Mar 15, 2014

Wan Azizah Bukan Untuk Rakyat - PRK Kajang

PRK Kajang

Bukti 
Kak Wan Azizah 
Bukan Untuk Rakyat



Berikut ungkapan dari mulut Kak Wan sendiri buat membuktikan Kak Wan Azizah pada niat asalnya berpolitik bukan untuk membantu rakyat.

“Saya tidak sangka akan jadi calon selepas 11 Mac, kerana (walaupun) sudah lama saya berkecimpung dalam politik, kerana bukan pilihan saya sendiri, tetapi saya terpanggil pada 1998 apabila terjadi tragedi hitam dalam hidup kami, maka saya terjun dalam politik.

Artikel Penuh: Utusan Melayu



Posting di atas merujuk kepada berita di bawah .... 
bersamanya untuk melakukan perubahan pada negara.

KAJANG - Calon PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini menyeru kepada pengundi Kajang supaya bersamanya untuk melakukan perubahan pada negara.

Jelasnya sudah tiba masanya untuk BN berehat daripada arena politik tanah air, justeru langkah  pengundi Kajang ialah dengan memberi kemenangan kepadanya ini sekaligus memberi 'signal' kepada BN bahawa parti itu sudah tidak diterima lagi.

"Negara sudah teruk, di mahkamah kita tidak dapat pembelaan. Semua barang naik, tol naik, kangkung naik, oleh itu kita perlu buat sesuatu kepada negara.

"Perkara ini, saya seorang tidak boleh, kamulah (pengundi) Kajang tolong bersama-sama saya. Beri 'signal' kepada BN, bagi mereka rehatlah," katanya ketika ceramah di Sungai Chua hari ini.

Oleh itu, jelas Wan Azizah rakyat Kajang harus berani 'menyuarakan' bantahan mereka terhadap BN menerusi peti undi nanti.

"Kita harus berani lakukan perubahan, berani menentang kezaliman," katanya.

PRK  Dun  Kajang pada 23 Mac ini bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara, iaitu Wan Azizah dengan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun.

PRK Kajang diadakan susulan peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya Lee Chin Cheh, pada 27 Januari lalu.

sinarharian


Posting berikut merujuk kepada berita di atas
mahkamah kita tidak dapat pembelaan

Hakikat Hujah Peguam 
Semasa Anwar dibebaskan 6 tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah berkta Mahkamah tidak 100% pasti mengenai kewibawaan sampel yang diambil untuk ujian DNA daripada Mohd. Saiful kerana sampel tersebut telah dicemari sebelum ia tiba di Jabatan Kimia untuk dianalisis.
TS Shafee pula semasa berhujah bahawa tidak ada bukti sampel itu diusik kerana bungkusan itu  masih tertutup (patri tidak rosak) meskipun diletak dalam sampul oleh pegawai penyiasat Jude Pereira.
Kedua, TS Shafee juga berhujah bahawa kredibiliti pakar asing pembelaan boleh dipertikai kerana memberi keteragan berdasarkan Buku Teks Manual sedangkan pakar Tempatan menganalisis sampel DNA daripada Mohd. Saiful.
Ketiga, TS Shafee juga menjelaskan bahawa rakaman CCTV menunjuk dengan jelas menunjukkan ketibaan dan kepulangan Anwar dan Saiful dalam premis tersebut.
Saya mendapati pasukan peguam Anwar gagal menjawab hujahan TS Shafee di atas dengan meyakinkan (seakan beyond reasonable doubt), malahan peguam berpengalaman Karpal Singh tidak membalasbantah hujahan-hujahan TS Shafee di atas. Sebaliknya Karpal Singh memohon penangguhan. Ketika itu, pasukan peguam Anwar dan Anwar sendiri kelihatan kelam-kabut, emosional, terjejas dan akhirnya Anwar sendiri meminta supaya perbicaraan diteruskan.
Akhirnya, Datuk Balia Yusuf Wahi yang mengetuai 3 panel Hakim sebulat suara membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi 6 tahun lalu.

Anwar dan barisan peguam belanya mempunyai hak untuk merayu keputusan hari ini ke Mahkamah Persekutuan.
... dan mereka telah pun memfailkan rayuan tersebut ... bagaimana boleh dikatakan mereka tidak mendapat pembelaan dan dizalimi sedangkan berpuluh kali rayuan menangguh diterima dan peluang merayu juga tidak dinafikan buat mereka...
Diolah dari : merdeka-online


Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title