Mar 8, 2014

Tian Chua Berjanji Jatuhkan Pemimpin Beragama Islam Najib Tun Razak

Semoga kita orang Islam tidak mudah diperdayakan oleh pemimpin kaki bangkang apa saja yang gubra ketika ini ...

Muslim jalannya lurus. Tidak terpedaya ... walau pun pada mereka yang dia suka. 
Tian chua sudah berjanji ..... semoga melayu pkr dan pas tak mengharap ianya bakal menjadi nyata ....

....kerana ada yang lebih utama pada kita iaitu ajaran agama Islam ...

Tian Chua dan mereka para kafirun itu nama Allah nak digunakan tapi Nabi yang Allah lantik tak pernah mereka terima... semoga kita tak mudah diperdaya oleh seruan mereka yang hanya akan menjahanamkan kesejahteraan yang ada...

Sabda Nabi Muhammad s.a.w ...Antaranya ...

“Sesiapa yang taat kepadaku, sesungguhnya ia telah taat kepada Allah. Sesiapa yang derhaka kepadaku, sesungguhnya ia telah derhaka kepada Allah. Sesiapa yang taat kepada pemimpin, sesungguhnya ia telah taat kepadaku, dan sesiapa yang derhaka kepada pemimpin, sesungguhnya ia telah derhaka kepadaku.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 10/114, no. 2737. Muslim, 9/364, no. 3417)

"Akan datang selepas peninggalanku nanti, para pemimpin yang tidak mengikut pentunjukku, tidak mengikut sunnahku dan panduan sunnahku. Akan muncul pula di kalangan kamu orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan (manusia berhati syaitan). Aku (Huzaifah) bertanya : Apakah yang harus aku lakukan jika aku menemuinya? Baginda bersabda: Hendaklah kamu mendengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia memukul punggungmu dan merampas harta benda mu"*

*Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.)

“Sebaik-baik pemerintah kamu adalah pemerintah yang kamu sayangi mereka, dan mereka menyayangi kamu. Kamu mendoakan ke atas mereka, dan mereka mendoakan ke atas kamu. (Adapun) Sejahat-jahat pemerintah kamu adalah mereka yang kamu benci dan mereka pula benci kepada kamu, kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu. Berkata (Auf), kami bertanya : Wahai Rasulullah, apakah boleh kami menyerang mereka dengan pedang ? Nabi menjawab : “Tidak boleh, selama mereka menunaikan solat.” (Sahih Muslim no.1482 Jilid 3)

“Sesiapa telah mengangkat (telah bersetuju melantik) seorang pemimpin kemudian memberikan huluran tangannya dan buah hatinya (sebagai tanda persetujuan), maka hendaklah ia (orang yang mengangkatnya) mentaatinya sedaya mungkin. Maka jika datang orang lain yang menentangnya, hendaklah mereka membunuh yang terakhir (penentang), aku (Abdul Rahman bin Abdul Rabbi’l Kabah) bertanya: Apakah kamu mendengar ini dari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam? Ia (Abdullah bin Amr) menjawab: Aku mendengar (hadis ini) dengan kedua telingaku dan difahami oleh hatiku” (Hadis Riwayat Muslim 3/1472, Abu Daud 4/97 dan Ibn Majah 2/1306).

: “Nabi salallahualaihiwasalam telah memanggil kami, lalu kami berbaiah dengannya. Baginda berkata ketika berbaiah, supaya kami dengar dan taat, samada ketika kami dalam keadaan cergas (senang), atau dalam keadaan benci, keadaan susah atau dalam keadaan mudah, Dan kami dipesan agar tidak menanggalkan urusan kepada ahlinya (mencabut ketaatan kami kepadanya) melainkan setelah kamu melihat kekufuran yang nyata disisi kamu daripada Allah yang menjadi bukti (keterangan).” (Hadis sahih riwayat Bukhari ms. 13 Jilid 8 di dalam Fathul Bari, Muslim dan Tirmidzi)

Imam-imam besar kita (pewaris Nabi) kita pun ada ajar 

“Adapun keluar dari ketaatan terhadap pemimpin (penguasa) serta memerangi (atau membangkang) mereka, maka hukumnya adalah haram berdasarkan kesepakatan (ijma’) umat Islam, walaupun pemimpin tersebut bersifat zalim lagi fasiq.” (Imam an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 12/229. Turut disebutkan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Fathul Bari)

Tentulah ada hujah dan keterangan tentang hadis Nabi Muhammad s.a.w seperti di atas..

Panjang lebar pula nanti posting ni..namun secara umumnya kita orang Islam tidak dibenarkan sesuka hati menjatuhkan pemimpin Islam.. itu prinsipnya..

semoga kita orang Islam tidak mudah diperdayakan oleh "pemimpin kaki bangkang apa saja" yang sedang gubra di saat ini  ie: tian chua ..

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title