Mar 11, 2014

Ketaatan Terhadap Pemerintah Demokrasi Pemerintah Khilafah - BERBEZA ? Ustaz Abdul Hakim Amir Abdat

Adakah ketaatan terhadap pemerintah dalam sistem demokrasi berbeza dengan ketaatan terhadap pemerintah dalam sistem khilafah ?

oleh Ustaz Abdul Hakim Amir Abdat



Ust. Abdul Hakim B. Amir Abdat, seorang pendakwah terkenal dari Indonesia menjelaskan sama ada dibenarkan berdemonstrasi terhadap pemerintah dalam sistem demokrasi atau tidak ? Dan adakah ketaatan terhadap pemerintah dalam sistem demokrasi itu berbeza dengan ketaatan terhadap pemerintah dalam sistem khilafah ?




komen kita 
Haram tetap haram yang halal tetap halal

Apa yang kita harapkan semoga kerajaan BN/UMNO bersungguh-sungguh dalam perkara yang melibatkan maksiat, penyelewengan, pecah amanah dan lain-lain perkara yang melibatkan Amar Ma'ruf Nahi Munkar agar dari masa ke semasa sentiasa berada dalam keadaan berusaha menepati kehendak ajaran Islam.

Semestinya UMNO mengambil pengajaran dari musibah yang telah berlaku. Semoga para Ulama, Mufti dan Pemerintah dapat duduk semeja dalam usaha memelihara kesucian Islam di Malaysia

Kepincangan memang telah berlaku. Kehilangan undi yang teruk dipilihanraya yang lalu mungkin suatu petunjuk ujud "ketidak syukuran nikmat" atas limpah kurnia Tuhan buat segelintir dikalangan UMNO selama ini. Mudah-mudahan UMNO mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku.

Suka diulang, Kerajaan besar Islam dahulu kala yang begitu hebat ceritanya, akhirnya tumbang akibat kemungkaran pemimpinnya, tidak mustahil UMNO akan tumbang suatu hari nanti jika tidak melaksanakan amanah Tuhan sepenuhnya.

Wallahu'alam

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title