Mar 15, 2014

Bomoh cam ne tu ...

Bomoh cam ne tu ...

Andai bomoh teropong buluh ditangkap kerana perbuatan tahyul dan yang dikatakan syirik itu, bagaimana pula dengan bomoh-bomoh lain yang ada di seantero negara...

ada yang mengunakan kemenyan berasap dan bagai lagi tilikan yang terang haramnya. Bak kata orang, Angkut satu..angkut semualah sepatutnya.. atau mungkin majlis fatwa keluarkan fatwa mengharamkan bomoh, dukun dan tok pawang.. cam ne tu... ke nak angkut bomoh teropong buluh sorang je...

Antara prinsip utama yang membawakan kepada dosa besar itu adalah perbuatan menilik. Asal namanya tilik dan menepati ciri-2 yang membawa kepada mensekutukanan Tuhan, .hukumnya haram... camne tu..

Jarang terjumpa yang tidak menilik... Kebiasaannya bomoh juga mempunyai akuannya dalam usaha perubatannya .. cam ne tu...

Zaman Nabi bagaimana pula dengan nasib tukang tilik dan bomoh..Apa yang Nabi s.a.w lakukan terhadap mereka ..makanya mungkin majlis fatwa atau yang berauthoriti mengkaji perkara ini dengan terperinci...bukan sekadar hanya berdasarkan kesimpulan mudah. dan tekanan semasa... 

Akhirnya, tidak wajar juga dituduh semuanya kurafat dan syirik secara pukul rata... Penjelasan atau pencerahan wajar juga dibuat oleh mereka yang berilmu dan memahami hakikat sebenar bagi memberi faham mengapa atau di mana yang dikatakan syirik atau tahyul itu... agar orang awam tidak memandang serong tidak menentu terhadap usaha perubatan traditional melayu ini...
Bukan bertujuan nak membela bomoh, cuma ingin menegas dan memperingatkan  kalau hendak bertindak dalam hal agama, eloklah ikut cara Nabi s.a.w agar kemungkaran dapat tegah dan keadilan terpelihara...

wallahu'alam ...


bangsi ajaib je tak de..
ada yang kreatif dalam berseloroh
sumber : whatsapp

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title