Mar 12, 2014

Malaysia Airlines MH370 - Jangan biarkan pesona canggih menidakkan Iradat dan Qudrat Allah ...

Malaysia Airlines MH370



Jangan biarkan pesona canggih 
menidakkan Iradat dan Qudrat Allah 

Aneh !! bagaimana kapal terbang yang dilengkapi alatan yang canggih tiba-tiba boleh hilang tanpa dapat dikesan langsung.... mungkin ada yang terfikir begitu .. 

Hakikatnya, wajibkah kalau sudah canggih mesti tidak boleh berlaku kepincangan. Iradat Allah tak siapa yang tahu ... Qudrat Allah sememangnya diluar capaian akal manusia ... Qada dan Kadar satu dari yang wajib kita beriman ..

Jangan biarkan pesona canggih menidakkan Iradat dan Qudrat Allah... 

Tujuan Posting Ini Bukan Menidakkan Usaha Yang Mesti Dilakukan
Cuma Bermaksud Tiada Yang Mesti Selagi Ianya Hasil Tangan Makhluk

***********************

Iradat dan kudrat Allah 
oleh Dr Hamzah Harun Al Rasyid, MA


Klik photo untuk mengikutinya

**********************

Kehilangan MH370

 Rahmat Allah 
untuk seluruh umat Islam 
agar kembali kepada Pencipta


Kapten Norudin Abd Majid, pemandu Jet Peribadi PM Malaysia, bekas Ketua Pilot Boeing 777 

Kapten Norudin Abd Majid yang sedang keluar berdakwah selama 40 hari bersama dengan Jemaah Tabligh di panggil oleh TV3 untuk berkongsi pandangan peribadi beliau berkaitan dengan kehilangan MH370 dan teman rapatnya kapten Zahrie Ahmad Shah 

Kapten Norudin Abd Majid

Beliau adalah bekas Ketua Pilot 777 MAS dan juga antara pilot pertama yang memandu Boieng 777 pertama yang di beli MAS, sekarang di lantik menjadi pilot peribadi Perdana Menteri Malaysia,beliau mengikuti kegiatan Jemaah Tabligh Malaysia sejak awal tahun 80-an lagi.

Apabila Kapten Nurudin Abd Majid meluahkan pandangan peribadi beliau berkaitan kehilangan MH370 , seakan-akan seluruh negara kelihatan terpaku dan terkejut dengan pandangan beliau. Inilah sebenar-benar pandangan orang beriman.

diedit dari sumber asal: kedahlanie.info

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title