Feb 15, 2014

Sijil Halal bukan satu asas untuk umat Islam meletakan kepercayaan kepada penyedia makanan bukan Islam

Sijil Halal bukan satu asas untuk umat Islam meletakan kepercayaan kepada penyedia makanan bukan Islam

Sijil Halal lebih kepada cara untuk umat Islam percaya kepada hidangan bukan Islam..

Hari ini sijil halal telah memerangkap orang Islam untuk dengan lapang dada memakan makanan yang disediakan oleh bukan Islam.. Sijil Halal dengan logonya..menjadikan umat Islam percaya dan yakin untuk tidak memikirkan lagi samada ianya halal atau tidak...

Sebentar tadi di TV 3, Serbuan Jakim ke pusat penyembelihan.. Tertera nama pengusaha yang biasa kita lihat produknya di pasaraya.. Ayam yang disembelih dan tidak di sembelih di campur setempat.. Entah lah..berapa ramai orang Islam telah makan ayam yang tidak disembelih oleh pengusaha tersebut..kerana percaya dan bersandarkan kepada logo halal yang tertera di packing ...

Ini bukan kes pertama..terlalu banyak kes yang telah berlaku...

Kita mesti ingat... Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang nyata bagimu. (sebahagian dari ayat 101 surah An Nisa http://quran.com/4/101)

Oleh yang demikian wajarkah untuk kita mempercayai bahawa orang bukan Islam bersungguh-sungguh untuk memenuhi kehendak Islam dalam penyediaaan makanan untuk umatnya

Sijil halal buat mereka satu kemudahan untuk menjual hasil usaha mereka tanpa rasa cuak dan ragu untuk kita umat Islam membelinya...

Sememangnya terdapat pengusaha bukan Islam yang memenuhi syarat-2 yang di tetapkan untuk memperolehi sijil halal tersebut demi kesejahteraan perniagaan mereka... cuma kita seeloknya berhati-hati...jika berpeluang membeli ayam yang disembelih oleh orang Islam, sewajarnya itu kita dahulukan...

Yang penting percaya bulat-bulat jangan sekali... dan mana yang tidak "emergency" tidak perlulah kita nak rasa jika penyedia makanan tersebut bukan Islam...

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title