Mar 16, 2014

Melarikan MH307, Kelebihan Kapten Zahari dan Dosa Menyangka Buruk

Melarikan MH307, Kelebihan Kapten Zahari dan Dosa Menyangka Buruk



Kehebatan yang diperlukan untuk melarikan MH370 sememangnya ada pada beliau..namun sikap bersangka-sangka buruk terhadap beliau seperti yang boleh ditemui di laman web tertentu semestinya bukan dari jalan yang dibenarkan dalam agama Islam...

Biarlah masa membuktikan nanti dari realiti yang kita sendiri belum ketahui..

Semoga kita insaf akan kenyataan larangan yang terdapat di dalam ajaran agama agar tidak mudah untuk kita terpengaruh dengan spekulasi dan teori yang tiada berbukti malah hanya imaginasi bersandarkan sedikit pengetahuan yang tidak pasti.

Sebagai saudara seagama, marilah kita mendoakan agar beliau, krew dan penumpang selamat dan dapat ditemukan dengan kadar yang segera. 

***********

Dari cerita yang di dengar melalui Dialog Malaysia Hari Ini di TV3 MH370 bersama Kapten Norudin, Kapten Zahari hebat orangnya di dalam bidang yang amat beliau minati itu. Berikut ringkasan yang ditemui diinternet hasil dari perbualan dengan kapten Norudin ...

Kapten Zahari (pilot MH370) pernah membantu Kapten Norudin dalam R&D dan membina S.O.P yang dinamakan sebagai ‘Escape Mode’. Iaitu standard prosedure untuk sebuah Boeing777 untuk terbang di ruang udara Afganistan. 

Dahulu semasa ada masalah di Teluk Arab, pesawat yang ingin ke Eropah perlu melalui ruang udara Afganistan,tapi undang-undang IQO kata,hanya pesawat yang ada lebih dari 2 enjin sahaja boleh menggunakan ruang udara afganistan kerana negara itu mempunyai gunung yg tinggi. 

Bagi pesawat yg hanya mempunyai 2 enjin,altitud yg ia akan turun itu tidak akan dapat melepasi gunung di Afganistan. 

Berkat kebijaksanaan dan kepakaran oleh Kapten Norudin & Kapten Zahari dgn prosedur “Escape Mode”, maka pesawat Boeing777 milik MAS berjaya melalui ruang udara Afganistan,dan merupakan Boeing777 yang pertama di dunia dapat melepasi ruang udara Afganistan.

***********

Semasa masalah di Teluk Arab (peperangan) pesawat perlu lalu ruang udara Afghanistan untuk ke Eropah. Tetapi undang-undang negara ketika itu hanya membenarkan pesawat yang lebih 2 enjin melalui ruang udara di Afganistan kerana jika berlaku kehilanga tekanan udara didalam kabin makan pesawat perlu turun mendarat di landasan yang terdekat iaitu altitude tertentu dan bagi pesawat yang kurang dari 3 enjin iaitu 2 enjin maka altitude yang dia akan turun itu tidak dapat melepasi gunung dan kiter perlu buat satu RND iaitu (Escape Route) macam mana apabila berlaku dari situ kiter perlu melalui satu tempat yang kiter perlu blok untuk selamat dan Kapten Zahari Shah inilah yang membantu saya dan seterusnya menjadi Standard Operating Procedure Penerbangan Malaysia yang dapat lalu Afganistan dan semua orang diseluruh dunia tiru kiter.

***********

Semoga kelebihan dan semangat yang beliau ada menjadi motivasi kepada kita semua untuk menguasai bidang yang sedang kita lakukan. Sewajarnya kita gembira dengan kejayaan saudara seagama kita itu..

Wallahu'alam

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title