail.Hubungan antara agama di Malaysia tenat, kata Lim Kit Siang. Gambar fail.Ketika dunia meraikan minggu keharmonian agama sedunia, Malaysia menjadi contoh negara yang tenat dalam hubungan antara agama daripada pelbagai kaum kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal mengawal kaum majoriti, kata DAP.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkata Najib gagal menyatakan pendirian menolak puak ekstremis yang dibenarkan terus bebas untuk menyebar kebencian antara kaum dan agama bertujuan memporak-perandakan negara.

Katanya, tindakan itu menghidupkan bibit rusuhan kaum 13 Mei.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut menyelar Najib kerana gagal mengawal Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) dengan membenarkan barah dan permusuhan antara agama disampaikan dalam khutbah Jumaat dengan Jakim menyalahkan Kristian dan Yahudi memecah-belahkan umat Islam.

“Bagaimana beliau boleh membenarkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) menyebarkan kebencian antara agama sementara jabatan lain di bawah JPM iaitu Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi mempromosikan keharmonian antara agama dan kaum,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Dalam beberapa bulan lalu, Malaysia menjadi contoh bagi negara pelbagai kaum dan agama yang mengalami keharmonian agama tenat," katanya.

Pentadbiran Najib dikritik oleh kumpulan agama minoriti Malaysia selepas isu kalimah Allah berlarutan selama empat tahun yang mengeruhkan hubungan umat Islam dan Kristian.

Isu tersebut semakin gawat apabila pada awal Januari, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu Pertubuhan Bible Malaysia dan merampas 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban.

Minggu lalu, Najib bertemu lebih 40 badan bukan kerajaan (NGO) Melayu Islam bagi meredakan ketegangan berhubung isu kalimah Allah meskipun Najib masih berdepan kritikan terhadap kegagalannya.

Turut mengeruhkan keadaan pabila Jakim menyifatkan Kristian dan Yahudi memecahbelahkan umat Islam dalam khutbah Jumaat minggu lalu. – 3 Februari, 2014.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/malaysia-contoh-negara-sakit-hubungan-agama-kata-dap
Tolak PAS, PKR dan DAP Jika Benar Sayangkan Islam dan Ketuanan Melayu Yang Sah di sisi Agama Islam Itu

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title