Apr 3, 2014

Kesatuan hati Melayu Muslim UMNO, PKR dan PAS " WAJIB " Demi Kedaulatan Agama Islam di Malaysia

Kesatuan Hati Melayu UMNO, PKR dan PAS 
"WAJIB" Demi Kedaulatan Agama Islam di Malaysia 

Sudah Terang Lagi Bersuluh

DAP Terang Menentang, MCA Terang Menentang, 
Apa lagi ditunggu oleh Melayu dan Muslim UMNO, PKR dan PAS ?


Apakah Masih Belum Mampu Melepasi Rintangan Nafsu Politik Demi Kemuliaan dan Kedaulatan Agama Islam ?



MCA mohon bantuan DAP halang hudud

4:16PM - 3 Apr 2014

Ketua Publisiti MCA, Datuk Chai Kim Sen gusar anggota Parlimen BN dari Umno akan menyokong usul membenarkan pelaksanaan hudud di Kelantan yang mungkin diusulkan PAS.


"MCA sudah berulang kali memberi amaran sekiranya PAS membentangkan rang undang-undang untuk membenarkan hudud, MP Umno dikhuatiri tidak akan membangkangnya," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Chai, ini kerana perbincangan tentang undang-undang hudud di Terengganu sewaktu ia diperintah PAS juga tidak pernah dibantah Umno.


"Ia pernah berlaku di Terengganu sewaktu PAS menjadi kerajaan negeri, dan sekarang saya risau ia akan berlaku lagi," katanya.


Justeru, MCA memohon bantuan DAP untuk memastikan PAS tidak membentangkan usul itu di Parlimen bagi memberi laluan kepada pelaksanaan di Kelantan.


Dakwa Chai, ini kerana DAP bertindak mempertahankan PAS sebagai sebuah parti yang kini lebih terbuka dalam kempen pilihan raya umum lalu.


"Sekarang apabila PAS secara terbuka mengumumkan akan menggesa MP mereka untuk membentangkan usul bagi membenarkan negeri Kelantan melaksanakan hudud, semua 38 orang MP DAP perlu tegas dan bertanggungjawab terhadap perkara ini," kata Chai.


MP Ketereh dari BN, Tan Sri Annuar Musa sebelum ini menyatakan kesediaannya untuk menyokong usul hudud Kelantan dengan syarat sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat tidak membantah cadangan itu.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, juga telah menyatakan kesediaannya untuk menyokong usul tersebut.




Karpal Singh DAP : Jangan biar Kelantan laksana hudud

Peguam kanan Karpal Singh memberi amaran bahawa Parlimen tidak boleh membiarkan usul yang tidak mengikut undang-undang dikemukakan untuk membolehkan kerajaan Kelantan menguatkuasa hudud.


Beliau mendakwa, Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 itu sendiri diluluskan dengan tidak mengikut undang-undang kerana DUN Kelantan tiada bidang kuasa untuk meluluskan enakmen tersebut.


“(Enakmen tersebut) pada awalnya tidak mengikut undang-undang. DUN tiada bidang kuasa untuk meluluskan enakment tersebut.


“Parlimen tidak boleh menguatkuasa enakmen yang tidak mengikut undang-undang yang diluluskan oleh DUN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Tambahnya, DAP tegas dengan pendirian menentang pelaksanaan hukum hudud dan tidak akan bertolak ansur dengan undang-undang yang menurutnya tidak sesuai dengan zaman ini.


Pendirian tersebut juga menjadi bukti kepada kezahiran DAP, kata bekas pengerusi DAP itu lagi.


Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob yang dilaporkan akan mengemukakan usul rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi mendapatkan kebenaran untuk melaksanakannya.


Beliau berhasrat untuk mengemukakan perkara itu mengikut Perkara 76(A) Perlembagaan Persekutuan.


“Rang undang-undang persendirian itu akan meminta Perlimen meluluskan satu akta untuk membenarkan kerajaan negeri melaksanakan hukum jenayah syariah di Kelantan sahaja.


“Satu lagi rang undang-undang persendirian yang akan dibawa ialah bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa) 1965 supaya boleh menghukum sebagaimana peruntukan dalam Enakmen Hudud,” kata Ahmad Yaakob seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Sumber MalaysiaKini - 4:00PM - 3 Apr 2014

malaysiakini


Nota Di Kaki Posting :

Dahulu, Pemimpin Politik PAS Pernah Berkata ....
Ulama Politik PAS pernah berkata dalam intonasi yang agak beria hinggakan pengikut setia ramai terpedaya ,,,,,,,,

DAP sudah boleh terima penubuhan negara Islam


DAP tidak boleh guna roket, nak guna lambang Pas, ini bermakna mereka boleh terima Islam

Tidak masuk Islam tidak mengapa tetapi ia boleh mengurangkan Islamfobia, tak payah cakap banyaklah Umno

Pas tidak seperti Umno yang sanggup menjaga hati MCA yang jelas menolak Islam melalui kenyataan beberapa orang pimpinannya.

Terdapat pemimpin DAP yang menghubunginya untuk mentafsir ayat Al-Quran.

Saya selalu dapat panggilan tengah malam dari orang Cina yang bertanya terjemahan al-Quran, ini pemimpin DAP sekarang

Ternyata ianya cuma mimpi di siang hari ... Sahabat Persetujuan Bersama Pakatan Rakyat sekali lagi menidakkan niat murni PAS.

Oleh demikian sewajarnya kita mengambil pengajaran .. Berhentilah bersengketa sesama kita ... Jangan juga  mudah terpedaya di mulut manis, kaki bersila di depan mimbar masjid kita...

Sentiasalah hendaknya kita semua sentiasa ingat di hati ....  Dimulakan dengan bismillah ... terjemahan Melayunya ...



Adapun orang-orang yang kafir, sebagian mereka menjadi pelindung bagi sebagian yang lain. Jika kamu (hai para muslimin) tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan Allah itu, niscaya akan terjadi kekacauan di muka bumi dan kerusakan yang besar
Surah Al Anfal ayat 73
http://quran.com/8/73 


Bersatulah demi agama dan kerana Tuhan
  

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title