Mar 10, 2014

Sodomi II - Orang Islam Tidak Wajar Berbicara Seperti Majlis Peguam - The Malaysian Bar

Sodomi II - Orang Islam Tidak Wajar Berbicara Seperti Majlis Peguam - The Malaysian Bar

( sekadar satu pandangan)


Biar pun mahkamah rayuan telah membuat keputusan menyabitkan salah berdasarkan hujah dan bukti namun kita sebagai orang Islam tidak wajar untuk mengatakan ianya mesti berlaku. Terlebih sopan untuk kita mengunakan ungkapan " didapati bersalah atas tuduhan berdasarkan keputusan mahkamah" 


Keputusan itu pula dibuat berdasarkan hujah dan bukti yang ada.. itu saja.


Untuk kita mengatakan ianya mesti berlaku atau mesti tidak berlaku sememangnya kita tidak punya pengetahuan yang nyata tentangnya. Kita cuma tahu apa yang berlaku melalui berita dan hasil penelitian terhadap hujah-hujah peguam sewaktu perbicaraan berlangsung.


Terjemahan Melayu Surah Al Isra' ayat 36

"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya"


Maka kita berfikir adalah tidak perlu untuk sesiapa pun beria-ia menyatakan ianya mesti berlaku atau mesti tidak pernah berlaku.


Berikut ungkapan Majlis Peguam yang membawa maksud ianya memang pernah berlaku secara suka sama suka. Andai tidak dapat dibuktikan dengan nyata tentulah ungkapan suka sama suka itu juga sebahagian dari fitnah yang kita sebagai umat Islam mesti jauhi dari melakukannya ....


“Majlis Peguam amat terganggu dengan hukuman penjara lima tahun ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Rayuan, atas apa yang jelas merupakan hubungan seks suka sama suka antara dua orang dewasa.” 


The Malaysian Bar is deeply troubled by the conviction and sentence to five years’ imprisonment of Dato’ Seri Anwar Ibrahim by the Court of Appeal, for what was essentially consensual sex between two adults.


Majlis Peguam juga berhujah bahawa kesalahan di bawah Seksyen 377A yang meletakkan liwat sebagai jenayah hanya terpakai jika liwat tersebut dilakukan atas dasar paksaan. Sedangkan, Anwar melakukannya atas dasar kerelaan mangsa. 


Sebagai orang Islam kita juga harus mengerti ...


Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:” Seseorang yang hendak berzina, tidak akan melakukan zina itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak minum arak, tidak akan minum arak tersebut semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak mencuri, tidak akan melakukan perbuatan itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak melakukan rompakan yang lazimnya menjadikan orang yang merompak itu memandang sahaja kepadanya, tidak akan merompak semasa ia berkeadaan sempurna imannya.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Maka janganlah kita sembarangan berterusan menghina sesiapa atas khilaf mereka jika ada. Berpolitiklah dalam norma-norma yang mulia agar akhlak Islam kita sentiasa terpelihara ... 


Kenyataan lengkap oleh majlis peguam seperti berikut, 


( boleh copy paste di link berikut untuk translasi Melayu stars21.com )

_______________________________________________________

Conviction and Sentence of Dato’ Seri Anwar Ibrahim for Sodomy II: Justice is Not Only a Fact to be Established; It Must Also be Seen to be So 


Sunday, 09 March 2014 03:40pm


The Malaysian Bar is deeply troubled by the conviction and sentence to five years’ imprisonment of Dato’ Seri Anwar Ibrahim by the Court of Appeal, for what was essentially consensual sex between two adults.


Dato’ Seri Anwar Ibrahim was convicted and sentenced under section 377B, read with section 377A, of the Penal Code.


Section 377A of the Penal Code criminalises sodomy and oral sex (fellatio). Section 377B provides that whosoever voluntarily commits the acts described in section 377A shall be punished with imprisonment for a term which may extend to twenty years, and shall also be liable to whipping. These provisions make no distinction between heterosexual and homosexual consensual sexual acts, and are thus applicable to both.


A law is only good and just if it is consistently and equally applied and enforced. It is extraordinary that Dato’ Seri Anwar Ibrahim has been prosecuted and convicted twice, in a country that has rarely seen a prosecution and/or conviction for an offence of consensual sexual acts between adults under section 377A, read with section 377B, of the Penal Code.


This glaring anomaly and inconsistency brings the administration of justice into disrepute. It also fuels a perception that Dato’ Seri Anwar Ibrahim is being persecuted, and not prosecuted.


The charge against Dato’ Seri Anwar Ibrahim is based on an archaic provision of the Penal Code, and should never have been brought. The case has unnecessarily taken up judicial time and public funds, and has muddied the waters of our justice system. 




Sumber : malaysianbar


Memahami Lebih Baik Dari Menuduh
***********************************

Kes Sodomi II: Bila Hakim Bicara Salah Arah Diri
oleh Salleh Buang * Penulis ialah Penganalisis Undang-undang


Bagi kebanyakan orang, andainya seorang itu disabitkan kesalahan yang membawa hukuman penjara, sebaik-baik sahaja tamat prosiding di mahkamah, dia akan terus dibawa ke penjara untuk menjalani hukumannya.

Tapi Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sebarangan orang. Dia mantan Timbalan Perdana Menteri, orang kuat PKR dan Ketua Pembangkang di Parlimen. Mengikut orang kanannya Azmin Ali, Anwar ialah seorang figura awam terkemuka di peringkat global.”

Walaupun Anwar telah disabitkan kesalahan liwat pada Jumaat 7 Februari 2014 (pembetulan oleh seorang pengkomen : 3 Mar) lalu oleh Mahkamah Rayuan dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun, pasukan peguamnya telah segera memohon penangguhan pelaksanaan hukuman penjara itu sambil menunggu mendapatkan izin Mahkamah Persekutuan untuk membuat rayuan selanjutnya terhadap sabitan itu.

Pada Jumaat lalu, Mahkamah Rayuan telah mengetepikan keputusan hakim bicara Mohd Zabidin Mohd Diah, yang mendapati Anwar tidak bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat pada 9 Januari 2012.

Walaupun buat sementara waktu Anwar terus bebas dan tak perlu masuk penjara, beberapa persoalan penting terus menjadi tanda tanya. Apakah Anwar terpaksa mengosongkan kerusinya di Permatang Pauh? Apakah dia akan dibenarkan bertanding di Pilihan Raya Kecil Kajang yang akan berlangsung tidak lama lagi? Andainya dia boleh bertanding dan menang, apakah dia akan berjaya mencapai cita-citanya menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim?

Kes Sodomi II

Anwar dituduh melakukan kesalahan meliwat pembantunya (pada masa itu) Saiful Bukhari pada 7 Ogos 2008. Dua tahun berlalu sebelum akhirnya pada 1 Februari 2010 dia tampil di mahkamah untuk dibicarakan di hadapan Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah.

Kes ini dipanggil sebagai kes Sodomi II kerana sebelum ini Anwar telah pun menghadapi pertuduhan meliwat seorang lain (Azizan Abu Bakar, bekas pemandu isterinya), di mana dia disabitkan oleh Mahkamah bicara tetapi akhirnya dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan atas alasan manfaat keraguan (the benefit of the doubt) mesti diberi kepadanya.

Empat bulan selepas kes Sodomi II ini mula didengar, pada 16 Mei 2010 hakim bicara Mohd Zabidin mendapati pasukan pendakwa telah berjaya mengemukakan kes prima facie terhadap tertuduh. Oleh itu Anwar dipanggil membela diri.

Apa yang menghairankan banyak pihak adalah walaupun di peringkat awal hakim bicara puas hati ada kes prima facie terhadap Anwar, pada 9 Januari 2012 hakim mendapati Anwar tidak bersalah. Hakim memutuskan demikian kerana pada pendapatnya integriti sampel yang diambil untuk ujian DNA daripada Saiful” tidak 100 peratus jelas dan meyakinkan.

Hakim bicara itu juga telah menyatakan adalah tidak selamat untuk mensabitkan tertuduh selepas mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Saiful Bukhari selain tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti DNA.

Prinsip penting ini perlu kita fahami, iaitu Anwar dibebas dan dilepaskan oleh hakim bicara kerana sebagai tertuduh dia berhak diberi the benefit of the doubt tentang kesahihan keputusan ujian sampel DNA berkenaan.

Terkilan dengan keputusan acquittal and discharge hakim bicara inilah pasukan pendakwa telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan. Sekarang, kira-kira dua tahun selepas itu, tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara mendapati hakim bicara telah gagal membuat penilaian sewajarnya terhadap keterangan yang dikemukakan di mahkamah, termasuklah keterangan yang diberi oleh Jude Pereira, salah seorang saksi pasukan pendakwa.

Mengikut Mahkamah Rayuan, tidak ada alasan bagi hakim bicara membuat dapatan yang berbeza di peringkat prosiding yang berbeza. Jika dulu, sewaktu mendapati ada kes prima facie di penghujung kes pendakwaan, hakim bicara ada menyatakan Jude Pereira ialah seorang saksi yang boleh dipercayai, berkelayakan dan berpengalaman dalam keputusannya (an impeccable, qualified and experienced witness), kenapa kemudian (setelah mendengar pasukan pembelaan mengemukakan kesnya) hakim bicara berpendapat sebaliknya pula?

Mengikut Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, yang menyampaikan keputusan bagi pihak panel tiga hakim Mahkamah Rayuan; Tiada sebab Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur perlu berganjak dengan hasil penemuan yang dibuat di akhir kes pendakwaan yang sempurna, lengkap dan tanpa kecacatan,”.

Oleh yang demikian, Mahkamah Rayuan memutuskan – Kita dapati hakim bicara telah membuat salah arah diri mengenai integriti keterangan. Kita benarkan rayuan dan ketepikan penghakiman Mahkamah Tinggi.”

Kes Sodomi II Anwar Ibrahim mengambil masa hampir enam tahun dari peringkat mula hingga peringkat pertengahan ini. Pastinya kini pasukan peguamnya akan merayu ke Mahkamah Persekutuan. Mengikut prosedur, mereka terpaksa mendapatkan izin Mahkamah Persekutuan terlebih dahulu. Ramai menjangka izin akan diberi, seperti yang telah berlaku dalam kes Sodomi I dulu.

Hakim fakta dan hakim undang-undang

Setelah sistem juri dimansuhkan di negara ini, setiap hakim bicara yang mengendalikan kes jenayah itu akan memainkan dua peranan penting – dia ialah hakim undang-undang (judge of law), dan dia juga ialah hakim fakta (judge of fact).

Apabila hakim bicara menerima keterangan di mahkamah (menerusi saksi biasa dan saksi pakar) serta menilai barang bukti (weight of the evidence) seperti sampel DNA dan sebagainya, hakim bicara (sebagai hakim fakta) akan membuat dapatan fakta (finding of fact). Dia akan melihatnya dari sudut soalan: Apakah sudah cukup fakta untuk mensabitkan tertuduh?”

Selain itu, hakim bicara juga akan mendengar hujah daripada kedua-dua pihak (pasukan pendakwa dan pasukan peguam bela tertuduh) mengenai undang-undang. Setiap isu undang-undang, kecil atau besar, perlu diperhatikan, hujah kedua-dua pihak didengar dan dinilai, dan akhirnya barulah boleh diputuskan sama ada pasukan pendakwa telah dapat membuktikan hingga melampaui keraguan yang munasabah bahawa tertuduh benar-benar bersalah.

Tertuduh tidak boleh disabitkan hanya disebabkan syak sahaja (merely on suspicion). Tertuduh tidak boleh disabitkan jika hakim bicara masih ragu-ragu lagi tentang fakta dan tentang undang-undang.

Dalam kes Sodomi II ini, hakim bicara tidak yakin dengan integriti sampel DNA dan kredibiliti saksi pendakwa bernama Jude Pereira. Oleh itu dia menyatakan adalah tidak selamat untuk mensabitkan tertuduh”.

Semasa kita masih mengamalkan sistem juri dulu, hakim bicara ialah hakim undang-undang manakala juri kita ialah hakim fakta. Persoalan sama ada tertuduh sabit ataupun tidak, keputusan ini akan dibuat oleh juri setelah juri mendengar arahan daripada hakim bicara.

Kini bila sistem juri tidak diamalkan lagi, hakim bicara terpaksa memutuskan sendiri tentang fakta dan undang-undang. Dia akan membuat dapatan fakta (finding of fact) dan membuat keputusan tentang undang-undang (ruling on the law).

Di sinilah seorang hakim fakta itu boleh membuat khilaf atau silap, dan kesilapan inilah yang dipanggil salah arah diri bila keputusannya itu diperiksa dan diteliti semula oleh mahkamah di peringkat rayuan.

Sekiranya salah arah diri hakim bicara itu didapati mencacatkan atau menjejaskan penghakimannya, keputusan hakim bicara itu terpaksa diketepikan. Inilah yang berlaku dalam kes Sodomi II.





Kita Hanya Tahu Dari Apa Yang Dihujahkan Sahaja
*************************************************

Realiti Hujah Kita Boleh Memahaminya, Realiti Kejadian Hanya Tuhan Yang Tahu.....

Ramai melihat dari kaca mata politik, mungkin juga elok secara terbuka melihatnya dari segi hujah ...

Semasa Anwar dibebaskan 6 tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah berkata Mahkamah tidak 100% pasti mengenai kewibawaan sampel yang diambil untuk ujian DNA daripada Mohd. Saiful kerana sampel tersebut telah dicemari sebelum ia tiba di Jabatan Kimia untuk dianalisis. 

TS Shafee pula semasa berhujah bahawa tidak ada bukti sampel itu diusik kerana bungkusan itu masih tertutup (patri tidak rosak) meskipun diletak dalam sampul oleh pegawai penyiasat Jude Pereira. 

Kedua, TS Shafee juga berhujah bahawa kredibiliti pakar asing pembelaan boleh dipertikai kerana memberi keteragan berdasarkan Buku Teks Manual sedangkan pakar Tempatan menganalisis sampel DNA daripada Mohd. Saiful.

Ketiga, TS Shafee juga menjelaskan bahawa rakaman CCTV menunjuk dengan jelas menunjukkan ketibaan dan kepulangan Anwar dan Saiful dalam premis tersebut.

Saya mendapati pasukan peguam Anwar gagal menjawab hujahan TS Shafee di atas dengan meyakinkan (seakan beyond reasonable doubt), malahan peguam berpengalaman Karpal Singh tidak membalasbantah hujahan-hujahan TS Shafee di atas. Sebaliknya Karpal Singh memohon penangguhan. Ketika itu, pasukan peguam Anwar dan Anwar sendiri kelihatan kelam-kabut, emosional, terjejas dan akhirnya Anwar sendiri meminta supaya perbicaraan diteruskan.

Akhirnya, Datuk Balia Yusuf Wahi yang mengetuai 3 panel Hakim sebulat suara membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi 6 tahun lalu.

Datuk Muhammad Shafee Abdullah juga membangkitkan mengenai satu kes di Queensland, Australia melibatkan kes pembunuhan yang berlaku pada 1984 dengan mayat ditutup dengan tuala dan ditanam dalam satu kubur cetek.

Beliau berkata kubur tersebut digali semua dan dan ujian yang dijalankan ke atas tuala tersebut menemui kesan air mani dan penyerangnya ditemui selepas ujian DNA.

"Selepas tempoh 13 tahun, masih ada sampel DNA ditemui. Penyerang itu kemudian didapati bersalah pada 2001.”

Akhirnya peluang berhujah untuk mencari kebenaran masih ada. Bagi kita umat Islam kita cuma tahu apa yang kita baca, apa yang kita diberitahu. Janganlah kerana berpolitik kita lupa segala pesan agama.

Anwar kemuka notis rayuan. Difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan oleh peguamnya, Ram Karpal Singh kira-kira jam 10.30 pagi tadi (10 Mar 2014). selepas 69 kali bertangguh, boleh rayu lagi....tak elok asyik kata sistem perundangan tak adil untuk anwar

sumber : internet

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title