Mar 15, 2014

Wan Azizah Ada Buktikah Bomoh Doremi Mewakili Kerajaan Malaysia ? - PRK Kajang

Kak Wan ada Bukti Ke Bomoh tu wakil kerajaan Malaysia ? Hanya kerana bomoh tu kata dia kenal Arwah Tunku Abdul Rahman, Tun Mahathir, Kenal Tun Abdul Razak, kak wan nak tuduh bomoh tu wakili kerajaan Malaysia.. 

Tidak wajar kalau kak wan tidak tahu.. hampir semua pertubuhan silat ada penaungnya. Dia orang biasa minta jasa baik Perdana Menteri atau pemimpin terkenal untuk menjadi penaung kepada pertubuhan silat mereka.

Kerja berbomoh tu tidak termasuklah dalam yang dinaungkan. Ianya hanya usaha tok guru silat tu sendiri dala memberi servis kepada mereka yang masih berminat dengan perubatan mengunakan bomoh itu

Satu hari nanti kalau ada orang lain kata dia kenal kak wan atau mungkin kak wan menjadi penaung kepada pertubuhan mereka, apakah itu boleh dijadikan bukti yang dia mewakili pkr atau kak wan sendiri

Andai betul ada bukti, tunjukkan..Jangan sekadar beranggapan sahaja. Barangkali benar ungkapan, perwatakan yang baik tidak semestinya melambangkan hati yang mulia jika mulut yang manis sering melimparkan kata dusta.

Buat  bomoh mat zain pula, yang marah hingga ingin menampar KJ, kak wan ni macam mana pula bila Kak wan mengelarkan en bomoh dengan gelaran bomoh doremi. 

Ooo satu lagi, kak wan nak kata dia kafir ka.. ayat kak wan tu " Kalau orang Islam, kita tidak buat macam ini" Jadi mat zain dah buat lagu tu, dia bukan Islam kah ?... Jangan lagu tu..mudah sangat hendak mengkafirkan orang....

Bagaimana hendak dihormati jika begini cara laku dan kata-kata. Apakah kakwan juga tela hterpengaruh dengan cara nik aziz berpolitik.

( tulisan di atas berdasarkan lapuran oleh The Malaysian Insider yang pro PR seperti berikut ... )
______________________________________________________________________

Dunia guna alat canggih, Malaysia pakai ‘Bomoh Doremi’ cari MH370, kata Dr Wan Azizah



Ketika 13 negara menjalankan misi mencari dan menyelamat menggunakan peralatan dan kelengkapan canggih untuk mengesan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, tindakan Malaysia menggunakan khidmat "Bomoh Do Re Mi" memalukan, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Presiden PKR itu dalam ceramah di Taman Maju Satu, Kajang malam tadi berkata, tindakan menggunakan bomoh itu memalukan negara, apatah lagi Malaysia turut dikenali sebagai salah sebuah negara Islam di dunia.

"Bagaimana Barisan Nasional (BN) menangani krisis pesawat hilang. China, kerana majoriti penumpang rakyat mereka, menggunakan satelit, Singapura menggunakan kapal selam. Malaysia pakai bomoh, naik tikar.

"Kita ada satu filem P Ramlee dahulu, Laksamana Doremi, itu memang dongeng," katanya ketika berceramah di hadapan 300 penyokong Pakatan Rakyat (PR) merujuk kepada lagenda seni tanah air.

"Kalau orang Islam, kita tidak buat macam ini. Memalukan orang Islam," katanya.

Ucapan Bomoh yang menyebut nama pemimpin negara

ucapan seumpama video di atas inikah yang hendak dijadikan bukti 
bahawa dia ni mewakili kerajaan Malaysia ?


Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title