Mar 22, 2014

Anwar Ibrahim : Bodoh tak boleh diajar, Pandai Tak Boleh Diikut

Anwar Ibrahim
Bodoh tak boleh diajar, Pandai Tak Boleh Diikut

Berikut Kenyataan Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin berkatian Tuduhan Anwar terhadap beliau.. kita mungkin tak tahu terperinci tentang cara dan sistem keewangan, namun lojik penjelasan Tun Daim bolehlah kita fikirkan, jika sudi....

Suatu ketika dahulu beliau memberitahu (bekas Perdana Menteri) Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa saya telah membawa keluar RM2 bilion dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS). Dr. Mahathir ketawa mendengar cerita Anwar dan menjawab: "Bukankah lebih baik Daim hantar melalui pindahan elektronik bank."

Jelas sekali Anwar tidak faham cara bank menjalankan urusan mereka dan dia juga tidak tahu berapa banyak RM2 bilion itu berbanding dengan 'cash in circulation' di dalam negara ini. Sekiranya RM2 bilion itu diambil dari 'money circulation' tidak akan cukup wang tunai untuk diniagakan di negara ini.

Bodoh kalau seseorang itu untuk mengumpul dan menyimpan wang tunai sebanyak itu dan jika dibawa di dalam pesawat, agaknya semua kerusi akan dipenuhi dengan kotak-kotak berisi wang tersebut.

Sebagai Menteri Kewangan, beliau patut tahu sekiranya wang itu dibawa keluar dari 'circulation'. Bank Negara terpaksa mencetak lagi wang kerana tiada lagi 'cash in circulation'. Tidakkah Menteri Kewangan tidak tahu perkara yang semudah ini?

Seperkara lagi, apa pula dengan Jabatan Kastam. Bukan sahaja di Malaysia tetapi di destinasi di mana MAS hendak mendarat. Tengok apa jadi kepada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib. (* saya tambah ni, Tan Sri Muhammad Taib baru bawak 6 juta dah kantoi)

utusan.com.my

photo: Belantan Blogspot

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title